Jangan Terus Hukum Anak Kalau Nakal, Degil Dan Lasak. Kena Tahu 3 Jenis Learning Style Ni Dulu!

Share

Masih ada lagi mak ayah yang tak tahu anak mereka jenis yang mana satu auditori, visual atau kinestatic.

Bila anak tak dengar cakap di katanya nakal, degil, lasak. Padahal yang sebenarnya cara mak ayah beri teguran tu salah. Anak tak faham. Sebab cara beri teguran tu tak sesuai dengan cara otak mereka berfungsi.

Ini 3 Jenis Learning Style, semua mak ayah wajib tahu :

1-AUDITORI

Anak auditori ni sangat peka dengan audio atau bunyi. Mereka suka keadaan yang tenang dan tak bingit.

Nak tahu anak jenis auditori lihat pada minat dia. Kadang-kadang anak auditori ni minat dengar lagu, dan lebih mudah hafal lagu daripada gambar.

Mengajar anak auditori ni kena banyakkan sebut dan dengar ulang-ulang kali. Lagi kerap dia sebut dan dengar lagi cepat dia akan belajar. Repetition ialah penentu kejayaan mereka.

Amaran :
Jangan cakap yang bukan-bukan depan anak auditori sebab sekali dia dengar dia akan ingat sampai bila-bila.

2- VISUAL

Kasihan. Anak visual ni selalu di panggil degil. Sebabnya mereka tak pernah dengar bila di tegur. Panggil banyak kali baru mereka nak menyahut.

Memang mereka tak dengar kerana otak mereka tak di program untuk dengar. Sebaliknya otak mereka di program untuk melihat. Anak visual lebih peka pada gambar, orang, dan apa sahaja dalam bentul visual. Yang boleh nampak.

Mendidik anak visual kena jelaskan dengan gambar atau lakaran. Atau buat demonstrasi depan mereka. Langkah demi langkah, di tunjuk baru mereka faham. Tegur guna mulut boleh tapi kena selit dengan pergerakan tangan supaya mereka fokus masa kita bercakap.

Nota :
Anak visual ni kalau kita membebel depan dia tanpa ada gambar atau pergerakan memang mereka akan berangan atau khayal. Bila mata tak boleh fokus, fikiran pun melayanglah.

3- KINESTATIC

Anak kinestatic ni selalu di salah anggap lasak, hyperaktif dan tak makan saman punya budak. Kita jerit mereka tak dengar, kita marah pun dia buat tak tahu je.

Ini kerana anak kinestatic belajar dengan rasa sendiri pengalaman dan pergerakan tubuh mereka. Mereka belajar selepas dah rasa sakit, jatuh, pahit, luka dan benjol. Selagi tak rasa sendiri selagi itu mereka tak akan puas.

Anak kinestatic ni kita tak boleh larang bila dia nak buat sesuatu, sebab kalau di larang ibarat kita larang dia jadi pandai. Mereka berkembang dengan teroka dan belajar ( Explore & Learn ). Biarkan je, tapi dengan pantauan mak ayah.

Nota :
Anak kinestatic jangan di suruh duduk diam, memang tak jalan punya. Lebih baik sediakan satu aktiviti atau tempat untuk dia melempiaskan tenaga dia tu. Ini yang terbaik.

” Anak kinestatic ini tenaga mereka boleh meruntuhkan gunung dan mengegarkan dunia tau “

Kenali potensi anak sebelum kita menutup potensi sebenar mereka.

Jumpa anak nanti terus bagi 3 ujian ni. Satu dengar audio, satu tunjuk gambar dan satu lagi suruh mereka buat sendiri. Ada budak learning style dia lebih dari satu, jadi jangan terkejut kalau anak auditori boleh cergas macam kinestatic.

Mohd Fhais
Jangan salah faham dengan anak lagi okay !

Published by
Wan Amy