Setiap ibu pasti mengharapkan anak yang dilahirkan sihat. Tapi dalam pada itu tetap juga mengharapkan akan dapat zuriat lelaki dan perempuan sebagai penyeri dalam rumah tangga. Cuma kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan segala-galanya.
Seperti kisah ibu ini, Puan Adawiyah Abdul Rahman dia berkongsi pengalamannya bersalin anak ke-8 yang pada mulanya ingatkan bayi perempuan tetapi apabila keluar bayi lelaki juga walaupun tiga kali scan.
Sebelum bersalin, tiga kali saya scan. Tak sangka keluar-keluar lelaki juga. Jadi hasrat untuk timang anak perempuan tak kesampaian. Tak apalah sekurang-kurangnya dah dapat dua orang perempuan. Cuma seorang dah diambil Allah ketika usianya 11 bulan. Hanya tinggal seorang ‘bunga’ penyeri dalam rumah.
3 kali scan (klinik kerajaan) Doc 1: Alhamdulillah nmpak burger sign dia..tahniah puan ..nnpak macam girl… Doc 2: ni nmpak ni macam girl…alhamdulillah nak girl kan..? Doc 3: sy nmpak girl ni puan..Alhamdulillah…
Maka di tambah pulak dengan NALURI IBU la sangat, percaya la si ibu anak dalam kandungannya adalah GIRL! Segala persiapan pun semua beli baju perempuan.
Akhirnya sampai hari nak bersalin terus pergi ke hospital bawa la baju girl. Nasib baik label DAY 1 kat pek plastik baju tu…
Kalau label LABOUR ROOM lagi haruu (Baju LR unisex punya…nasib baik!) Akhirnya masa keluar terkejut juga masa doktor tunjuk. Tapi waktu tu saya fikir tak apalah boy ke girl janji sihat. Yang lucunya selimut baby yang bawa ke labour room pun pink.
Bila beritahu pada semua ahli keluarga mengenai kelahiran bayi, semua terkejut juga.Syukur Alhamdulillah dengan nikmat kurniaan Allah pada kami suami isteri. 6 orang lelaki dan 2 perempuan (seorang dah tunggu di syurga). Lahirlah anak lelaki bongsu pada 15 Ogos lalu seberat 3.67 kilogram secara normal.
Syukur juga pada Allah sepanjang melahirkan 8 orang anak, Allah turut mudahkan dengan kelahiran normal kesemuanya.
Oklah seorang anak perempuan pun nanti dah besar, dah kahwin tak kalut nak berlari pakai tudung sebab tak ada ipar lelaki. hehehe
Apa pun dengan kehadiran anak ke-8 yang juga bongsu dalam keluarga ini, diharapkan membawa rahmat dan menambahkan keceriaan buat seisi keluarga. Amin.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelik juga kenapa anak asyik terkena demam dan dijangkiti selesema. Kadang-kadang tu, ambil masa nak baik. Kasihan tengok anak, hidung tersumbat dan badan pula panas. Mereka jadi tak selesa dan kerap meragam. Sudahnya, dengan kita sekali tak cukup rehat sebab nak pantau keadaan anak.
Menurut penulisan Dr. Ahmad Luqman Bukhari, masalah jangkitan pada salur pernafasan dan telinga ni biasa berlaku pada bayi dan kanak kanak yang selalu terdedah pada penghawa dingin. Sebab itulah anak mudah sangat kena selesema dan demam.
Biarpun penulisan Dr. Luqman dibuat dua tahun lepas, tetapi info ini masih boleh diguna pakai sehingga hari ini.
Ikuti penjelasan lanjut darinya;
Terkejut besar masa dapat tahu dari kawan saya yang ada pesakit cilik baru berusia setahun tapi kerap sangat demam, selsema dan berhingus.
Paling mengejutkan rupa-rupanya bila diperiksa, jangkitan tu melarat sampaikan gegendang telinga budak tu dah pecah dan boleh nampak nanah kuning mengalir keluar!
Kawan saya tu bertugas sebagai doktor dekat bahagian Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Katanya selalu jugaklah dia jumpa kes begini sebenarnya.
Masalah jangkitan pada salur pernafasan dan telinga ni biasa berlaku pada bayi dan kanak kanak yang selalu terdedah pada penghawa dingin. Pasang aircond terlalu sejuk pun boleh jadi punca batuk selsema tapi yang lebih membahayakan bila aircond tu jarang diselenggara.
Kita duk ingatkan udara sejuk tu bersih dah ditapis, padahal aircond tu sebenarnya penuh dengan habuk dan hama. Habis berterbangan dalam rumah kemudian masuk dan melekat dekat saluran pernafasan anak-anak.
Itu yang budak budak senang sangat jatuh sakit walaupun sekarang ni asyik berkurung dalam rumah. Kita pun tak senang duduk bila lihat dia orang tak aktif, terbaring je nampak tak bermaya.
Kawan saya tu pesan bila guna penghawa dingin tu berpada-padalah. Mesti servis ikut waktu yang sepatutnya. Usah pandang remeh benda ni sebab ia boleh beri kesan besar pada kesihatan bayi dan kanak kanak kat rumah kita.
Tolong sampaikan pesanan ni pada mak ayah yang lain jugak ya. Mudah mudahan keluarga kita semua sihat belaka dan jauh dari penyakit.
Semoga perkongsian dari doktor ini sedikit-sebanyak dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita semua tentang kesihatan anak serta penggunaan aircond. Benar, kita mahukan keselesaan buat mereka tetapi jangn sampai menjejaskan kesihatan anak.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Tempoh berpantang 44 hari yang diamalkan oleh ibu-ibu di negara kini sememangnya satu tempoh untuk berlatih menyusukan anak sepenuhnya dan juga berehat daripada melakukan kerja rumah yang berat.
Menurut Pn Suraya Ali, Konsultan Susu Ibu daripada Lunatots, inilah masa untuk ibu belajar. Jangan mudah rasa tertekan. Ambil masa anda sebaiknya untuk memulakan menyusu anak dengan baik dan lancar. Bagi ibu berpantang, jadikan tip ini sebagai panduan.
Utamakan Proses Penyusuan
Ketika berpantang, menyusukan bayi adalah keutamaan berbanding aktiviti yang lain. Ramai ibu sudah merangka aktiviti yang akan dijalankan semasa dalam tempoh berpantang namun ibu perlu utamakan penyusuan. Ini tempoh paling penting untuk ibu dan bayi sepanjang kehidupan kita. Semasa di dalam pantang, ibu mungkin mengalami dua keadaan ini.
Keadaan pertama ialah susu ibu terlalu banyak. Ada juga yang runsing kerana setiap kali menyusu bayi dengan sebelah payudara, sebelah lagi turut mengeluarkan susu. Namun ibu jangan risau, semasa di dalam pantang, susu ibu dihasilkan dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari keperluan. Ketika ini badan ibu belum dapat mengandaikan jumlah bayi yang bakal lahir lalu susu lebih dihasilkan jika ibu melahirkan lebih dari seorang bayi.
Selepas tempoh berpantang, badan ibu akan mula pandai menghasilkan susu secukupnya untuk jumlah bayi yang dilahirkan. Keadaan kedua ialah susu yang dihasilkan terlalu sedikit. Keadaan ini dialami ibu pada awal kelahiran iaitu di minggu pertama usia bayi.
Ini berlaku kerana susu awal iaitu kolustrum dihasilkan berbanding susu ibu matang. Cara mengendalikan perkara ini ialah ibu perlu menyusukan bayi tanpa melihat berapa jumlah kuantiti yang dihasilkannya.
Perut bayi semasa di hari ketiga kelahiran masih kecil anggaran saiz guli, jadi ibu tidak perlu menghasilkan susu yang banyak malah tidak perlu risau susu tidak mencukupi untuk bayi. Sekiranya ibu masih merasakan susunya sedikit selepas bayi berusia dua ke tiga minggu, ibu boleh berjumpa konsultan susu ibu untuk menyemak semula keadaan penyusuan mereka. Ibu boleh memeriksa samada jumlah susu sedikit ataupun tidak menerusi jumlah bayi kencing kurang daripada enam kali setiap hari.
Mula Menyimpan Stok Susu
Stok susu ibu sudah mula disimpan bermula dari hari keempat kelahiran. Ada juga ibu memulakan sesi mengepam stok sejak bayi berusia dua minggu ke atas dan ini bergantung kepada jadual kesesuaian masa ibu. Ibu digalakkan mengepam tiga kali sehari semasa dalam pantang untuk membiasakan badan ibu menghasilkan susu yang banyak dan selebihnya secara terus kepada bayi.
Elakkan mengepam susu seminggu atau dua minggu sebelum masuk bekerja kerana pada ketika ini susu ibu sudahpun cukup-cukup untuk keperluan bayi minum sepanjang dalam tempoh berpantang. Jika ibu baru membuat keputusan untuk mengepam dikhuatiri ibu akan merasa kecewa dengan jumlah dan kuantiti yang bakal diperolehi. Jadi mulakan lebih awal supaya susu makin berganda.
Jika ibu konsisten mengepam sepanjang dalam pantang, ibu akan menghasilkan stok susu yang mencukupi untuk bayi. Anggaran susu sehari yang diperlukan oleh bayi adalah dari 12 ke 15 oz sepanjang 10 jam ibu bekerja. Jadi ibu perlu mengepam susu untuk stok sekurang-kurangnya 7 hari. Ini bermakna 15 oz x 7 hari iaitu 105 oz. Bagi ibu yang sering outstation perlu simpan stok susu yang lebih banyak.
Makan dengan Sihat
Ramai ibu menjaga pemakanan dengan cara memilih sesetengah makanan sahaja seperti tidak berkuah atau hanya ikan sahaja tanpa sayur dan buah.
Ibu hamil yang menyusu memerlukan khasiat yang cukup untuk memelihara bayi dan menghasilkan susu ibu. Ibu seharusnya makan lima warna berbeza dalam pinggan ibu iaitu sayur, nasi, ayam, buah dan daging atau ikan.
Minum setiap kali terasa dahaga dan usah dibiarkan kering tekak tanpa air. Tanda-tanda kurang nutrisi ialah bila ibu merasa lesu dan kulit kering terutama di bahagian kuku. Air kencing yang terlalu pekat warnanya dan berbau juga adalah tanda ibu kurang air dan nutrisi.
Berlatih Menyusu di Tempat Awam
Ianya adalah a must-have-practise. Lebih awal ibu berlatih, ibu akan menjadi lebih cekap. Ibu mesti pastikan apabila bahagian hadapan baju diangkat untuk menyusukan, bahagian belakang baju tidak terangkat. Mulakan dengan latihan di depan cermin di rumah terlebih dahulu.
Untuk permulaan, ibu boleh ke lokasi yang mempunyai bilik menyusu terlebih dahulu seperti di beberapa buah pasaraya.
Kemudian ibu boleh mula menyusu di kerusi awam yang disediakan dengan kain penghadang ketika menyusu. Kemahiran menyusu bayi di tempat awam ini penting kerana bayi akan menyusu selama 2 tahun dan jika setiap kali ibu menyusu perlu ke bilik menyusu, ibu mungkin akan merasa sukar jika tidak dibiasakan. Ada juga ibu yang malu menyusu di tempat awam lantas menyingkatkan tempoh penyusuan bayi dengan memberikan susu formula. Elakkan perkara sebegini berlaku dengan cara berlatih terlebih awal. Lama kelamaan ibu akan terbiasa.
Berhubung dengan Konsultan Susu Ibu
Ibu seharusnya ambil perhatian akan teknik dan posisi penyusuan dan boleh membuat temujanji dengan konsultan susu ibu sekiranya menghadapi masalah untuk menyusu. Bertemu dengan konsultan secara terus dapat membantu ibu yang sedang menghadapi masalah penyusuan berbanding semakan di internet sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!