Anak menipu adakalanya datang dari sikap kita yang suka marah-marah. Salah sikit marah dan akhirnya anak jadi penakut malah lebih suka menipu dari kena marah. Salah ni!
Mak ayah cubalah bersifat terbuka dan menimbang tara semula serta mencari jalan terbaik untuk anak. Biar anak jujur, itu sebaiknya. Perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi ini mama wajib baca. Panduan untuk kita semua.
Pesan-pesan kat pasangan kita. Jangan menghukum teruk sangat kalau anak dah terbuat silap.
Semalam anak-anak saya pakat meraung sekali. Dramatik betul meraung, macam kena tinggal kat tepi jalan. Puncanya, Aqlan tersepak tab suami saya. Dan skrin tab tu tercabut. Nasib baik melayang atas karpet.
Skrin tab tu dah lama dah longgar. Memang kebetulan sangatlah waktu tu pulak dia nak tercerai dari badan. Sambil meraung, anak sulung saya bagi idea,
“Mama tolong jangan bagitau ayah. Ammar takut ayah marah. Mama ambik duit Ammar ni. Tolong repair. Tapi kan lambat, Tolong Ammar glue-gun kan. Lepas tu jangan bagitau ayah.”
Saya tahan nak tergelak. Cantik dia plan. Barai la tab tu kalau glue-gun nak oi.Saya cakap dalam hati je la tapi nasib baiklah anak mengadu kat saya.
Kalau dengan saya pun dia takut nak mengadu, mau tab tu jadi bahan ujikaji kena glue-gun dek 2 beradik ni. Saya pernah jadi budak-budak. Saya tau macam mana takutnya rasa bila buat salah.
Ads
Pengalaman kena marah tu, buat ‘kreativiti’ kita sebagai kanak-kanak menjadi-jadi. Dan kreativiti itu jugalah menjadi pencetus, bermulanya keberanian anak-anak kecil untuk menipu.
Jadi, hati-hati dengan statement ‘kanak-kanak tak reti menipu’. Kerana mereka juga manusia. Otak mereka juga beradaptasi untuk survival.
Hati-hati dengan respon yang kita beri pada anak. Jangan sampai develop sifat ‘menipu’ pada anak.
3 Sebab Anak Menipu:
1) UNTUK DIRI DILIHAT HEBAT Anak yang dapat pengiktirafan dan perhatian berlebihan ketika mereka dilihat hebat, akan belajar untuk menipu lagi di masa akan datang untuk dapatkan lebih pengiktirafan dan perhatian.
2) UNTUK MELINDUNGI DIRI Perasaan takut kena marah dan dihukum mengaktifkan respon survival anak. Menjadikan mereka kreatif menipu demi menutup salah.
Ads
Lagi mudah kita menghukum kesilapan anak, lagi kreatif anak develop penipuan mereka.
3) BERCAKAP SEBELUM BERFIKIR Boleh jadi juga, mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.
Sebab tu kita mak ayah perlu lebih bersikap terbuka dengan kesilapan yang anak lakukan. Beri nasihat dan beri peluang pada anak untuk belajar dari kesilapan.
Elakkan terlalu overreact. Lebih-lebih lagi kalau tak nampak di depan mata. Bersikap neutral lebih baik dan mendidik.
Kita sebagai mak ayah pun, kena biasakan mengaku silap dan meminta maaf bila buat salah. Supaya anak belajar, tak perlu menipu pun kalau buat salah. Cuma minta maaf, dan usaha betulkan keadaan.
Ads
Petang tu, bila suami saya pulang, Aqlan dengan gentle confront depan ayah. Dia cerita apa yang jadi dari A sampai Z. Mata layu, nampak berat dengan rasa bersalah.
Habis bercerita, dia tunggu respon dari suami saya. Seolah redho kalau kena marah. Syukur alhamdulillah, disebabkan dia jujur dan minta maaf, suami saya tenang menerima. Dan nasihat untuk lebih berhati-hati.
Siap dapat pujian lagi. Sebab berlaku jujur dan mengaku silap.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita! Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Memang betul tapi bila memikirkan cabaran menguruskan anak, kewangan dan macam-macam lagi, beberapa faktor ini perlu diambil kira.
Berikut perkongsian dari Pakar Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.
Kali ini Ibu nak ajak sayang semua berfikir sejenak mengenai jarak umur anak sedia ada dengan yang baru. Sesuatu yang agak jarang Ibu ketengahkan. Namun, ia tak kurang pentingnya dalam memastikan kestabilan keluarga yang kita bina.
Banyak juga masalah keibubapaan yang berlaku akibat dari ketidaksediaan ibu bapa sendiri menerima anak yang seterusnya. Kepenatan, kesukaran mengurus, menangani sikap-sikap mencabar anak di fasa individuating belum pun selesai, tup tup terpregnant?.
Oh…salah siapa? Salah sayang yang mengandung atau suami yang mengandungkan?
SubhanaAllah. Buat yang merasakan diri dikategori terrrrmengandung..Istighfarlah..kembalikan semuanya pada Yang Maha Esa yang mengizinkan ini berlaku. Tarik nafas dan tenang.
SUSU IBU EKSKLUSIF 6 BULAN
Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.
Oleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.
HAMPIR 3 TAHUN PANDAI IKUT ARAHAN
Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.
Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.
3 TAHUN – 3 BAHAGIAN OTAK MULA DAH BERKEMBANG
Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.
Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.
SEDIAKAN DIRI ANAK TANGANI ATASI RASA CEMBURU PADA ADIK BARU
Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.
Ibu bapa yang bijak akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.
Ada anak yangtidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai di antara anda yang melalui pengalaman indah ini.
Tambahan:-
Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.
Mungkin ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai kondom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak. Oleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.
Bagaimanapun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.
Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anak dan kesihatan badan ibu.
Ilmu keibubapaan ini perlu sentiasa ditambah dan dipertingkatkan. Terlebih lagi buat ibubapa yang punya ramai anak atau anak yang rapat seperti Ibu. Ibu telah sediakan untuk anda buku untuk dapat membimbing anda agar jangan keliru mendidik anak-anak.
Ajal bersama tiga beranak. Siapa sangka permintaan dua beradik yang beriya-iya mahu mengikut ayah bekerja berakhir dengan tragedi yang menyayat hati apabila ketiga-tiga mereka dijemput ilahi dalam kemalangan.
Menerusi laporan Bernama, dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka terbabas di Kilometer 10, Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Gopeng (2 November) sebelum ini tidak pernah mahu mengikuti ayah mereka bekerja.
Sempat makan bersama
Bagaimanapun, keadaan hari kejadian berbeza apabila Muhammad Afeef Rafiqie, 9, serta Arrian Nuh, 6, beriya-iya mahu mengikut ayahnya, Hafize Nizam Ali Supian, 30, yang turut sama maut dalam kemalangan kira-kira pukul 10 malam itu selepas makan tengah hari bersama keluarga di sebuah restoran di Kampar.
Dua beradik menangis-nangis nak ikut ayah
Normah Khalid, nenek kepada kanak-kanak tersebut berkata sebelum kejadian, menantunya, Hafize Nizam bersama isteri Shamshira Mohd Norizin,31, dan tiga anak mereka datang ke Kampar dari Langkap, Teluk Intan untuk makan di sebuah restoran dengan menaiki kenderaan berbeza.
“Anak saya Shamshira bersama tiga anak termasuk yang bongsu, Adeeb Hud berumur dua tahun naik satu kereta kerana Hafize Nizam mahu meneruskan kerja mengambil muatan simen dengan treler di Gopeng selepas makan.
“Entah mengapa selepas makan, Muhammad Afeef Rafiqie dan Arrian Nuh menangis-nangis mahu mengikut ayah mereka. Sebelum ini, mereka tidak pernah pun ikut ayah mereka pergi bekerja,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Kampar.
Normah, 66, berkata mereka sekeluarga menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa kira-kira pukul 10.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri kemalangan tersebut.
“Makcik tak sanggup tengok lama-lama, anak makcik (isteri mangsa) pun sudah tidak keruan, menangis dan meraung-raung melihat keadaan treler yang remuk. Apa pun kami reda dan anggap ini sebagai satu ujian Allah,” katanya.
Anak bongsu mula tanya ayah dan abang
Normah berkata anak bongsu mangsa, Adeeb Hud ada bertanyakan di mana ayah dan dua abangnya, namun anggota keluarga hanya mampu mengatakan ketiga-tiga mereka sedang tidur.
“Arwah seorang menantu yang baik dan suka membantu ahli keluarga yang lain, makcik pun memang rapat dengan cucu-cucu sebab dari pagi hingga ke malam mereka selalu datang bermain di rumah makcik di Chenderong Balai, Teluk Intan,” katanya.
Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chenderong Balai, Teluk Intan.
Sebelum ini, media melaporkan treler jenis Volvo itu dipercayai terbabas di lorong kiri dan melanggar tiang elektrik dan juga besi penghadang jalan sebelah kiri jalan.
Akibat daripada itu kesemua mangsa cedera parah kerana tersepit dalam treler dan maut di tempat kejadian.
— BERNAMA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merokok membahayakan kesihatan! Itulah yang selalu kita lihat dan dengar tidak kira secara maya mahupun dipersekitaran. Meskipun fizikalnya kecil, tetapi rokok mampu memberikan impak yang besar untuk perokok dan individu disekelilingnya.
Malah, bukan itu sahaja, walaupun seorang perokok itu tahu apa kesannya merokok, tetapi mereka masih lagi mengamalkan gaya tidak sihat dek kerana terjebak.
Tetapi demi anak, apapun bapa sanggup buat! Itulah semangat seorang bapa apabila nekad untuk berhenti merokok pada ulangtahun kelahiran anaknya yang pertama pada 15 September lalu.
Dalam perkongsian di laman Twitter milik Mohamad Hafiz bin Jalaludin, 30 tahun, disebabkan buntu untuk memilih hadiah sempena ulangtahun kelahiran untuk puterinya, Norhafizah binti Mohamad Hafiz, dia memilih untuk berhenti merokok sebagai hadiah bermakna buat anaknya meskipun telah terjebak selama 16 tahun dengan asap rokok itu!
Harini setahun yang lepas Norhafizah dilahirkan di dunia ini. Tak tau nak beli hadiah apa untuk harijadi sebab dia kecik lagi. Jadi aku decide untuk berhenti merokok sebagai hadiah. This is the last one pic.twitter.com/CJKB9vTI53
Abah pernah juga berhenti rokok sebab opah dan atuk hang, Hafizah,tapi tewas. Demi mommy hang jangan cakap la, beratus kali janji, tewas juga. Ni pertama kali sebab anak abah. Harap2 berjaya la ? pic.twitter.com/Lj98kLo0VT
Sebelum ini, pernah juga ibu, bapa dan isterinya meminta untuk dirinya berhenti dari merokok. Malah dia juga pernah terdetik untuk membuang tabiat itu tetapi tidak berjaya laksanakan. Namun demi anaknya, buat kali pertamanya dia nekad untuk membuang tabiat buruknya itu.
Malah, sepanjang dia bergelar perokok, dia tidak pernah merokok di hadapan anak dan isterinya. Hafiz turut diminta isterinya, Noradilah binti Mohd Isa, 30 tahun untuk basuh tangan dan mulut terlebih dahulu sebelum memegang anak mereka.
Merokok adalah tabiat yang paling sukar untuk seorang lelaki buang dari hidupnya kerana telah menjadi kebiasaan. Oleh itu, dalam proses menjauhkan diri dari tabiat itu, Hafiz akan sibukkan diri dengan kerja dan lebihkan masanya untuk bersama keluarga. Selain itu, dia juga akan makan gula-gula sebagai langkah menghilangkan ketagihannya terhadap rokok.
Selalunya orang mengaitkan berhenti merokok kerana ada masalah kesihatan. Namun bagi kes Hafiz, selama dia merokok, dia tidak pernah mengalami sebarang masalah kesihatan. Malah, keputusan yang diambil untuk berhenti merokok ini bukanlah disebabkan oleh faktor tersebut mahupun faktor kewangan tetapi kerana dia sememangnya mahu berhenti dari tabiat merokok itu.
Nasihat untuk bapa di luar sana, sebagai ketua keluarga, tugas anda adalah menjaga ahli keluarga dari sebarang perkara yang berbahaya. Asap rokok sebenarnya lebih bahaya kepada orang di sekeliling berbanding perokok itu sendiri.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...