Setelah menyambut kelahiran cahaya mata, mak ayah jangan terlupa atau melengahkan pendaftarkan anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini penting.
Pendaftaran adalah percuma dan perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran.
Sebagai persediaan awal, ini panduan dan kelengkapan dokumen yang perlu mak ayah sediakan ketika mendaftarkan anak seperti perkongsian Hai Momy di laman TikTok.
1. Bawa surat doktor yang diserahkan semasa proses discaj
Selepas isteri keluar hospital, doktor bertugas akan memberi satu surat yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda.
Jadi, bawalah surat tersebut ke Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran anda untuk proses pendaftaran kelahiran.
2. Dokumen penting yang perlu dibawa
Ads
Mereka yang pertama kali melakukan pendaftaran kelahiran selalu tercicir dokumen atau mengalami masalah dokumen tidak lengkap.
Oleh itu, sebelum bergerak ke JPN, pastikan:
Borang pendaftaran kelahiran
Borang pengesahan kelahiran (asal)
Dokumen pengenalan diri ibu dan ayah (asal dan salinan)
Sijil nikah (asal dan salinan)
Buku ibu hamil atau buku pink (asal dan salinan)
3. Dapatkan nombor giliran di kaunter
Dalam tempoh ini, anda boleh lengkapkan dokumen berkaitan kelahiran dan mengisi nama pilihan untuk si manja.
Ads
Kemudian tunggu nombor giliran anda dipanggil dan pastikan butiran di dalam dokumen permohonan tersebut betul.
4. Proses pendaftaran siap
Kebiasaannya proses pendaftaran kelahiran siap dalam tempoh 10 minit sekiranya segala dokumen penting lengkap.
Ads
Selepas menerima surat beranak si manja, pasti anda akan diselubungi rasa terharu.
Paling penting, anda perlu melakukan pendaftaran dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kelahiran kerana kelewatan akan merumitkan proses kelulusan.
Kesilapan beri nama anak baru lahir yang dibuat oleh ibu ayah mungkin boleh menyebabkan si anak terpaksa menanggungnya seumur hidup. Bukankah nama itu satu doa sendiri kepada tuan punya badan.
Ini sambungan daripada artikel tulisan Puan Dhuha Rashidi mengenai 27 kesilapan beri nama anak baru lahir yang mungkin dilakukan tanpa sedar oleh ibu ayah.
#18. Nama dengan makna yang tidak tepat penggunaannya.
Contoh : Siti (Puan) . Gelaran ‘puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin.
Contoh : Anisah (Cik). Hanya digunakan gelaran ini untuk wanita yang belum berkahwin seperti yang digunakan orang Arab.
Namun dalam Bahasa Arab ada yang mengatakan Anisah mebawa maksud yang mesra.
#19. Letak nama yang berkaitan dengan tempat.
Contoh :
Suyuti : orang Asyut
Bukhari : orang Bukhara
Ghazali : orang Ghazal
Nawawi : orang Nawa
Misri /Masri : orang Mesir
Baihaqi : orang Baihaq
Tirmizi : orang Tirmiz
#20. Nama yang boleh keliru sebutan pada ejaan ruminya.
Seeloknya nama yang diberi pastikan dieja dengan betul tanpa menyukarkan untuk menyebut. Ejaan rumi yang mengelirukan juga boleh lari makna yang asalnya. Sedangkan nama ini adalah doa.
#21. Nama yang memberi makna sifat.
Contoh : Muti’ah (Yang taat)
#22. Menggunakan nama yang merupakan gelaran khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya.
Contoh :
a) Ruhullah (Roh daripada Allah ) -kepada Nabi Isa
b) Khalilullah /KhalilulRahman (kekasih Allah/kekasih Yang Maha Pengasih) – kepada Nabi Ibrahim.
Nama -nama ini membawa maksud yang terlalu tinggi untuk dipakai oleh orang biasa.
#23. Menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ @ ‘Malikul malak’ bermaksud “Raja bagi segala raja” kerana ada #larangan dalam hadith :
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)
#24. Tidak melambangkan Islam.
Sebab ini mengapa tidak digalakkan beri nama contohnya ikutan nama barat, walaupun maksudnya sama. Seperti Isaac (Ishak) . Ini termasuk dalam nama-nama yang tidak beridentitikan Islam.
Menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.
#25. Gabungan nama ibu dan ayah yang tiada makna.
Ada ibubapa yang suka menggabungkan nama mereka ditulis di setiap nama anak. #Harus menggunakan nama gabungan ibu dan ayah jika gabungan nama itu punyai makna yang elok.
#26. Nama yang dilarang dalam hadith.
Makruh memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::
لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).
Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)
#27. Nama yang bertembung dengan nama Jin.
Dalam perawatan Islam seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Syarhan juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan guna sebab membawa makna yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.
Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
Balqis – ketua jin
Qistina/Kistina – penghulu jin
Najwa – bisikan
Zaqwan/Zaquan – anak jin
Haikal/Haiqal – tengkorak
Badrisha/Badlisha/Herisha
Mungkin akan menimbulkan banyak masalah seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya. Nauzubillahiminzalik.
Begitulah, perkongsian tentang kesilapan dalam memberikan nama anak. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini. Sumber rujukan dari WADi, Maulana M. Asri Yusof Al Kauthar , S.Q wordpress.
Jika ada permasalahan berat dalam pemilihan nama adalah lebih baik terus merujuk kepada pakar bahasa Arab , ulamak yang lebih arif dalam bab memilih nama anak ini. Dhuha bukan pakar dalam bahasa dan pemilihan nama. Juga masih belajar dalam bab ini.
Sebagai penulis khat, amat penting juga Dhuha kena tahu ejaan yang betul bagi nama-nama yang menempah supaya makna sebenar pada nama tepat dan baik.
Puan Dhuha Rashidi Penulis Nama Dalam Kaligrafi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi anak-anak. Sudah namanya kanak-kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya. Apabila nafsu amarah bercampur dengan emosi, tanpa sedar kata-kata dan perbuatan kita juga akan penuh dengan emosi.
Apabila emosi kita tidak terkawal secara tidak langsung akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya! Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Ibu Bapa Pandang Wajah Anak Bila Rasa Nak Marah
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang sudah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang-kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi. Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Elak Marah Dengan Emosi
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
ENTAH-ENTAH YANG KITA MARAHKAN SANGAT DEKAT ANAK ITULAH TEGURAN TUHAN BUAT KITA. TUHAN NAK BAGI TAHU ITULAH KAMU. TENGOK DEKAT ANAK ITU.
Oleh itu, wahai ibu bapa, elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Apabila perasaan kita sudah tenang semula, baru datang semula pada anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati. Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah bukan? Begitulah.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak sudah semakin membesar dan dikala usia anak tujuh tahun, anak wajid diasingkan dari tempat tidurnya.
Nak tambahkan keyakinanan anak dan menggembirakan hati anak apa kata mama papa hiaskan bilik cantik mengikut tema kesukaan anak.
Idea seorang pakar dekorasi rumah, Emma InaRis yang mengubah suai bilik dua anak lelaki ini kemas. Malah tema awan biru yang dipilih dengan perabut warna putih cukup sesuai untuk anak lelaki. Simple tapi kemas.
Jom intai dekorasi ringkas tapi selesa ini. Kebanyakkan perabut dipilih dari IKEA dan jenama perabot lain mengikut kesesuaian. Cantik!
Bilik anak sebelum diubahsuai.
Pada mulanya bilik ini kurang kemas dengan dipenuhi dengan barangan dan mainan anak mereka.
Proses ubahsuai dimulakan dengan melukis corak awan pada bahagian dinding bilik tidur tersebut dengan menggunakan latar belakang warna biru.
Selepas diubah suai Rupa bilik tidur ini setelah selesai diubahsuai. Katil yang digunakan dibeli dari IKEA jenama Norddal.
Langsir yang digunakan juga dibeli dari IKEA.
Drawer tempat letak buku dan alat tulis itu dibeli dari IKEA.
Tempat letak almari selepas diubahsuai.
Tidak keterlaluan, bilik dua anak kecil ini dihias seadanya mengikut keperluan anak. Barang-barang yang tidak perlu juga dikemaskan agar tidak kelihatan.
Malah buku-buku juga diletakkan kemas di meja belajar serta laci-laci kecil berisi mainan. Memang cantik.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.