Kedudukan seorang ibu di sisi Islam sangat tinggi, bahkan doanya juga diangkat. Setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu untuk anak-anaknya umpama sebuah doa. Bahkan Allah SWT telah memartabatkan doa seorang ibu di tempat tertinggi untuk dimakbulkan.
Keikhlasan ketika berdoa sangat penting. Anak-anak memerlukan reda dan restu ibu untuk berjaya dalam kehidupan selain usaha berpanjangan. Sebagai seorang ibu, berwaspadalah ketika berkata-kata.
Di dalam perkongsiannya, Ustazah Isfadiah ada menceritakan tentang hal ini. Semoga dengan perkongsiannya dapat memberi kesedaran serta manfaat untuk kita semua.
“Jangan tikam belakang anak-anak dengan doa keburukan..”
Ads
Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya. Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?” Dia menjawab, “Ya! Benar”. Lantas Abdullah berkata, “Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.
Doa ibu ayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.
Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri. Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.
Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.
Ads
Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga! Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.
Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
PKP fasa ke-3 yang diumumkan Perdana Menteri untuk memutuskan rantaian Covid sepenuhnya, nampaknya diambil mudah oleh segelintir rakyat. Ini berikutan jumlah kenderaan di jalan raya sentiasa bertambah sejak akhir-akhir ini seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.
Walaupun kerajaan mengumumkan individu yang ingkar arahan PKP akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda seolah-olah undang-undang ini tidak memberi impak yang besar.
Di Facebook, Oneazam Mokhtar yang juga seorang pemandu Grab sekitar Lembah Klang, dia memaparkan sikap segelintir rakyat yang masih tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Kenderaan masih banyak atas jalan
Saya pemandu Grab. Hampir setiap hari bermula dari PKP penggal pertama, saya keluar buat Grab. Pada peringkat awal PKP dulu memang suasana jalan raya sangat kurang kereta. Hanya yang banyak atas jalan waktu tu ialah rider Food Panda dan Grab Food. Tetapi hari ini saya betul-betul terkejut. Bilangan kenderaan atas jalan macam hari biasa. PKP boleh ibarat dah ke laut.
Everybody go around doing their thing like as if nothing is wrong. Saya perasan benda ni bermula dari (10 April). Lepas Kerajaan umum PKP dilanjutkan 14 hari lagi. Orang ni semua keluar bukan satu orang satu kereta lagi dah. Yang saya tengok husband and wife satu kereta ni bersepah.
Menceritakan kisah itu, pemandu Grab ini memberitahu pada fasa awal pelaksanaan PKP keadaan di jalan raya agak lengang dan jumlah kenderaan juga berkurang berbeza daripada hari-hari biasa.
Menyedihkan selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan untuk melanjutkan tempoh PKP selama 14 hari lagi iaitu sehingga 28 April, bilangan kenderaan dilihat kembali normal seperti hari biasa seolah-olah bukan seperti dalam tempoh PKP.
Minta kerjasama duduklah di rumah
Yang satu keluarga pun ada. Ada seorang hakak ni berhenti sebelah saya dekat lampu isyarat. Siap bawa baby lagi kat baby seat sebelah seat depan. Oh My God! boleh dok cak-cak pula dengan baby dia tu. Tak rasa takut apa pun. Nak tahu betapa banyaknya kereta kat jalan, ni contoh saya kena tadi.
Saya sangkut dekat road-block depan EKO Cheras Mall selama 2 jam. Saya boleh tengok cerita Ahmad Albab dekat Youtube sampai habis tapi masih dok sangkut kat roadblock tu. Itulah betapa buruknya keadaan itu. Kalau macam ni lah sikap masyarakat kita terhadap PKP ni, to think PKP will be extend till Raya, is an understatement. Saya merayu pada anda semua, tolong duduk di rumah.
Tak hairanlah kalau boleh terkandas dalam kereta selama 2 jam kerana sekatan jalan raya. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan itu juga dia melihat pelbagai ragam dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia.
Ada di antara mereka yang masih keluar berdua dengan menaiki satu kenderaan walaupun perkara itu sebenarnya tidak dibenarkan oleh kerajaan. Mereka masih tidak mematuhi peraturan dan ingkar PKP. Ada juga yang berani membawa anak kecil keluar daripada rumah sedangkan mereka tahu bahawa kanak-kanak lebih mudah terdedah dengan jangkitan wabak maut berkenaan.
Walaupun kita tak tahu apa alasan sebenar orang ramai yang keluar ini, tetapi sekiranya boleh elak, baiklah duduk di rumah buat sementara. Pengorbanan kita ini sangat bernilai untuk rakyat dan negara khususnya.
Jika lagi lambat keadaan ini dapat dipulihkan, aktiviti harian kita untuk ke tempat kerja dan anak-anak kembali bersekolah mungkin makin lama lagi dilanjutkan.
Kepayahan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Mengandung, melahirkan malah mendidik anak kecil menjadi insan paling hebat pastinya bukan tugas mudah.
