8Ramai ibu suka tabur bedak pada bayi mereka kerana suka akan bawa wanginya. Ada yang suka bedakkan anak sampai putih macam ‘tepung gomak’. Tapi ada kesan buruk bedak pada si kecil rupanya.
Memakaikan anak bedak seolah-olah menjadi petunjuk yang si kecil baru sudah mandi.
“Eh, busuklah baby kalau kita tak pakaikan dia bedak. Tak macam bau baby nanti!” Kebanyakan ibu memang akan membedakkan anak mereka kerana suka dengan baunya yang wangi.
Kadang kala ada ibu yang suka memakaikan bedak pada bahagian punggung dan alat sulit anak setiap kali menukar lampin mereka. Bahkan ada ibu suka membiarkan anak bermain dengan bedak sehingga habis satu badan dilumuri bedak tabur. Rasa macam comel tengok anak buat gelagat itu.
Awas, ya ibu-ibu! Sebenarnya tanpa kita sedari, perbuatan tersebut memberi kesan bahaya kepada si manja. Apakah dia?
Kandungan utama bedak bayi adalah talc, iaitu mineral yang di dalamnya mengandungi silika magnesium yang sudah terhidrasi. Apabila partikel mineral dari talc ditaburkan pada permukaan badan, ada yang mengewap dan ada yang terserap. Bahagian yang terserap itu yang berbahaya hingga boleh meningkatkan risiko berikut.
1. Punca pneumonia
Bila terlalu banyak menghidu bedak, ia boleh masuk ke dalam paru-paru bayi. Debu bedak tersebut akhirnya berkumpul di dalam paru-paru anak anda dan lama-kelamaan menjadi pneumonia.
2. Risiko kanser ovari
Menurut kajian yang dilakukan oleh American Academy of Pediatrics kekerapan menyapu bedak pada bayi, berkemungkinan meningkatkan risiko terkena kanser ovari.
3. Mengeringkan selaput lendir
Terlalu banyak menyedut bedak bayi secara tidak sengaja oleh menyebabkan selaput lendir menjadi kering. Selaput lendir berfungsi untuk menyaring kotoran di dalam tubuh badan manusia.
4. Kesukaran bernafas
Kadang kala ada bayi pernah menghadapi masalah sukar bernafas tanpa sebab hingga terpaksa di bawa ke hopital. Setelah diperiksa doktor, kesukaran tersebut berpunca akibat terlalu banyak terdedah pada bedak bayi.
Partikel keras di dalam bedak masuk ke dalam paru-paru dan menghalang sistem pernafasan bayi hingga menyebabkan oksigen tidak cukup sampai ke paru-paru.
5. Risiko jangkitan baketria
Kekerapan menyapu bedak bayi pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) mendedahkan mereka kepada jangkitan bakteria. Debu dari taburan bedak mampu sampai ke kawasan vagina menuju ke organ genital lebih dalam.
Lama-kelamaan ia akan semakin banyak berkumpul di kawasan tersebut sehingga menimbulkan jangkitan bakteria kepada anak.
6. Meningkatkan risiko pembengkakan
Bedak bayi juga boleh memberikan kesan pembengkakan kerana berlaku tindak balas pada sistem badan. Sistem badan beranggapan taburan bedak sebagai benda asing yang mesti dibasmi atau dikeluarkan. Oleh itu badan melakukan tindak balas dengan mengeluarkan pembengkakan.
Bukan bermaksud ibu tidak boleh langsung memakaikan bayi bedak tetapi perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
* Pilih bedak yang dibuat daripada cornstarch.
* Jangan tabur terus bedak ke anggota badan bayi. Sebaiknya tuang di tapak tangan anda, kemudian baru disapu secara rata ke badannya.
* Elakkan taburan bedak pada kawasan muka bayi.
* Jangan tabur bedak di sekitar kemaluan bayi.
* Jauhkan bedak daripada capaian si kecil. Ramai ibu gemar memberikan sebotol bedak sebagai mainan bayi terutama ketika sedang memakaikan lampin atau baju. Anak anda mungkin tidak sengaja membuka bedak tersebut dan disapu di seluruh badan dan mukanya. Ia mendedahkan anak anda kepada bahaya yang disebutkan di atas.
Sumber: http://hamil.co.id
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi popular, Shila Amzah kini bergelar ibu setelah melahirkan cahaya mata sulungnya semalam. Apa yang istimewa, kelahiran bayi ini ialah pada hari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara & Awal Muharram.
Khabar gembira kelahiran bayi lelaki ini terdahulu dikongsikan oleh ibu Shila, Datin Fauziah Sarman menerusi Instagram.
Syukur ke hadrat Allah swt diatas nikmat dan rahmat yang dikurniakan. Semalam kita semua menyambut Hari Merdeka & Awal Muharram dan semalam juga lahirlah Cucu ke 2 saya.
BAYI SEBERAT 2.88KG DILAHIRKAN PADA JAM 11.43 MALAM
Shila selamat bersalin secara Cesarean jam 11.43 malam tadi seberat 2.88kg..Baby Boy. Ibu dan Anak kedua2 nya sihat..Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…
TERIMA KASIH YANG MENDOAKAN
Terima kasih yang tak terhingga kepada Saudara mara Sahabat handai dan juga followers saya yang tidak henti2 memberikan ucapan serta doa kepada anak saya…Terima kasih sekali lagi
Semoga Allah merahmati kalian. . Semoga kita semua dirahmati, dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan diDunia dan diAkhirat… Amin Amin ya Rabbal A’lamin.. #awalmuharram #harimerdeka #anakmerdeka #sharis #babyboy
Shila juga turut mengemaskini tentang kelahiran bayinya di Instagram beberapa jam yang lalu.
Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram) , jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg❤️
Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua.. Terima kasih banyak? Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki..
NAMA SETH UWAIS Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki ???
55 JAM 43 MINIT DALAM LABOUR ROOM
Sekarang sha di nasihatkan utk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya?
JANGKAAN 19 SEPTEMBER, BABY NAK KELUAR AWAL
Sorry tak dapat balas semua, tapi sha Dan Haris hargai sangat2Btw ada yang Tanya sha punya EDD, supposedly 19/09/2019 tapi dia nak keluar awal ?
Kebanyakan ibu bapa akan memilih jajan untuk diberikan kepada rakan anak-anak setiap kali ada majlis yang diraikan. Tak kiralah gula-gula, keropok, jeli atau sebagainya. Budak-budak memang suka tapi nilai khasiatnya memang tak ada.
Banyak lagi makanan berkhasiat atau cenderamata boleh digantikan untuk bagi anak-anak kecil gembira. Asalkan kita kreatif.
Berikut perkongsian dari seorang bapa, Muhammad Ahmad kenapa makanan ringan ini tak elok untuk anak dan sebolehnya jika boleh elak, baik elakkan.
Hadiah dari jiran sempena hari jadi anaknya yang ke-2 tahun. Untuk pengetahuan semua makanan ini tiada nilai nutrisi, tinggi gula, bahan pengawet, pewarna. Jika anak-anak mengambil makanan ini secara berterusan terutama kepada kanak-kanak bawah 3 tahun ia memberi kesan kepada IQ mereka. Kesan yang ketara anak-anak akan ‘ketagih’ dan akan tantrum jika makanan ini tidak diberikan.
Tiga tahun adalah fasa perkembangan otak kanak-kanak secara progresif. Fasa ini otak mereka perlukan makanan yang berkhasiat dan padat nutrisi. Contohnya nasi bersama ikan, ayam dan sayuran.
Anak sukar tidur malam boleh jadi mereka suka makan atau minum tinggi gula. Tinggi gula salah satu penyebab tinggi kolesterol dalam darah, ditukar kepada lemak yang tidak sihat.
Kesan jangka masa panjang pula jika berterusan. Boleh menyebabkan obesiti, kencing manis, masalah jantung dan juga kanser.
Jadi kepada ibu bapa berusaha untuk membesarkan anak-anak tanpa jajan, gula-gula, air gas perasa dan pewarna tiruan. Carilah kudapan yang lebih sihat tanpa gula dan garam.
Fahamkan juga kepada anak pentingnya air masak. Salah satu punca sembelit disebabkan kurangnya anak-anak minum air masak. Fahamkan anak pentingnya sayuran hijau,buahan,kekacang untuk bina imuniti (tentera untuk lawan penyakit) . Untuk bagi makanan kepada bakteria baik dalam usus. (sumber, prebiotic mineral& micronutrients)
Alhamdulillah hasil dari usaha saya. Anak tidak meminta untuk makan, dia hanya pegang dan main sahaja sehingga pulang ke rumah. Saya simpan makanan segera ini untuk kajian saya.
Saya tidak buang dalam tong sampah, ia hadiah dari jiran@sahabat kita pandai-pandailah apa yang kita boleh buat. Jangan lihat apa yang mereka beri, tapi lihatlah siapa yang memberi.
Sumber: Muhammad Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kata orang, keadaan air ketuban ketika hendak bersalin akan memberikan tahap kesakitan yang berbeza. Sejauh manakah pernyataan ini benar? Perkongsian Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.
AIR KETUBAN TANPA DARAH
MITOS: Ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
FAKTA: Tiada fakta dan kajian yang menyokong fakta ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
Kontraksi dengan lelehan air ketuban ialah keadaan di mana ibu mengalami air ketuban pecah dalam bentuk air jernih dan tidak berbau. Jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.
Koyakan ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung di mana kebocoran air ketuban dan cairan faraj tanpa ada rasa sakit kontraksi. Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius pecah. Hal ini jika tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.
AIR KETUBAN BERCAMPUR DARAH
MITOS: Ibu yang mengalami keluarnya darah dan bersama air ketuban keadaan dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.
FAKTA: Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini.
Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
3 tanda perlu ke hospital
Ibu-ibu yang mula mendapat tanda-tanda kelahiran perlu segera ke hospital. Jangan lupa membawa kad rawatan antenatal dan beg hospital bersama. Berikut antara tanda-tanda yang perlu diambil serius.
Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. Normalnya, cairan ketuban tidak berbau, bersih dan jernih. Segera ke hospital apabila air ketuban sudah pecah walau pun anda tidak merasakan kontraksi sebelumnya. Pecahnya air ketuban yang tidak disertai kontraksi dan rasa memulas, menandakan bahawa ibu hamil mengalami ketuban pecah awal sebelum tanda-tanda persalinan muncul. Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi. Ia berlaku secara teratur dengan jarak yang semakin pendek (3-5 minit), dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.
Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal (mucus plug) pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks. Pengeluaran darah dan lendir dapat terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Hubungi doktor segera sekiranya terjadi perdarahan yang hebat.
Mucus plug ialah lendir yang kental yang berfungsi menyekat sebarang jangkitan uterus kepada uterus dan kandungan. Saiznya kira-kira empat hingga lima sentimeter di dalam servis atau dua sudu besar apabila terkeluar di awal proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.