Setiap kali terkena ulser mulut atau mata ikan, sudah pasti semua akan jadi serba tidak kena bukan? Hendak makan dan minum pun payah!Ini kerana walaupun ia mungkin kelihatan kecil sahaja namun kepedihan yang disebabkannya adalah sangat mengganggu.
Disebabkan itu, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan pelbagai cara merawat ulser pada mulut ini haruslah dicuba. Di sinilah hadirnya manfaat ubat gel mulut.
Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut atau lebih dikenali sebagai mata ikan dalam kalangan masyarakat kita adalah sejenis kondisi di mana muncul tompok berwarna putih pada kawasan oral.
Kebiasaannya, ia akan muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau pada tekak dan akan mengakibatkan kepedihan apabila sesuatu menyentuhnya. Ia akan berlaku apabila lapisan permukaan kulit pada kawasan oral ini terhakis atau terluka lantas mendedahkan deria kesakitan pada anasir luar.
Berita baiknya, kepedihan yang dialami akibat mata ikan selalunya tidaklah begitu lama kerana ia boleh sembuh secara sendiri dalam masa beberapa hari atau minggu.
Ramai yang mengaitkannya dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air putih! Selain itu, apa punca ia berlaku agaknya ya?
Puncanya?
Seperti yang sudah selalu dimomokkan kepada kita, mata ikan mungkin boleh terjadi akibat mulut yang terlalu kering ekoran dehidrasi akibat tidak cukup minum air.
Dalam pada itu, kondisi ini juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuklah:
- Pemakaian gigi palsu atau pendakap gigi
- Kecederaan ketika memberus atau memflos gigi
- Kelecuran akibat makanan atau minuman yang panas dan kasar
- Kerengsaan akibat penggunaan antiseptik yang kuat seperti ubat kumur
- Kedudukan gigi yang tidak rata dan tajam
- Jangkitan virus seperti virus herpes simplex
- Tergigit bahagian dalam mulut secara tidak sengaja
- Mengalami reaksi alahan terhadap ubatan tertentu
- Ruam kulit di mulut (lichen planus)
- Perubahan hormon tubuh badan
- Penyakit jangkitan kelamin (STD)
- Penyakit autoimun
- Penyakit gastrousus
Kanser mulut
Ternyata, mata ikan juga boleh menjadi indikator kepada penyakit lain yang mungkin boleh mendatangkan mudarat sekiranya tidak dirawat dengan segera!
Ini cara merawat ulser mulut yang berkesan!
sindrom mulut terbakar
Disebabkan kondisi ini sangat kerap berlaku, terdapat pelbagai cara merawat ulser mulut yang boleh dicuba sama ada secara moden atau tradisional. Selain mendapatkan ubatan daripada doktor, anda mungkin mahu cuba merawatnya dengan bantuan unsur semula jadi seperti berikut:
- Garam
- Madu
- Mentega
- Santan
- Ais
- Minyak kelapa
- Soda penaik
Cara menggunakannya juga adalah amat mudah iaitu hanya dengan menyapukan bahan-bahan ini pada kawasan oral yang terkena mata ikan. Dalam pada itu, ada satu ubat gel yang sangat popular digunakan sebagai cara merawat ulser mulut dan sangat mudah ditemui iaitu bonjela.
Namun, ada sesuatu yang anda perlu tahu mengenai ubat ini menurut Public Health Malaysia!
Guna ubat gel bonjela rawat ulser mulut?
Buat anda yang mungkin belum tahu, bonjela adalah ubat gel yang digunakan untuk mengurangkan dan mengebaskan kesakitan ulser mulut. Produk ini mengandungi salicylate salts iaitu sejenis bahan kimia mempunyai kesan yang sama dengan Aspirin.
Dalam erti kata yang lebih mudah, ubat gel ini dicipta sebagai ubat tahan sakit dan kesannya sangat efektif. Pun begitu, ada satu berita terbaharu yang terjadi di luar negara telah menggemparkan dunia berkaitan ubat gel bernama bonjela ini.
Seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose selepas disapu cecair bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Ibu bapanya melakukan hal sedemikian ekoran ingin mencuba merawat mata ikan yang dialami si kecil mereka.
Malangnya, bayi berusia 7 bulan itu secara tiba-tiba sahaja berhenti bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Berita baiknya, bayi malang itu dapat diselamatkan namun ia menunjukkan bahawa ubat gel ini sebenarnya adalah kurang selamat untuk diambil.
Ini terutamanya jika ia disapu secara berulang kali dalam tempoh waktu yang singkat dan diberikan kepada golongan bayi atau kanak-kanak. Medicines & Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran sejak tahun 2006 lagi agar ubat ini digunakan secara terkawal. Ada risiko yang memungkinkan golongan kanak-kanak menghidapi Sindrom Reye sekiranya produk ini tidak digunakan secara terkawal dan berwaspada.
Kesimpulannya, kita masih boleh sapu ubat gel dalam mulut tapi jangan gunakannya berulang-ulang dalam tempoh yang singkat. Dapatkan juga konsultasi doktor pediatrik sebelum menggunakan ubat gel pada anak kecil.
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI