Bukan anak kecil sahaja yang naik kereta mudah tertidur, isteri pun tak terkecuali. Mungkin ini salah satu cara ibu nak berehat sekejap dari memikirkan hal-hal di rumah. Kadang tu sedar-sedar dah sampai pun ke destinasi yang dituju.
Nampak macam lucu kan tapi hakikatnya inilah peluang ibu nak cas semula tenaga mereka. Suami seharusnya faham dan tak perlu pun nak perli isteri kuat tidur. Perkongsian dari seorang suami, Mohd Fhais sangat betul dan bermanfaat.
Mulanya nampak isteri tertidur saya akan tersenyum sorang-sorang sebab geli hati asal naik kereta mesti tidur.. tapi lama kelamaan jadi kesian.
Kesian kerana saya tahu dia sedang KEPENATAN !
Sebab itu kalau saya nampak isteri tidur saya tak akan kacau dia, saya akan pandu kereta se-slow yang boleh supaya dia tak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke saya tak kisah.
Jika itu caranya untuk kembalikan tenaga isteri maka itu lah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan di maki pemandu lain.
Bukan nak manjakan tapi saya tak mahu berkira tidur dengan isteri..
Saya tahu dia bukan suka-suka tidur dalam kereta, bukan tak mahu teman kita memandu.
Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri bukan suka suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaum ibu.. seperti berada di pulau..
Sebab apa saya kata begitu?
Sebab bila berada di dalam kereta mereka tak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.
Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak lelapkan mata teringat kerja rumah, baru nak terlena anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja.
Hanya di dalam kereta sahaja ‘Mind Of State’ mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.
Saya seru para suami di luar sana, jangan lah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta, biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat.
Bila terlalu penat minda mereka boleh ‘Lost’ dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mula lah anak selalu kena tengking, suami kena bebel hal kecil je dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.
Apa lah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam.
Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawa lah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap..
Tahu betapa sukarnya ada minda seorang wanita, lelaki kalau nampak baju bertimbum masih boleh baring lagi tapi isteri sesak mata nampak baju tak lipat tu.