Membiarkan anak menonton bukanlah satu kesilapan tetapi perlu berpada-pada dan bijak memilih program yang bermanfaat untuk anak malah mampu merangsang perkembangan minda anak.
Menurut Terapi Cara Kerja, Pn Maryam Jamadi, memahami pelbagai masalah ibu bapa yang terpaksa memilih skrin seperti televisyen pasti punya alasan dan sebab tersendiri. Pun begitu, panduan yang dikongsikan ini boleh mak ayah ikuti ketika memilih untuk membiarkan anak menonton untuk seketika.
Jangan Tersalah Pilih, Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0-7 Tahun!

CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN MENGIKUT UMUR
“Saya PJJ dengan suami, anak jenis melekat jadi saya terpaksa buka skrin masa saya mandi/masak”.
Saya sebenarnya dapat banyak soalan dimana mak ayah yang terpaksa beri anak tengok gadget/TV atas sebab-sebab tertentu.
Kalau ikutkan saranan dari American Association of Pediatrics, anak 0-18 bulan tidak boleh didedahkan dengan skrin lagi. Tapi saya tak pernah “judge” mak ayah yang beri anak sebab saya tak berada di kasut mak ayah lain.
– Ada yang ibu/bapa tunggal, anak ramai, rumah sempit, 24 jam rumah bising dan masa buka TV sekejap itulah ibu/ayah dapat rehatkan telinga.
– Ada yang kerja WFH, terpaksa buka skrin untuk anak masa tengah bermesyuarat penting.
– Ada yang kerja berniaga di pasar malam, kalau tak bagi gadget nanti anak merayau ke tengah jalan.
– Ada yang anak ekzema, masa tengok skrin barulah boleh sapu krim satu badan dan duduk diam sampai kering.
Jangan Tersalah Pilih, Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0-7 Tahun!
CARA PILIH RANCANGAN TELEVISYEN UNTUK ANAK 0-7 TAHUN 
Jadi, sekiranya dalam keadaan terpaksa tunjuk skrin pada anak umur 0-7 tahun. Ini cadangan saya berdasarkan pengalaman dan perspektif sebagai Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, mengikut umur:
ANAK 0-12 BULAN
1. Rancangan yang memang khas untuk bayi seperti BabyTV.
2. Pergerakan yang sangat perlahan, pastikan mata anak ikut pergerakan. Bukan termenung.
3. Lagu atau muzik dengan rentak lembut.
4. Warna yang tidak terlalu banyak atau menyakitkan mata.
5. Jika watak dalam cerita itu bercakap, tiada bunyi lain di “background” sebab dah ada kajian yang bayi tidak boleh fokus pada bahasa sekiranya ada bunyi lain (background sound) sehingga umur 7 bulan.
6. Anak 0-3 bulan, boleh cari rancangan yang menggunakan warna hitam, merah dan putih. Gambar statik ataupun setiap pertukaran gambar 7-8 saat. Pergerakan yang sangat perlahan sekiranya ada.
7. Maksimum 3 minit sekali tengok. (Sempatlah lari ke tandas sekejap )
Contoh:
Peekaboo, I see You
Visual Stimulation for Babies
Find the Acorn
Jangan Tersalah Pilih, Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0-7 Tahun!
 ANAK 1 – 3 TAHUN
1. Boleh buka “nursery rhyme” tetapi pastikan nyanyi bersama dengan anak. Semakin perlahan kelajuan lagu semakin anak boleh cepat tangkap.
2. Pilih rancangan yang anak boleh belajar mengikut pergerakan bersama.
3. Tengok bersama anak dan berinteraksi bersama. Sekiranya anak tengok seorang diri, cuba uji pemahaman anak.
4. Rancangan yang menggunakan bahasa yang mudah dan sebutan jelas setiap suku kata.
5. Maksimum 4-10 minit sekali tengok, 1 jam sehari.
Contoh:
Pinkfong Dance Along
Blippi
Super Simple Songs
Didi & Friends
Omar & Hana
ANAK 3 – 7 TAHUN
1. Pilih rancangan yang ada nilai moral.
2. Pastikan anak faham, perlu perhatikan pergerakan bola mata anak, respon serta emosi anak semasa menonton.
3. Jika anak hanya termenung atau tiada perubahan respon mungkin anak sudah “overstimulate”. Tutup terus skrin.
4. Uji pemahaman anak selepas menonton. Jika anak tak faham, masa anak tengok itu hanya terbazir begitu sahaja.
5. Maksimum 10 – 20 minit sekali tengok, 1 hingga 2 jam sehari.
Contoh:
Daniel Tiger’s Neighborhood
Dora the Explorer
Blue’s Clues
Tayo the Little Bus
Jangan Tersalah Pilih, Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0-7 Tahun!
Saya ada berikan contoh supaya mak ayah boleh dapat gambaran cerita yang bersesuaian untuk anak 7 tahun ke bawah. Kalau ada cadangan lain boleh tepek di komen ya.
Perlu ingat yang anak 7 tahun ke bawah masih belum boleh 100% menapis maklumat yang diterima. Jadi, masih perlu pantauan lagi. Saya cadangkan mak ayah lihat dan kaji dahulu episod pertama sebelum beri anak tengok.
Sekiranya mak ayah perasan ada hari yang anak terlebih kuota tengok skrin ataupun anak mula
– Ada masalah perkembangan.
– Kurang fokus.
– Panggi tak dengar.
– Selalu tantrum.
– Anak mula ketagih atau asyik minta buka TV/gadget
Mohon terus buat hari atau minggu tanpa skrin ataupun “Digital Detoks” segera supaya tidak ada masalah lebih besar di masa akan datang.

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

IKLAN

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN
IKLAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI