Ia mungkin tidak banyak berlaku tetapi kecuaian boleh mengundang keadaan ini. Pulled elbow atau sendi siku teralih boleh terjadi tanpa disengajakan.

Jangan Sentap Tangan Anak! Sentapan Kuat Boleh Menyebabkan Siku Teralih

Pulled elbow kerap terjadi pada kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah. Ia adalah keadaan berpunca daripada kecederaan pada bahagian tisu lembut pada bahagian sendi siku. Ia juga sering kali berlaku jika kanak-kanak atau bayi diangkat bayi dengan cara menarik tangannya.

 Sentapan kuat

Pulled elbow atau dipanggil sebagai ‘nursemaid’s elbow’ ini kerana kerap juga berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan pengasuh. Keadaan ini boleh terjadi tanpa disedari iaitu melalui cara anda mengangkat atau memegang si manja pada tangannya atau menyentap tangan anak secara tiba-tiba. Ini menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.

Sentapan atau perbuatan menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan pangkal tulang radius terkeluar daripada annular ligament dan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.

IKLAN

Misalnya apabila menarik anak dalam situasi seperti tertinggal di dalam lif, tertinggal di tangga eskalator atau untuk mengelakkan daripada dilanggar kenderaan. Pulled elbow ini dapat dikesan oleh doktor pakar menerusi imbasan X-ray atau pemeriksaan fizikal.

Tanda-tanda pulled elbow

  • Siku anak tiba-tiba bengkak.
  • Menangis tiba-tiba.
  • Dalam kes teruk, tulang radius boleh kelihatan timbul.

Sehingga 10 tahun

Kecederaan ini kerap berlaku pada bayi baru lahir sehingga berusia 10 tahun namun paling kerap terjadi pada kanak-kanak usia satu hingga tujuh tahun. Ini kerana pada lingkungan usia ini, tulang dan ototsi kecil masih belum matang dan memudahkan kecederaan tersebut berlaku.

IKLAN

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas. Bagi si manja yang masih belum boleh bercakap, hal ini akan menyebabkan dia menangis dan kelihatan tidak selesa.

Elak urut tradisional

Sekiranya anak anda mengadu sakit pada sikunya segera bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk pada si kecil. Ujian X-ray perlu dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada atau tidak kepatahan tulang berlaku.

IKLAN

Jika anda merujuk anak ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket secara manual selepas anak diberi bius. Doktor biasanya akan mengulangi ujian X-ray selepas prosedur ini bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipasang dengan simen atau back slap selama satu hingga dua minggu bagi membolehkan tisu yang koyak pulih.

Sekiranya tidak diberikan rawatan, anak anda akan berisiko kecederaan serius dan berisiko tinggi untuk mengalami keadaan ini.

  • Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.
  • Sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak anda mendapat radang sendi siku atau osteoarthritis akibat kelewatan ini.
  • Perulangan kes pulled elbow pada masa akan datang.

Diingatkan agar tidak membawa anak mendapatkan rawatan urutan tradisional kerana proses memasukkan sendi yang terkeluar ke dalam soketnya amat menyakitkan. Hal ini boleh menyebabkan trauma yang amat kuat kepada si kecil!

4 perkara perlu elak untuk hindari pulled elbow

Bagi mengelakkan kecederaam ini berlaku atau berulang kembali, ibu bapa perlu bersikap prihatin dan tidak memandang mudah hal ini. Elakkan sama sekali daripada melakukan tiga perkara ini.

  1. Elakkan daripada suka menghayun si kecil dengan memegang pada bahagian pergelangan tangan.
  2. Hindari daripada menyentap atau menarik tangan anak anda dengan keras dan kuat terutamanya dalam situasi panik.
  3. Untuk mengangkat atau mendukung anak, amalkan mengangkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian bawah lengan.
  4. Elakkan cara mengangkat anak daripada posisi berbaring dengan cara menarik tangannya dengan kuat dan cepat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI