Rupanya ramai mak ayah yang setuju dengan statement “biarkan mereka menangis”, nampaknya riuhlah rumah dengan tangisan anak-anak.
Tapi kena ingat ye, teknik “cry it out” ini hanya sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan ia juga bergantung pada keadaan dimana bayi bukan menangis disebabkan sakit atau lapar. Risau pula saya kalau ada mak ayah “ignore”, sedangkan bayi itu lapar nak susu atau kembung perut.
Untuk bayi 6 bulan ke bawah, kes dia lain sikit. Kita MESTI pujuk bila dia menangis. Fasa umur 6 bulan pertama adalah sangat penting dalam membentuk “special bonding” dan kepercayaan bayi kepada kita. Yang akan buat mak ayah special dari orang lain. Ada research terbaru (600 orang responden) menyatakan bayi yang selalu dipeluk, disayangi, dibelai dan didodoi menunjukkan kesan yang positif terhadap perkembangan otak terutamanya perkembangan emosi dan membesar dengan baik.
Bila kita menangis atau stress, badan kita akan mengeluarkan hormon cortisol yang bagi saya hormon jahat dimana jika terlalu banyak hormon ini dalam badan akan menyebabkan perkembangan emosi anak jadi tidak stabil, dan akhirnya boleh menyebabkan anak kuat mengamuk atau tantrum di masa akan datang.
Kena faham perasaan anak dahulu, sepanjang mengandung 9 bulan anak duduk dalam rahim.
Sentiasa rasa dipeluk setiap masa.
Rasa didodoi setiap masa.
Rasa suam-suam.
Sumber makanan mengalir sepanjang masa.
Selesa.
Bila lahir kedunia, semuanya hilang. Masa ini barulah bayi “belajar” menangis untuk bagitahu mak ayah bila dia lapar, sakit perut, nak peluk, sejuk, pampers penuh tak selesa, mengantuk dan sebagainya. Jadi memang jadi tugas kita untuk pastikan semua keperluan bayi cukup termasuklah nak peluk 😘
Ads
Sebab itulah dalam “Pyramid of Learning”, 3 deria paling utama adalah deria sentuhan, deria sendi dan deria keseimbangan. Sebab bayi memang sangat memerlukannya untuk perkembangan otak yang sihat. Bayi tercari-cari untuk mendapatkan rangsangan ini dengan menangis.
Setiap keperluan bayi berbeza, ada yang nak susu lebih, ada yang nak kena dodoi 24 jam, ada yang nak peluk lebih, ada yang nak kena menyanyi baru nak tidur dan sebagainya. Sebab bayi dah ada personaliti tersendiri seawal umur 4 bulan. Jadi, tolong jangan samakan dengan anak orang lain atau anak yang lain.
Umur bawah 6 bulan, layankan sahaja apa keperluannya selagi kita mampu. Sebab masa umur ini, bayi tak pandai pun lagi nak manipulate mak ayah. Berbeza dengan anak yang 6 bulan ke atas, masa ini kita dah boleh ajar disiplin sikit demi sedikit seperti post sebelum ini (BIARKAN MEREKA MENANGIS).
Sebab mereka sudah pandai memanipulasi mak ayah dengan menarik rambut, baring di lantai, pukul mak ayah dan sebagainya untuk penuhi kemahuannya. Kenapa? Sebab fasa ini mereka tidak pandai lagi untuk sampaikan secara verbal, dan masih belum belajar cara yang betul untuk minta sesuatu. Fasa ini sangat memerlukan kesabaran mak ayah, mohon jangan gunakan kekerasan dengan memukul atau menengking anak. Sebab anak belajar melalui tingkah laku mak ayah. Jika secara kasar, kasarlah dia. Jika lembut, lembutlah dia.
Fasa umur 6 bulan keatas, hadapi dengan penuh kesabaran. Didik anak untuk berlembut bukannya berkasar dengan menunjukkan kemarahan kita kepada mereka. Didik mereka cara yang betul bukannya menghukum mereka.
Ads
Kesimpulannya, banyakkan memeluk dan membelai anak. Dapatkan kepercayaan, perasaan selamat dan confident dahulu barulah terapkan disiplin. All the best! 🙂
Susu lebat dan stok mencukupi selepas cuti bersalin adalah menjadi impian setiap ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu.
Puas sudah Anis memerah tetapi penghasilan susunya semakin sedikit. Stok susu ibu perahan menyusut ekoran pengumpulan susu di pejabat yang semakin sedikit. Dahulu boleh mengumpul 20oz sehari, kini hanya mampu mengumpul 10oz atau kurang. Anis cukup risau jika perkara ini berlarutan kerana tempoh penyusuan eksklusif kepada bayinya masih panjang.
Mungkin ada yang mengalami situasi yang dialami Anis. Tambah-tambah lagi bagi ibu yang ingin menyusu eksklusif selama enam bulan, 8 tip ini amat berguna untuk anda.
Menurut kaunselor laktasi, Faliyana Muda, kebanyakan ibu mengalami masalah untuk memerah payu dara setiap tiga hingga empat jam sekali apabila mula bekerja. Ia lazimnya dialami selepas cuti bersalin kerana tuntutan tugas dan kekangan masa. Hal ini dan beberapa faktor lain berkemungkinan besar menjadi penyebab penghasilan susu oleh payudara menjadi perlahan dan sedikit.
Menyedari risiko penghasilan susu yang bakal menjunam selepas kembali bekerja ibu-ibu yang menyusukan perlu lebih kreatif dalam menangani isu ini menggunakan pelbagai kaedah.
MIND SET
Elakkan daripada merasa perlunya tempat spesifik untuk memerah.
KEMUDAHAN
Gunakan kemudahan yang ada seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika memerah. Maka sesi memerah tidak dirasakan sesuatu yang membebankan ibu-ibu kerana boleh memerah di mana sahaja.
ALAT BANTU
Menggunakan peralatan bantuan memerah seperti Freemie iaitu alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai tubing. Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses memerah masih boleh dilaksanakan dengan bebas tangan semasa ibu bekerja.
ELAK EMOSI CEMAS
Emosi cemas dan tertekan perlu dijauhi sebaliknya cari jalan penyelesaian dengan tenang. Misalnya sekiranya tidak boleh memerah kerana suntuk masa atau perlu berkursus, cuba cari jalan untuk melakukannya dengan cara lain. Misalnya memerah semasa berkursus tanpa perlu ke surau dengan cara memakai nursing cover, jaket atau menutupnya dengan tudung.
STIMULASI PAYUDARA
Lakukan stimulasi pada payudara. Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada supply and demand. Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi stimulasi payu dara sama ada dengan menyusu secara terus ataupun memerah.
PERAH TIGA JAM SEKALI
Wujudkan sesi memerah yang konsisten setiap tiga jam sekali dan jangan hanya memerah apabila merasa payudara sudah penuh. Sesi perahan yang dilakukan bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi adalah satu cara memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu. Proses untuk menghasilkan susu baru tidak akan nampak dalam jangka masa singkat. Perlu diketahui, sekiranya hari ini ibu menambah sesi perahan,peningkatan penghasilan susu tidak akan dapat dilihat keesokannya. Ia akan mengambil masa seminggu atau dua minggu bergantung kepada individu.
SOKONGAN
Dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan. Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.
FIKIRKAN SESUATU YANG INDAH
Fikirkan yang indah dan keseronokan semasa memerah. Tinggalkan segala masalah buat seketika. Relaks dan perahlah payu dara dengan gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa memerah bagi membantu hormon oksitosin iaitu hormon kegembiraan yang membantu penghasilan maka susu bertambah. Elakkan stres kerana ia boleh menyebabkan penghasilan susu merosot.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hampir 5 bulan usia anak kedua Fizo Omar dan isterinya, Fazeera yang diberi nama Wan Khaleeda. Walaupun jarang berkongsi di media sosial mengenai anak-anaknya, namun setiap kali Fizo memuat naik gambar Maryam dan Khaleeda pasti akan dapat perhatian ramai.
Di instagramnya, Fizo ada berkongsi beberapa keping gambar Khaleeda yang terkini dah mula pandai senyum bila diagah dan melihat orang.
Apa yang menarik perhatian, muka Khaleeda seiras mommynya. Dengan mata, mulut dan senyumannya persis mommy. Macam fotostat! Manis sangat Khaleeda senyum. Kita yang tengok pun geram.
Fizo juga akui, kehadiran Khaleeda ini beri kegembiraan pada Maryam kerana selama ini dia yang begitu teruja nak adik. Kiranya Maryam ada gengn nak bermain.
Sebelum ini, menerusi perkongsian Fizo memang jelas nampak kasih sayang Maryam pada adiknya. Walaupun adik masih kecil dan belum faham apa-apa, Maryam mesti juga ingat pada adiknya.
Pada perkongsian yang lalu, Fizo akui gugur air mata jantannya saat melihat orang tersayang menahan sakit dan bertarung nyawa melahirkan zuriat.
Tidak terhenti di situ, dia memberitahu air matanya sekali lagi gugur apabila melihat bayi perempuannya buat pertama kali selepas dilahirkan.
Perasaan terus bertukar gembira, sedih dan sebak ketika pertama kali melihat anak yang dinanti-nanti selama ini.
Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang dan Fazeera melahirkan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
Sekejap masa berlalu, dah menginjak usia 10 bulan anak sulung kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Muhammad Bilal. Setiap keletahnya sentiasa menjadi tumpuan ramai apatah lagi selepas wajahnya dikongsikan oleh ummi dan abahnya kepada umum.
Baru-baru ini, akaun Instagram peminat Neelofa @lofa.page memuat naik semula satu InstaStory daripada selebriti berusia 33 tahun itu memaparkan dia bersama anak kesayangannya di dalam kereta.
Menerusi video tersebut, Bilal kelihatan sangat leka menonton siri animasi kanak-kanak popular dari Indonesia berjudul Riko the Series.
Difahamkan, Bilal gemar menonton siri bercorak Islamik yang terkandung bacaan pelbagai surah al-Quran itu sehingga mampu ‘melayan’ untuk sejumlah episod.
Ramai juga yang memuji Neelofa, bab anak dia begitu metitikberatkannya. Bermula dari Bilal dalam pantang lagi Neelofa menggunakan pelbagai pendekatan untuk perkembangan anak.
Bukan itu saja, cara tidur Bilal, penyusuan susu ibu dan pemakanan Bilal juga Neelofa banyak belajar daripada pakar yang khusus dalam bidang tersebut untuk memastikan anaknya membesar dengan baik.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat Neelofa memuji kecomelan Bilal yang amat fokus sambil mendengar bacaan surah sekali gus dititipkan doa agar menjadi anak soleh.
Anak soleh, lengkap pakej
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac tahun 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari lalu.
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.