Namun itulah satu kepuasan dan nikmat bagi wanita bergelar ibu. Kata selebriti media sosial, pengacara TV, model sambilan dan juga usahawan yang disegani, Ameera Zaini, kepayahan seorang ibulah menjadi kepuasan dalam membesarkan anak-anak.
Malah kata Ameera, dia sendiri pernah melalui kepayahan dalam membesarkan anak-anaknya, Mateen, 4 dan Daniel, 1 tahun, lebih-lebih lagi ketika awal menjadi ibu. Kata ibu cantik ini lagi, struggle ketika menyusukan anak adalah kepayahan yang termanis buat dirinya.
“Kita jadi ibu ni memang macam-macam struggle dari mengandung, menyusu dan sebagainya. Tapi pada Meera secara peribadi, saat yang paling struggle pada Meera adalah ketika menyusukan anak.
” Masa anak pertama, Meera memang tak tahu sangat bab-bab ilmu menyusu ini, agak struggle pada Meera. Komitmen yang lama sampai dua tahun dan anak pulak nak direct feed je masa tu, tak nak langsung pakai botol sepanjang dua tahun. Anak kedua ni pun sama macam tu.
” Masa anak pertama dari kecil pulak memang ikut Meera ke mana-mana. Walaupun Meera shooting dekat set, dia sentiasa dengan Meera, itu cabarannya.
“Compare pulak dengan anak kedua di zaman pandemik ini, dia sentiasalah dengan Meera jadi senang nak menyusu. Tetap termanis dan mencabar untuk Meera,” kongsinya.
Malah kata Ameera lagi, dia bersyukur kerana walau dalam kepayahan pada awalnya, dia berjaya menyusukan anak sulungnya sehingga usia dua tahun. Satu kepuasan dalam dirinya.
“Kalau nak kata secara eksklusif tu memang saya susukan sepenuhnya dari lahir sampai usia anak enam bulan sebelum saya perkenalkan makanan pejal pada anak. Dan seterusnya saya susukan anak sulung saya sampai usianya dua tahun lapan bulan.
Dan anak kedua ni Daniel, baru setahun dua bulan dan Meera masih lagi susukan dia. Alhamdulillah,” kongsinya lagi.
Raikan nak kecil kita
Bercerita mengenai perkembangan anak-anak, kata ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia menggunakan pendekatan meraikan anak malah sentiasa belajar menjadi contoh terbaik buat anak-anak bagi memastikan kedua anaknya membesar menjadi anak yang baik akhlaknya.
” Setiap anak perkembangannya berbeza-beza, macam Meera alhamdulillah Allah rezekikan anak yang petah bercakap tapi Meera tak compare anak Meera dengan anak-anak yang lain.
” Pada Meera kita sebagai ibu kena sentiasa raikan walau sekecil-kecil perkembangan anak-anak kita. Anak pandai cakap kita raikan, apa saja kebaikan dia buat kita puji dan kalau dia buat salah pun kita raikan dengan cara yang betul.
“Bagi Meera dan suami, Meera memang menitik beratkan pendidikan melalui contoh yang baik sebab anak-anak ni sentiasa memerhati dan meniru apa saja yang ada disekelilingnya. Jadi kita kenalah tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak, kiranya macam terapkan pendidikan melalui tauladan, macam tu lah,” kata Ameera lagi yang kini banyak menghabiskan masanya dengan memasak sepanjang PKP ini.
Anak mula kuasai Bahasa Mandarin
Berkongsi cerita di Live Pa&Ma Gala Moms, kata Ameera yang turut dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms ini lagi, dia dan suami sepakat menghantar anak kecilnya pada usia dua tahun bagi menampakkan perkembangan diri anak kecilnya itu.
“Sebenarnya Meera memang hantar Mateen dari umur dia masa dua tahun lagi sebab nak bagi dia confident sikit. Dia memang pandai cakap tapi bila dengan orang dia memang terlampau pemalu.
“Alhamdulillah, bila dah pergi playschool tu dah nampak confident dia semakin baik.
“Apa yang Meera boleh katakan kita memang tak boleh nak bandingkan parenting style anak-anak zaman dahulu dengan anak masa kini. Macam tu juga dengan parent Meera masa awal nak hantar anak ke playschool dulu.
“Mateen kini sudah boleh bercakap dengan orang, boleh adapt dengan situasi sekeliling dan makin lama pemalu dia tu masih ada tapi kini lebih berani berbanding sebelum ini. Alhamdulillah.
” Mateen kini juga sudah boleh cakap dan memahami Bahasa Mandarin. Dia faham sebab sekolah dia ada subjek Mandarin. Untuk umur macam dia saya rasa impress lah bila dia faham,” kongsi Meera lagi yang mengakui dia adalah insan yang begitu mengambil berat soal pendidikan dan perkembangan kedua anaknya.
Perkongsian yang begitu bermanfaat dan teruslah menjadi inspirasi buat semua.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.