Jangan Terlalu Manjakan Anak Lelaki. Ajar Buat Kerja Rumah Kalau Tak Nak Mereka Jadikan Ibu Sebagai Hamba

Share

Jangan terlalu manjakan sangat anak lelaki sampai tak bagi buat kerja rumah. Anak lelaki atau perempuan, sama-sama perlu diajar buat kerja rumah. Jangan kerana anak anda lelaki maka semua anda tak bagi dia buat sampai angkat pinggan kotor ke sinki pun ibu yang tolong buat!

Sekarang bukan lagi zaman orang perempuan mesti kena tahu buat kerja dapur. Tetapi kedua-dua jantina perlu ada kemahiran pengurusan rumah tangga kerana ia adalah salah satu kemahiran hidup yang wajib dipelajari dan dikuasai oleh anak lelaki dan perempuan di zaman digital ini.

Jangan kerana terlalu sayang dan manjakan anak sampai ibu ayah tak nak anak susah buat kerja rumah. Biar mereka belajar susah dari kecil kerana bila besar nanti mereka akan rasa kesan positifnya daripada pelajaran tersebut.

Janganlah esok sampai orang kata anak lelaki menjadi tuan kepada ibu ayahnya sendiri! Minta dijauhkan anak-anak kita daripada tingkah laku tersebut.

Perkongsian dan ingatan ‘mesra’ daripada Dr. Taufiq Razif patut dijadikan panduan kepada semua yang bergelar ibu ayah.

Jangan manjakan anak lelaki

Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba. Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.

Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!

Niat dah baik tapi caranya tu salah. Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!

Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi. Sebab tu la :

+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata

Ini semua adalah persedian hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin. Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.

Taufiq Razif
Bapa yang percaya anak takkan bertukar pondan hanya kerana pandai memasak dan mengemas rumah!

Sumber: Taufiq Razif

 

Published by
Hasnita Sawal