Jangan Sibuk Nak Gayakan Bayi Pakai Kasut. Tabiat Itu Buat Perkembangan Kaki Mereka Terbantut

Share

Pelbagai fesyen kasut bayi membuatkan ibu bapa seronok membeli untuk anak-anak. Maklumlah bila disarungkan pada kaki bayi, nampak comel sangat. Sebenarnya tindakan ibu bapa memakaikan kasut kepada bayi masih kecil akan membuatkan perkembangan otot telapak kakinya terbantut. Tidak perlu kenakan kasut kepada bayi anda, cukup sekadar dengan memakaikan mereka stokin. Stokin juga biarlah sedikit longgar.

Dengan memakaikan stokin yang sedikit longgar kepada bayi, ia memberi kebebasan pada tulang-tulang kaki dan jari kaki mereka. Tidak perlu dipakaikan kasut kerana berjalan dengan kaki ayam pun mereka belum mampu.

Jika bayi dalam proses mebesar, biarkan kaki mereka sentiasa bebeas agar mereka dapat meregangkan otot kaki sekaligus merangsangnya agar mudah digerakkan. Sebelum pandai berjalan, bayi gemar meregangkan tulang jari kaki mereka dengan cara tersendiri.

Perhatikan bayi anda. Mereka suka menggerakkan jari kaki serta pergelangan kaki. Bayangkan jika dipakaikan kasut, bagaimana mahu digerakkan? Tiada salahnya untuk anda gayakan bayi, tetapi jangan sampai membebankan perkembangan mereka. Dengan membiarkan kaki mereka sentiasa bebas, ia akan menjadi kuat dan proses mereka untuk berjalan juga lebih cepat.

Bila tengok rekaan kasut yang comel-comel tu, pendamkan perasaan dahulu. Tunggu sehingga mereka sudah boleh bertatih sendiri, kemudian belilah kasut yang selesa untuk mereka.

 

Published by
Emy H