Pemakanan ketika hamil memainkan peranan penting untuk perkembangan si manja anda. Makanan tinggi gula tidak digalakkan sama sekali atas faktor kesihatan ibu dan juga bayi.
Pasti anda berusaha untuk meminimumkan pengambilan gula ketika hamil, tetapi agak rumit kerana banyak makanan mengandungi gula tersembunyi.
Artikel ini akan membantu anda mengenali 7 jenis makanan yang kononnya sihat, tetapi penuh dengan gula!
Kenapa makanan tinggi gula dihadkan semasa hamil?
Semasa hamil, pengambilan gula harus dikawal kerana ia boleh membuatkan anda berasa cepat letih.
Pengambilan gula dalam kuantiti rendah membuatkan gula dalam darah lebih stabil dan bakal ibu cenderung menghasilkan berat badan yang sihat semasa hamil.
Jika kandungan gula yang diambil ketika hamil terlampau banyak, ia boleh meningkatkan risiko diabetes gestasi, pra-eklampsia dan berat bayi berlebihan di kemudian hari.
Jumlah gula dibenarkan semasa hamil
Mengikut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, ibu hamil tidak dibenarkan mengambil lebih 30 gram gula sehari, iaitu bersamaan dengan 7 kiub gula atau sudu teh gula.
Ini bukan bermakna ibu tidak boleh menikmati makanan yang manis semasa hamil.
Sudah tentu boleh, cuma elakkan makanan tinggi gula dan ambil pendekatan yang lebih sihat seperti menggantikannya dengan alternatif yang berkhasiat dan manis secara semula jadi.
Makanan tinggi gula harus dielakkan semasa hamil
#1 Yogurt rendah lemak
Yogurt ialah sejenis makanan yang penuh khasiat. Namun, tidak semua yogurt di pasaran mempunyai nutrisi yang sama.
Seperti kebanyakan produk rendah lemak yang lain, yogurt jenis ini selalunya tergolong dalam makanan tinggi gula kerana pemanis ini digunakan untuk meningkatkan rasa.
Mengikut Food Data Central United States, secawan 245 gram yogurt rendah lemak boleh mengandungi lebih daripada 45 gram gula, iaitu sekitar 11 sudu teh.
Ads
Jika anda suka mengambil yogurt, pilihlah yogurt semula jadi, penuh lemak atau yogurt Greek. Elakkan yogurt yang telah dimaniskan dengan gula.
#2 Soda diet
Banyak minuman berkarbonat di pasaran yang dijual tanpa kalori atau rendah kalori. Jangan tertipu ya!
Hal ini kerana banyak bahan pemanis buatan diletakkan dalam minuman seperti ini untuk menggantikan gula.
Ia boleh menyebabkan penambahan berat badan untuk jangka masa panjang.
#3 Smoothie siap sedia
Gabungan buah-buahan dengan susu atau yogurt pada waktu pagi ialah hidangan yang baik untuk memulakan hari anda.
Walau bagaimanapun, tidak semua smoothie sihat untuk ibu hamil.
Banyak smoothie yang dihasilkan secara komersial mengandungi bahan pemanis tiruan untuk meningkatkan kandungan gula mereka.
Sebilangan daripadanya mengandungi jumlah kalori dan gula yang sangat tinggi, melebihi 54 gram gula (13.5 sudu teh) dalam satu hidangan 16-oz atau 20-oz.
Ads
Periksa ramuan dan peka akan jumlah hidangan anda sebelum membelinya.
#4 Jus buah
Eh, takkanlah jus buah pun jenis makanan tinggi gula? Seperti buah-buahan, jus mengandungi vitamin dan mineral juga.
Walaupun kelihatan seperti pilihan yang sihat, vitamin dan mineral ini disertakan dengan jumlah gula dan serat yang sangat sedikit.
Biasanya, jumlah buah yang diperlukan untuk menghasilkan segelas jus lebih banyak daripada satu hidangan buah tersebut.
Malahan, lebih banyak gula dijumpai dalam jus buah berbanding buah segar.
Selain itu, jus buah di pasaran juga akan dicampurkan dengan gula untuk menaikkan rasa.
#5 Oat segera, makanan tinggi gula juga?
Oat merupakan hidangan yang sesuai untuk mengawal tahap kolesterol anda. Namun, oat segera mempunyai sekurang-kurangnya 14 gram gula dalam sepaket.
Kandungan gula lebih tinggi dalam oat segera yang mempunyai perisa seperti coklat, pisang dan sebagainya.
Ads
Sebelum membeli oat, periksa dulu maklumat nutrisi untuk produk tersebut.
#6 Granola
Granola sering dipasarkan sebagai makanan kesihatan rendah lemak, walaupun sebenarnya ia makanan tinggi gula dan kalori.
Bahan utama dalam granola adalah oat. Oat gulung adalah sejenis bijirin seimbang yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan serat.
Akan tetapi, oat dalam granola telah digabungkan dengan kacang, madu atau pemanis tambahan lain yang meningkatkan jumlah gula dan kalori.
100 gram granola boleh mengandungi sekitar 400-500 kalori, bersamaan dengan 5-7 sudu teh gula.
#7 Sup komersial
Sup bukanlah makanan yang biasanya dikaitkan dengan gula. Apabila dibuat dengan bahan segar, ia adalah pilihan yang sihat untuk ibu hamil.
Namun, banyak sup yang disediakan secara komersial mempunyai bahan tambahan, termasuk gula.
Jenis gula tambahan yang selalunya digunakan dalam sup ialah:
-sukrosa
-malt barli
-dekstrosa
-maltosa
-sirap jagung fruktosa tinggi (HFCS)
Anda boleh memeriksa label dan kandungan produk sebelum membeli.
Pilihlah makanan anda dengan bijak
Mengejutkan, bukan? Makanan tinggi gula tak semestinya berasa manis. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pilihan makanan anda ketika hamil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita hamil perlu mengambil asid folik kerana asid folik boleh membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya. Doktor menjelaskan bagaimana asid folik boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi dalam kandungan.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini, klik kehamilan di website majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Risiko mendapat bayi seperti gambar-gambar di bawah dikurangkan sebanyak 70% jika ibu mengambil Asid Folik.
Gambar Hiasan
Asid folik diambil 3 BULAN sebelum mengandung dan disambung untuk 3 BULAN pertama kehamilan.
Gambar Hiasan
Kecacatan Neural Tube boleh dicegah!
Haa.. satu lagi, asid folik tiada kena-mengena dengan kesuburan. Doktor nasihatkan supaya makan asid folik tu untuk cegah kecacatan, bukan untuk senang hamil.
Menjadi seorang ibu adalah perjalanan yang sungguh indah. Tidak sekadar merasakan tendangannya di dalam kandungan, mengalami pelbagai kepayahan semasa hamil menyediakan diri anda menjadi seorang ibu yang sabar, cekal dan berani.
Perjalanan kehamilan menyediakan wanita mencapai fitrah sebagai ibu secara semula jadi. Setiap wanita boleh menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya. Seorang guru, Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani membuat catatan mengenai kehamilannya dan apa yang dilaluinya sepanjang tempoh itu.
Perasan atau tidak, perjalanan kehamilan adalah unik ciptaan Allah SWT Yang Maha Hebat sehingga ibu-ibu berupaya menjadi ibu yang terbaik untuk anak masing-masing.
Berikut ialah catatan ibu muda ini;
Beliau semasa hamil.
PROSES PEMBELAJARAN UNTUK BONDA
Semasa hamil
TEMPOH
PERKARA
PROSES PEMBELAJARAN
Semasa mengandung
Sabar (Tahap 1)
Hilang nikmat makan kerana awal kehamilan akan berasa mual.
Tidak semua makanan boleh dimakan oleh seseorang ibu.
Terbatas dalam melakukan aktiviti gemar kita lakukan seperti aktiviti lasak atau aktiviti yang kurang memberi manfaat.
Disiplin
Makan mengikut kuantiti dan waktu yang ditetapkan.
Melakukan ibadah atau aktiviti lain mengikut waktu yang ditentukan (jaga kualiti masa).
Sentiasa positif
-niat
-percakapan
-perbuatan
Setiap perkara yang dilakukan perlulah sentiasa positif
Melihat semua orang pada pandangan yang positif.
Sentiasa positif
-niat
-percakapan
-perbuatan
Setiap perkara yang dilakukan perlulah sentiasa positif
Melihat semua orang pada pandangan yang positif
Sentiasa bersedia
Hubungan ibu dan Pencipta akan lebih dekat memandangkan kehamilan dan kelahiran sesuatu itu rahsia Allah S.W.T
Ibu perlu bersedia dengan segala kemungkinan sama ada sepanjang tempoh kehamilan itu selamat atau pun tidak.
Begitu juga, ketika lahir ibu perlu bersedia anak itu sempurna fizikal atau tidak.
Berani
Berani bergerak sendiri contoh ketika check up buku pink, ibu dengan nurse sahaja.
Berani kena ambil darah setiap bulan.
Berusaha
Semasa mengandung ada yang terkena tekanan darah tinggi, HB rendah, kencing manis dan lain-lain.
Ketika ini, ibu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki tahap kesihatannya supaya kandungan lebih selamat.
Berkorban
Badan yang kecil comel jadi gemuk +.+
Susah nak tidur malam (tidak selesa)
Ada benda yang kita tak suka tapi kita makan juga demi kandungan.
Penyayang
Selalu belai, sentuh janin dan berkomunikasi
Menghargai
Buat persediaan awal beli barang-barang baby.
Selepas bersalin
(1 bulan pertama)
Sabar (Tahap 2)
-Fokus kepada Pembawaan Emosi
Kebanyakan ibu tak cukup tidur.
Sabar melayan ragam anak kecil (demam @ jaundis).
Sabar dengan kesan sakit bersalin.
Sabar dengan keadaan sekeliling.
Bertanggungjawab
Timbul rasa bertanggungjawab terhadap seseorang individu baru iaitu anak.
Mula memberikan yang terbaik daripada segi rawatan dan sebagainya.
Disiplin, sentiasa positif,sentiasa bersedia, berani, berusaha, berkorban, penyayang dan menghargai
Pengajaran ini bersambung dari semasa mengandung lagi.
3- 8 bulan usia bayi
Sabar (Tahap 3)
Sabar melayan ragamnya yang makin aktif.
Bertanggungjawab
Lebih serius memikirkan keperluan dan kehendak bayi tersebut.
Gigih
Ibu bapa lebih gigih berusaha untuk memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada bayi.
Berkorban
Ibu lebih mengutamakan keperluan anak berbanding dirinya.
Kreatif dan Kritis
Kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan seperti anak tidak gemar makan.
Ibu perlu mencari idea yang lebih relevan untuk menarik minat anak.
Disiplin, sentiasa positif,sentiasa bersedia, berani, berusaha, berkorban, penyayang dan menghargai
Pengajaran ini bersambung dari semasa mengandung lagi.
Insyaallah Januari 2020! Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi rasa syukur dengan perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal menyatakan rasa syukur dan memaklumkan anak yang dikandung isterinya itu berada dalam keadaan sihat.
Faizal mendedahkan tarikh jangkaan bersalin Abby mengikut perkiraan doktor adalah pada Januari 2020.
“Hari ini dengan my love @abby_abadi112 ke klinik lagi sebab ada temu janji untuk scan.
“Best tengok baby, semua sihat. Insya-Allah Januari 2020 dapat melihat kebesaran ciptaan dan nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya.
“Moga Allah berikan kesihatan yang terbaik untuk my love & my baby…” tulisnya.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Sebelum ini, Abby ada berkongsikan fotonya di sebuah klinik serta memberitahu dia membuat imbasan seperti memberi gambaran bahawa dia kini sedang hamil pada usia 42 tahun.
Turut meluahkan rasa syukur, bagaimanapun, Abby berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu kepada umum kerana masih terlalu awal.
“Suami bawak saya pergi buat imbasan tadi. Alhamdullillah syukur. Nantilah saya cerita ye, segan nak cerita sekarang. Awal lagi.
“Untuk doktor-doktor & adik-adik di klinik, jangan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Sumber: ig jaiezzany
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...