8Ramai ibu suka tabur bedak pada bayi mereka kerana suka akan bawa wanginya. Ada yang suka bedakkan anak sampai putih macam ‘tepung gomak’. Tapi ada kesan buruk bedak pada si kecil rupanya.
Memakaikan anak bedak seolah-olah menjadi petunjuk yang si kecil baru sudah mandi.
“Eh, busuklah baby kalau kita tak pakaikan dia bedak. Tak macam bau baby nanti!” Kebanyakan ibu memang akan membedakkan anak mereka kerana suka dengan baunya yang wangi.
Kadang kala ada ibu yang suka memakaikan bedak pada bahagian punggung dan alat sulit anak setiap kali menukar lampin mereka. Bahkan ada ibu suka membiarkan anak bermain dengan bedak sehingga habis satu badan dilumuri bedak tabur. Rasa macam comel tengok anak buat gelagat itu.
Awas, ya ibu-ibu! Sebenarnya tanpa kita sedari, perbuatan tersebut memberi kesan bahaya kepada si manja. Apakah dia?
Kandungan utama bedak bayi adalah talc, iaitu mineral yang di dalamnya mengandungi silika magnesium yang sudah terhidrasi. Apabila partikel mineral dari talc ditaburkan pada permukaan badan, ada yang mengewap dan ada yang terserap. Bahagian yang terserap itu yang berbahaya hingga boleh meningkatkan risiko berikut.
1. Punca pneumonia
Bila terlalu banyak menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi. Debu bedak tersebut akhirnya berkumpul di dalam paru-paru anak anda dan lama-kelamaan menjadi pneumonia.
2. Risiko kanser ovari
Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of Pediatrics kekerapan menyapu bedak pada bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena kanser ovari.
3. Mengeringkan selaput lendir
Terlalu banyak menyedut bedak bayi secara tidak sengaja oleh menyebabkan selaput lendir menjadi kering. Selaput lendir berfungsi untuk menyaring kotoran di dalam tubuh badan manusia.
4. Kesukaran bernafas
Kadang kala ada bayi pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab hingga terpaksa di bawa ke hopital. Setelah diperiksa doktor, kesukaran tersebut berpunca akibat terlalu banyak terdedah pada bedak bayi.
Partikel keras di dalam bedak masuk ke dalam paru-paru dan menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.
5. Risiko jangkitan baketria
Kekerapan menyapu bedak bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Debu dari taburan bedak mampu sampai ke kawasan vagina menuju ke organ genital lebih dalam.
Lama-kelamaan ia akan semakin banyak berkumpul di kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.
6. Meningkatkan risiko pembengkakan
Bedak bayi juga boleh memberikan kesan pembengkakan kerana berlaku tindak balas pada sistem badan. Sistem badan beranggapan taburan bedak sebagai benda asing yang mesti dibasmi atau dikeluarkan. Oleh itu badan melakukan tindak balas dengan mengeluarkan pembengkakan.
Bukan bermaksud ibu tidak boleh langsung memakaikan bayi bedak tetapi perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
* Pilih bedak yang dibuat daripada cornstarch.
* Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaiknya tuang di tapak tangan anda, kemudian baru disapu secara rata ke badannya.
* Elakkan taburan bedak pada kawasan muka bayi.
* Jangan tabur bedak di sekitar kemaluan bayi.
* Jauhkan bedak daripada capaian si kecil. Ramai ibu gemar memberikan sebotol bedak sebagai mainan bayi terutama ketika sedang memakaikan lampin atau baju. Anak anda mungkin tidak sengaja membuka bedak tersebut dan disapu di seluruh badan dan mukanya. Ia mendedahkan anak anda kepada bahaya yang disebutkan di atas.
Sumber: http://hamil.co.id
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hernia biasanya akan dialami oleh bayi lelaki di awal usianya. Namun ramai ibu bapa tak perasan perubahan pada bahagian kemaluan anak. Sebagai petunjuk awal, anak akan merengek serta menangis kerana rasa tak selesa.
Pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu ini, Zurin Awin mengenai anak ketiganya Muhammad Hadeef Aswad Bin Syarifullah yang mengalami hernia ketika usianya sebulan sehingga 8 bulan dan berjaya menjalani prosedur pembedahan itu kini telah sihat.
Saja mama nak share,anak bongsu mama ni lahir 18/12/2018. Dalam pantang Hadeef tak banyak meragam tapi ada 1 malam tu Hadeef nangis kuat sangat macam sakit. Bagi susu pun tak mahu. Tak tidur sampai pagi. Nak salin pampers mama tengok telur Hadeef macam bengkak. Mama dah mula risau. Ajak abah pergi hospital. Doktor periksa dan doktor cakap ni hernia ( Angin Pasang @ Pasang Surut ). Doktor Hospital Baling bagi surat refer pakar Hospital Sultan Abdul Halim SP. Dah pergi hospital sana, doktor bagi TCA umur Hadeef 6 bulan. Doktor cakap kalau tak surut juga mungkin akan operate.
Start dari hari telur Hadeef membengkak tu, kesihatan Hadeef tak stabil.. Demam on off. Demam je mesti telur Hadeef bengkak.. Umur 4 bulan Hadeef berak darah berketul-ketul. Pergi hospital baling, kena transfer ke Hospital Sultanah Bahiyiah Alor Star(HSB). Scan kat sana pakar cakap berdarah disebabkan usus keluar masuk. Kena warded 3 hari..Tak boleh operate lagi sebab Hadeef demam. Lepas 3 hari boleh balik. Doktor bagi tarikh operate 16/7/19.
Selama kat rumah, Hadeef kerap demam. Mungkin tahan sakit telur yang bengkak tu..Boleh tengok gambar. Sekali lagi mama & abah bawa Hadeef ke Hospital Baling..Doktor Hospital Baling tak boleh buat, transfer ke HSB plk.. Sebelum ke HSB, pakar order rest tiub untuk emergency operation.. Mama dah takut. Tapi sampai sana tetap tak boleh operation.. Hadeef demam kuat,suhu 39.5′.. Warded lagi..
Dah sampai tarikh 16/7/19.. Warded kat HSB.. Pakar bius datang result kecewa lagi tak boleh operation.. Sbb Hadeef batuk berkahak.. Takut ganggu paru-paru.. Doktor bagi tarikh 25/9/19.. Tapi Alhamdulillah tarikh 22/8/19 ada slot kosong..21/8 warded, pagi 22/8/19 Hadeef dah operate.. Alhamdulillah selesai semuanya..sekarang bebird hadeef dah comel. Bulan depan umur hadeef dah cukup setahun..cepat je masa berlalu.. Perut mama bekas caeser pun masih terasa lagi.
Untuk mummy-mummy baby hernia, jangan risau kalau doktor cakap perlu operate. Untuk kebaikan anak kita juga. Semoga anak-anak kita semua sihat & dilindungi olehNya.
Usahawa terkenal, Datin Shahida meluahkan rasa syukur dengan kehadiran cahaya mata keenamnya pada awal April lalu.
Pada awalnya dia menyangka anak ke-6 itu, Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri bakal lahir pada hari pertama syawal memandangkan itu adalah tarikh yang dijangka (Due Date).
“Kalau ikut due date..luqman patut keluar raya pertama”
Ingatkan anak menangis biasa je, tapi sebaliknya ada sesuatu berlaku tanpa sedar. Saat melihat muka anak dah senget sebelah terus hati seorang ibu ini rasa ada sesuatu tak kena. Sehinggalah bawa ke hospital dan doktor sahkan anaknya Bell Palsy.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Sri Syamimie Ibrahim ini yang terjadi pada anaknya, Aisyah Safiyyah bt Mohd Arif Faisal, 1tahun 11bulan cukup buatkannya trauma.
Tak bagi pegang telinga
Mulanya kami ingat Aisyah sakit telinga biasa sahaja. Balik dari kampung tiba-tiba dia tak bagi pegang telinga dia. Bila terpegang dan nak buka baju dia akan menangis. Kami bawa ke klinik.
Doktor kata telinga kena jangkitan dan bernanah. 3 hari selepas itu, Aisyah masih lagi meragam dan tak bagi pegang telinga. Hari Rabu, hari pertama hantar ke pengasuh untuk tahun 2021. Waktu petang semasa saya ambilnya, perasan bila dia senyum mulut dia jadi senget.
Hati kuat katakan Aisyah kena Bell Palsy
Hati dah tak tenteram sebab abah Aisyah pun kena bell palsy masa bulan November 2020. Nenek Aisyah kena bell palsy juga dalam bulan yang sama dengan abah Aisyah. Lepas Maghrib mula perasan lagi mata Aisyah dah tak boleh berkelip sebelah. Kami bawa pergi klinik. Doktor check telinga nanah dah kering. Doktor minta bawa ke emergency malam tu juga.
Mula-mula jumpa doktor dekat emergency doktor menafikan Aisyah kena Bell Palsy. Sampailah Aisyah menangis baru nampak mukanya jadi makin teruk. Malam tu admit ward.
Gegendang telinga dah pecah
Esoknya jumpa neuro peadiatrik. Memang jelas dia kena bell palsy. Pakar check telinga. Pakar kata kena jumpa ENT, nampak macam gegendang telinga Aisyah dah pecah. Pagi tu juga jumpa ENT dan baru tahu rupanya ada pirah/kutu babi dah hampir dengan gegendang telinga.
Kutu babi penyebab saraf muka Aisyah terganggu
Pirah/kutu babi itu telah menyebabkan Aisyah kena jangkitan dan juga racun dari benda tu dan menyerang saraf muka Aisyah. Selagi tak buang selagi itu racun benda itu akan serang saraf muka.
Menurut pakar ENT, kutu babi ini mungkin kena semasa Aisyah balik kampung. Sebab dekat kampung ada beli binatang dan waktu itu juga musim hujan. Kutu memang banyak bila udara lembab.
Alhamdulillah kini, keadaan Aisyah dah semakin baik. Muka dia hanya akan nampak senget kalau dia senyum dan menangis sahaja.
Kadang-kadang ketika dia minum susu, air atau air liurnya sendiri pun akan meleleh di tepi bibir. Minum dalam botol dengan straw pun kena cari posisi yang betul untuk letak straw. Kalau posisi tak betul, memang tak boleh nak sedut airnya.
Bagaimanapun, rawatan susulan dengan pakar masih dilakukan bagi memastikan saraf muka pulih sepenuhnya. Doakan agar Aisyah cepat sembuh ya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.