Kanak-kanak yang nak membesar lasak diaorang memang lain macam. Tak terkawal dibuatnya. Kadang ada yang jatuh elok bangun main balik, tapi sebenarnya ibu ayah kena hati-hati jika kecederaan tersebut melibatkan kepala.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang satu situasi yang berlaku kepada seorang kanak-kanak yang terjatuh ketika bermain dengan abangnya. Menurutnya selepas terjatuh kanak-kanak tersebut bangun dan bermain seperti biasa, namun keesokkan harinya dia mula muntah-muntah dan tidak bermaya.
Tindakan pantas ayahnya dengan membawa kanak-kanak tersebut ke hospital adalah perkara paling tepat untuk si kecil tersebut. Dr Ahmad Luqman juga turut berkongsi 10 tanda kecederaan kepala yang serius yang ibu ayah perlu tahu!
Tergamam kejap bila kawan saya beritahu rupanya memang confirm ada pendarahan kat dalam otak adik tu.
Baru-baru ni saya ada jumpa seorang pesakit kanak-kanak ni. Lebih kurang sebaya je umurnya dengan Maryam Nafisah, anak saya yang nombor dua tu.
Ayahnya bawa ke hospital petang tersebut sebab anaknya tak berhenti muntah sejak pagi hari.
Bila saya selidik lebih lanjut, rupanya si kecil tu terjatuh waktu bermain dengan abangnya pada malam hari sebelum tu.
Ayahnya cerita, kuat sungguh bunyi dentuman masa dia jatuh sebab kepalanya terhantuk tepat kena pada lantai simen kat rumah.
Mulanya dia menangislah jugak tapi lepas tu okay dan boleh terus berlari-lari macam tak ada apa-apa.
Cuma pagi esoknya, sejak terbangun dari tidur, budak tu asyik muntah je dan nampak tak bermaya. Agaknya sebab tak kelihatan tanda-tanda nak pulih, ayahnya terus bergegas bawa ke hospital.
Sebaik saja dengar kisah si ayah tu, hati saya memang dah rasa tak sedap. Cepat-cepat order untuk buat pemeriksaan CT brain (scan otak).
Risau betul kalau ada pendarahan kat organ penting tu (intracranial bleed).
Saya pesan kat kawan saya yang follow budak tu masa scan. Tengokkan dia baik-baik sebab kemungkinan besar kecederaannya serius.
Rupanya memang tepat sangkaan saya.
Segera kami rujukkan si kecil tu kepada kawan kami di jabatan pembedahan selepas melihat keputusan scan tadi tu.
Mujurlah ayahnya cepat bawa anak tu ke hospital lalu penyiasatan dan rawatan dapat diberikan segera.
Tolong ya kawan-kawan. Jika si kecil kita tu kepalanya terhantuk dan kemudian ada tanda-tanda bahaya seperti dibawah ni, jangan bertangguh. Terus je bawa ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan detail ya.
10 tanda kecederaan kepala serius yang mak ayah semua wajib tahu!
- Asyik muntah-muntah berterusan
- Sawan
- Pengsan
- Si kecil jadi mengantuk yang teramat sangat seperti orang tak sedarkan diri.
- Kepala ada benjolan yang besar
- Luka yang dalam kat bahagian tercedera sampaikan darah meleleh-leleh
- Ada bahagian anggota badan yang jadi lemah secara tiba-tiba
- Ada cairan atau pun darah keluar dari hidung atau telinga anak
- Mengadu sakit kepala yang dasyat dan berpanjangan
- Pandangan mata anak kabur
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari
Baca: Hari-Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap, Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak!
Baca: Nak Bawa Baby Baru Lahir Berjalan-jalan? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu
Baca: Anak Yang Suka Main Air, Main Pasir Bagus Untuk Minda. Tak Perlu Mainan Mahal
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI