Jangan Tanya Kenapa Hidup Selalu Sesak, Kalau 2% KWSP Pun Berkira Dengan Isteri Yang Dah Berkorban Nyawa!

Share

Ramai isteri bergelar suri rumah rasa bersyukur mendengar pengumuman kadar caruman 2% Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka oleh Menteri Wanita Dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun pengumuman tersebut rupanya menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan beberapa orang suami yang meluahkannya di media sosial.

Foto kredit : Sinar Harian

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan yang berjanji untuk memberi tetapi akaun KWSP para suami pula yang terpaksa dipotong 2% tersebut.

Pandangan yang ditulis oleh seorang isteri dan juga ibu, Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan dan panduan kepada isteri-isteri yang melalui situasi tersebut.

Apahal Nak Beri 2% Kat Isteri?

Mula-mula sayu, lama-lama geram pula bila baca komen para suami yang tak rela 2% kwsp-nya ditolak untuk isterinya.

Ada yang ayat bukan main lagi seolah hina sangat kedudukan seorang isteri. Entah macam manalah perasaan isterinya kalau terbaca komen suami bakhilnya itu.

Sabda Rasulullah SAW;
“Apa pun yang engkau nafkahkan maka itu teranggap sebagai sedekah bagimu sampaipun suapan yang engkau berikan ke mulut isterimu.” (HR al-Bukhari & Muslim)

Jangan ditanya kenapa hidup rasa sentiasa sesak kalau 2% kwsp pun berkira dengan isteri yang dah korbankan nyawa, darah, nutrisi badan especially kalsium untuk lahirkan & susukan zuriat-zuriatmu.

Itupun ramai yang tak pernah berterima kasih pun bila isteri willingly susukan anak-anak sampai bertahun-tahun, apatah lagi nak acknowledged. Astaghfirullah.

Orang Jenis Kedekut & Berkira Susah Nak Bahagia

Orang jenis kedekut & berkira ni memang susah nak bahagia. Kadang bukan isteri surirumah sahaja dihina, bahkan yang bekerja duit gaji sendiri pun tidak merasa. Ramai sangat lelaki dayus makan hasil isteri tanpa redha sekarang.

Kemudian, berkira pula. Padahal sebaik-baik sedekah itu adalah buat keluarga sendiri & Rasulullah SAW sendiri berwasiat agar jaga isteri kalian sebaik-baiknya.

Namun, sayangnya hadis Nabi SAW yang paling basic ni pun ramai lagi suami tak hadam & praktikkan.

Betullah kata muallim, hanya lelaki yang mulia mampu memuliakan. Hanya lelaki hina mampu menghinakan.

Bersyukurlah isteri jika suami kalian ialah lelaki yang memuliakanmu. Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah.

Pesanan Untuk Para Isteri

Untuk isteri,

Jika dikurniakan suami yang budiman, bersyukurlah sebanyaknya & jangan kedekut minta doa agar rezeki & segala urusan suami sentiasa dalam keberkatan Allah.

Jika diuji dengan suami yang bakhil & jahil, jadilah perancang hidup, pelindung & hero untuk diri sendiri, mencarumlah untuk diri sendiri melalui TH, PRS, simpan gold bar, mahupun investment yang patuh syariah. Janganlah harapkan suamimu yang pudui itu.

Sumber: Intan Dzulkefli

 

Published by
Hasnita Sawal