Ada pasangan suami isteri dikurniakan Allah mudah dapat anak. Bak kata orang pantang sentuh, lekat je. Ada yang risau kalau tiap tahun asyik beranak sahaja.

Rasa malu dan bimbang pula dengan orang sekeliling kalau kerap sangat mengandung dan beranak. Ada juga yang risau memikirkan faktor ekonomi keluarga mungkin akan terjejas sekiranya mempunyai anak kecil yang ramai berderet-deret.

Sebenarnya pasangan suami isteri tidak perlu risau dan takut memikirkan semua perkara tersebut kerana yakinlah bahawa anak itu adalah amanah dari Allah dan Dia jugalah yang memberi rezeki kehadiran anak tersebut walau kita rasakan masih belum bersedia.

Janganlah kita rasa takut untuk mempunyai ramai anak kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki bagi setiap anak yang dilahirkan. Jadi tak perlu menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak kerana tak semua orang berpeluang menikmati rezeki tersebut.

Artikel lain: Rezeki Allah Anak Ramai! Isteri Dr Sheikh Muszaphar Hamil Lagi Anak Kembar

Jangan Takut Beranak Ramai, Setiap Anak Ada Rezekinya – Ustaz Kazim Elias

Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun lamanya tapi masih menanti kehadiran zuriat, ada pula yang mudah dapat anak dan tak semua orang berpeluang memperoleh rezeki itu. Itu semua adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya

Memetik kata-kata Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramahnya yang mengingatkan setiap pasangan suami isteri agar tidak takut untuk beranak ramai kerana Allah SWT telah menetapkan rezeki setiap anak tersebut. Beliau membacakan maksud surah Az-Zukhruf ayat 32 iaitu:

Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.”

IKLAN

Jangan Takut Beranak Ramai, Setiap Anak Ada Rezekinya – Ustaz Kazim Elias

Menurut Ustaz Kazim setiap manusia yang hidup di dunia ini ada rezeki masing-masing daripada Allah SWT. Jadi tak perlu dengki sesama manusia kerana Allah pasti bagi rezeki kepada kita. Jadi janganlah takut atau bimbang, yakinlah kepada rezeki Allah.

Beliau turut mengingatkan pasangan suami isteri yang mudah dikurniakan rezeki anak supaya tidak membunuh janin yang ada dalam kandungan hanya kerana takut miskin.

“Jangan takut mengandung, jangan bunuh anak-anak kamu kerana takut miskin. Allah sudah sebut dalam al-Quran bahawa setiap anak-anak yang lahir ada rezekinya. Allah kata kami jamin rezeki untuk setiap anak.

Lahir sahaja seorang anak, rezekinya sudah ada. Bayangkan lahir sahaja anak sudah ada susu ibu untuknya sebagai makanan awalnya yang Allah kurniakan melalui ibu. Bayangkan betapa Pemurahnya Allah kepada hambaNya kerana sekecil usia bayi lagi Allah sudah sediakan rezeki yang cukup untuknya. Ibu bapa juga jangan kedekut dengan anak-anak. Ada yang kedekut dan berkira untuk anak-anak.

IKLAN

“Kadang-kadang ada suami isteri yang kedekut dengan bilangan anak, mereka kata cukuplah dua atau empat anak sahaja. Jangan takut tentang hal rezeki. Ambillah syaitan sebagai musuh bukan manusia sebagai musuh kita. Allah Taala Maha Baik, setiap orang hidup di dunia ini ada rezekinya.”

Rasulullah SAW Suka Umatnya Ramai

Memetik kenyataan bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu yang kini merupakan Ketua Penolong Pesuruhjaya (Bahagian Pengurusan Masjid), Haji Aizi Saidi Abd Aziz, setiap zuriat telah tertulis rezeki untuknya, jadi tak perlu bimbang untuk mempunyai anak ramai.

Jangan Takut Beranak Ramai, Setiap Anak Ada Rezekinya – Ustaz Kazim Elias
Haji Aizi Saidi Abd Aziz

Bagaimanapun, kata Aizi Saidi, lain pula bagi mereka yang tidak berkemampuan, sakit dan sekiranya beranak, ia akan memudaratkan dirinya. “Kita tidak nafikan, bagi mereka yang sakit, tidak berkemampuan untuk mempunyai anak, ada mereka yang mengalaminya.

“Jadi, bagi yang mengalami situasi itu, perlu bersabar dan terus berdoa agar ditemukan jalan terbaik,” katanya.

IKLAN

Mengulas faktor ekonomi yang menyebabkan pasangan takut untuk mempunyai ramai anak, beliau berkata, ia bukan faktor penghalang .

“Dari segi ekonomi, satu sahaja kita perlu ingat, kita tidak tahu rezeki ALLAH SWT macam mana. Sebenarnya Dia telah tetapkan rezeki kita dan jika ada yang takut untuk beranak kerana faktor ekonomi, saya rasa ia telah lari dari konsep asal penciptaan manusia itu sendiri.

Artikel lain: Target 12 Anak! Dari Biasa-Biasa, Bila Anak Ramai Rezeki Murah. Rumah Pun Meriah

“Rasulullah SAW sendiri suka kepada umatnya yang ramai. Itu bukti mempunyai ramai zuriat ada 1001 hikmah yang tersembunyi. Kecuali bagi mereka yang sakit, mudarat, tidak berkemampuan dan tidak mampu untuk menguruskan anak” katanya.

Menurut Aizi Saidi lagi, jarak dua tahun (susuan) adalah jarak paling ideal bagi setiap anak agar anak mendapat susu dan tumpuan sepenuhnya daripada ibu.

“Itu adalah hikmah bagi ibu yang menyusu anak. Tempoh dua tahun yang diberikan adalah untuk mereka memberi tumpuan menyusu anak sepenuhnya, sekali gus menjadi jarak antara dia dan adiknya,” katanya kepada akhbar Sinar Harian edisi Terengganu

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI