Anak anugerah terbesar buat kita menjadi seorang ibu bapa. Waktu usia anak 0-6 tahun raikanlah mereka dengan penuh gembira. Manfaatkan masa dengan mereka kerana waktu kecilnya hanya sekali saja.
Bila dah berlalu fasa usianya 6 tahun anda akan rindu momen mereka kecil dan sekiranya nak diulang semula waktu ini, ia tak akan berlaku lagi.
Ingatlah ‘golden age’ anak usia kecil jangan disia-siakan, ia akan menjadi kenangan manis kelak sewaktu anda tua yang masanya amat perlahan sekali berjalan. Jadi hargailah selagi ada peluang!
Dalam fasa ini juga, waktu mencabar kerana apa yang anak lihat atau dengar mereka akan ikut. Elok yang kita tunjuk, eloklah untuk disimpan dalam memori mereka. Jika sebaliknya jangan salahkan anak, tetapi tengok semula pada diri kita.
Perkongsian dari Taufiq Razif yang banyak menulis ilmu keibubapaan mengenai pentingnya ibu bapa ambil tahu fasa anak 6 tahun ke bawah ini wajar diambil perhatian untuk panduan bersama.
Ada anak umur 1-6 tahun?
– Banyakkan mendengar bila anak cuba bercakap dengan kita
– Selalu pandang wajah anak bila bercakap dengan mereka
– Selalu ceritakan tentang kebaikan dan kasih sayang Allah dulu. Biar anak rasakan dulu betapa sayangnya Allah pada mereka
– Jangan terlalu kerap ugut anak dengan neraka, dosa dan kemurkaan Allah pada fasa ni. Kita nak tanam dulu rasa kasih dan cinta anak pada Allah pada peringkat awal perkembangan mereka
– Jaga emosi kita bila berhadapan dengan mereka
– Jika mahu melangkah masuk ke pintu rumah, buang segala stres dan bebanan kerja di luar pintu rumah. Jangan bawa masuk stress di tempat kerja ke dalam rumah
– Jika anak tantrum, jangan kita ikut tantrum sekali
– Kalau anak tak ikut apa kita mahu, jangan terus marah dan bentak mereka
– Jangan putus asa untuk bagi nasihat pada anak walaupun kita terpaksa nasihat berulang kali kerana otak anak masih dalam fasa berkembang dan beradaptasi
– Banyakkan minta tolong pasangan kerana fasa ini adalah fasa paling meletihkan bagi seorang ibu.
Kredit: Taufiq Razif
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI