Sudah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memberi didikan serta menerapkan nilai murni dalam diri anak-anak. Selain mengajar tentang adab, penting bagi ibu ayah untuk memberi pendedahan awal tentang pendidikan seks. Sesetengah perkara mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya memberi impak yang besar terhadap tumbesaran mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh Akhi Al Jengkawi, sesetengah perbuatan ibu ayah akan tersimpan dalam minda separa sedar anak. Ia akan menyebabkan anak terbiasa dengan sesuatu perkara sehingga mempengaruhi perwatakan mereka ketika dewasa.
Ikuti penulisan penuh manfaat ini.
“Budak lelaki tu cakap masa kecil beliau selalu nampak si ayah menanggalkan tuala selepas mandi, berbogel dan pakai seluar dalam.
Mak ayah fikir, alah budak lagi, bukan depa tahu apa pun. Namun mereka tak sedar perbuatan mereka tu tersimpan dalam minda separa sedar anak.
Nak dijadikan cerita, bila meningkat usia, budak ni terjebak pula dengan pornografi. Bila tengok yang biasa, beliau mula beralih kepada video lucah sama jantina, gay.
Mula-mula beliau rasa janggal, tapi lama kelamaan rasa biasa. Dia tengok porn gay pun sebab suka tengok zakar lelaki, dari zaman kanak-kanak.
Bila sambung belajar ke sekolah asrama, senior suruh berbogel dan melakukan onani dihadapan mereka pula.
Mula-mula rasa tak selesa, keliru, lama-lama rasa seronok. Otak terus triggered memori masa kecil tengok ayah tak berpakaian.
Rasa-rasa apa yang terjadi kepada budak lelaki ni sekarang?” Soal kawanku.
Aku mendiamkan diri.
Ads
“Budak tu jadi gay?” Aku bertanya kembali kepada rakanku.
“Ya!”
Kelu tidak terkata.
*************
Kawan-kawan yang baik hati,
Ini adalah salah satu kisah yang berlaku kepada anak-anak kita. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina, unwed pregnant, baby dumping.
Namun disebalik semua itu tersimpan pelbagai kisah kompleks yang sukar untuk dirungkai. Berselirat!
Sebagai mak ayah, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita. Namun, ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel dihadapan mereka.
Ads
Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. Mohon sangat agar tuan puan tidak berseluar dalam atau berbikini sahaja di hadapan anak-anak.
Bagaimana kita nak educate anak mengenai private part, bad touch, safe touch, malu, kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik di depan mereka?
Kau tahu, anak kecil akan meniru apa yang dilihat. Segala perilaku kita akan dipamerkan kembali oleh anak-anak.
Kau pemarah, mereka akan cepat marah. Kau suka pukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta kau lakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti.
Cikgu tadika ada sampaikan kisah ini kepada saya, cikgu sekolah rendah pun ceritakan juga. Siap ada kes seorang budak tadika share kawan A to Z jimak yang dilakukan oleh mak bapaknya.
Itu belum lagi yang raba kawan dalam kelas, cium mulut kawan, meliwat dalam tandas, main ‘rogol-rogol’.
Kau rasa apa yang budak-budak ni lakukan asbab nafsu atau hanya mencontohi perbuatan yang pernah dilihat di depan mata?
Menyebut tentang hal ini, teringat saya akan satu kisah. Seorang budak disoal siasat cikgu sebab bertindak lucah terhadap kawan sekelas.
Ads
Bila cikgu tanya, dia jawab biasa tengok parents buat macam tu. Kata ayahnya, ini cara ayah tunjukkan kasih sayang kepada mak.
Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. Bila ditanya guru kenapa cium mulut, raba dan peluk kawan perempuan, kanak-kanak ini menjawab, “Saya suka dia. Ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya.”
Mak ayah, caknalah perkara ini ya. Jangan sekali-kali kita tanamkan mindset, tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tak tahu apa-apa.
Sudahlah anak diberi gajet seawal usia kecil, kemudian tidak dipantau pula. Anak kecil ini dibiarkan hanyut dengan youtube hinggalah mereka bertemu dengan video tidak berbaju.
Bukan senang nak jadi mak bapak ni, apatah lagi zaman serba canggih begini. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak wajib dipelajari.
Ajar anak mengenali tubuh badan, fungsinya. Anak perlu tahu fungsi zakar dan faraj. Tanamkan rasa malu. Pisahkan tempat tidur. Jangan melucah depan anak.
Jadilah guru pertama mendidik anak tentang hal-hal seksualiti, bukan porn, bukan pula rakan sebaya anak kita.
Gali lagi ilmu dan praktikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabie, menjadi mangsa sex grooming, pedofilia, dicabul dan dirogol.
Amin.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Ulang siar posting tahun 2017 dengan sedikit pembetulan dan penambahan point. Saya dah repost 6 kali dah rasanya. Semoga ada manfaat untuk yang baru baca.
Ajar anak pegang pensel dan belajar menulis juga satu kemahiran penting rupanya. Ia dapat merangsang fungsi otak kanan dan kiri anak. Kemahiran menulis tak semestinya untuk tujuan akademik sahaja.
Biasanya bila belajar menulis orang akan kaitkan dengan akademik dan persediaan ke sekolah. Bila ajar anak menulis mesti kita suruh dia tulis nombor atau huruf. Kalau tak tahu kita paksa sampai dia kena tahu. Eh, salah rupanya cara tu.
Jom kita pelajari cara betul ajar anak menulis dan menggunakan pensel sebagai salah satu aktiviti menyeronokkan dan dalam masa yang sama mereka belajar banyak kemahiran. Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Mahfuzah Zainol memberikan panduan berguna.
MEMEGANG PENSEL DAN PERKEMBANGANNYA
Seorang occupational therapist kebiasaannya menerima klien yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis.
Tidak dapat lari dari realiti bahawa memasuki umur persekolahan, yes, anak anda sememangnya harus boleh memegang pensel.
Jika dilihat dari segi perkembangan kanak-kanak juga, mesti ada peringkat, ‘able to draw shapes’.
Yes, able to draw shapes, not alphabets or numbers.
Namun realiti di Malaysia, jika pegang pensel saja, mesti nak tulis huruf dan nombor. Mari kita ubah, menulis tidak semestinya berkaitan akademik.
PEGANG PENSEL SATU KEMAHIRAN!
Memegang pensel boleh menjana kemahiran visual persepsi, koordinasi motor dan kreativiti (as it stimulates left and right brain to function).
Memang sungguh, kemahiran memegang pensel sangat penting, sama penting seperti kemahiran bermain juga.
Jangan abaikan jika mereka masih tidak boleh memegang pensel dengan tahap umur mereka.
Bermain dengan pensel dan practice menconteng dari sekarang.
BELAJAR IKUT 5 FASA INI
Terdapat 5 fasa kemahiran menulis yang boleh dipraktikkan mengikut peringkat umur.
Fasa 1 : Menconteng
Umur 1-2 tahun
Gunalah apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk menconteng. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi dan sebagainya.
Fasa 2 : Menekap
Umur 2-3 tahun
Fasa ini boleh guna dot-to-dot atau garisan putus-putus.
Fasa 3 : Meniru
Umur 3-4 tahun
Ketika ini peranan ibu bapa untuk mengajar membuat gerakan bentuk untuk menulis dan melukis. Belajar melukis.
Fasa 4 : Menyalin
Umur 4-5 tahun
Boleh mula menyalin bentuk-bentuk yang dilihat, pada masa yang sama practising visual perceptual skills. Sangat baik.
Fasa 5 : Menulis melalui memori
Umur 6 tahun ke atas
Peringkat ini sudah boleh ajar menulis nama sendiri. Boleh ‘pick’ nama pendek dahulu ya. Nama penuh boleh belajar kemudian.
TEKNIK AJAR GUNA PENSEL
Ada teknik nak mengajar menulis melalui memori jika seseorang kanak-kanak tersebut ada low performance in memory.
Gunakan teknik forward and backward chaining.
Rasanya saya pernah share pasal teknik ini untuk menulis nama.
Kesemua fasa kemahiran menulis ini saya telah praktikkan bersama klien saya. Sangat berkesan.
Sekarang, sedang praktik dengan anak sendiri pula.
Dalam kempen 30 minit sehari bermain bersama anak anda, boleh buat aktiviti menulis ini.
Dan harus diingat, menulis tidak seharusnya ada kertas. Boleh buat atas permukaan selain kertas juga!!
Apakah permukaan selain daripada kertas?
BAGAIMANA MENARIK MINAT ANAK UNTUK MEMEGANG PENSEL?
Memegang pensel sering dikaitkan dengan aktiviti berbentuk akademik.
Oh, tak juga. Sebagai ibu bapa, jadikan aktiviti menulis sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bermakna.
Kemahiran menulis tidak semestinya akademik.
Yang penting, anak anda boleh memegang pensel dengan baik dan efisien.
Aktiviti memegang pensel boleh menjana kreativiti dan keseronokan anak anda.
MENULIS MERANGSANG FUNGSI KEDUA BELAH OTAK KANAN DAN KIRI
♥️ Menulis dan rangsangan otak kanan
Gambaran lukisan atau bentuk, kreativiti, mengecam rupa dan mengekspresi emosi.
♥️ Menulis dan rangsangan otak kiri
Bersembang dengan anak anda semasa aktiviti memegang pensel menggalakkan penggunaan bahasa, pemikiran logik dan juga gaya berfikir selari dengan usia dan situasi semasa.
Use this magic fidget spinner to make your child focus!
Apabila anak-anak bergaduh, memang pening kepala dibuatnya, terutama anak yang semakin besar. Bergaduh adalah perkara lazim berlaku antara adik beradik. Sehingga ada pepatah mengatakan, “Air dicincang tidak akan putus” Namun sebagai ibubapa, kita tidak mahu pergaduhan yang berlaku bakal merobek keharmonian keluarga.
Anak-anak kecil disebabkan perkara kecil dan remeh-temeh mereka boleh bergaduh. Mereka mahu memiliki, tidak mahu berkongsi, rasa seperti kalah dan sebagainya.
Anak-anak suka berlawan, mereka sentiasa mahu menang. Kalah itu seperti suatu kegagalan yang besar. Padahal tidak dapat tangkap bola sahaja!
Tip 1:
Tidak perlu masuk campur apabila anak-anak bergaduh manja, biarkan sahaja. Buat-buat tidak nampak. Pandai pula mereka berkawan semula. Namun sekiranya pergaduhan melibatkan kecederaan dan risiko keselamatan, itu lain cerita.
Tip 2:
Elakkan menyalahkan kakak apabila adik menangis. Jangan memberi ganjaran kepada tingkah laku negatif.
“Kakak, tengok apa kakak sudah buat pada adik. Adik sudah menangis. Tidak baik begini!”
Kakak mendapat perhatian. Perhatian adalah suatu bentuk ganjaran yang diterima oleh kakak, walaupun dalam bentuk marah-marah. Bagi mendapat ganjaran dan perhatian lagi, kakak akan mengulang perbuatannya.
Tip 3:
Leraikan pergaduhan dengan menyebut kelebihan anak kepada anak yang lain.
Panggil adik, beritahu adik. “Adik mesti hormat kakak, kakak selalu bacakan adik buku dan mengajar adik mengira.”
Panggil pula kakak, beritahu kakak. “Kakak kena sayang pada adik. Adik selalu ikut cakap kakak. Nanti siapa mahu berkawan dengan kakak di dalam rumah ini?”
Dalam banyak kes, buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak nampak anak-anak berkelahi sesama mereka mengurangkan kes pergaduhan kecil.
Sumber: wanrohaniismail.blogspot.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.