Dalam rumah tangga, suami atau isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab. Namun ada ketikanya bergaduh manja itu biasa. Cuma bagaimana cara hadapi keadaaan itu semuanya terletak pada kebijaksanaan diri sendiri.
Sebab itulah tugas dan tanggungjawab suami dan isteri adalah menghayati konsep berkasih sayang dan kasih mengasihani antara satu sama lain. Amalan-amalan ini merupakan jambatan atau laluan yang mendekatkan diri kita kepada kehidupan keluarga harmoni.
Menerusi perkongsian Pakar motivasi terkenal negara, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, beliau berkongsi 10 petua untuk menjadi isteri solehah. Semoga bermanfaat.
Ini 10 petua untuk menjadi isteri solehah:
1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang. Jadilah seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, penasihat, pendengar, pendidik dan paling penting pendoa setiap usaha suami.
2. Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan syarak. Namun bukan hal yang melibatkan kemungkaran.
Ads
3. Dilarang menunjukkan kelemahan suami terutama di hadapan keluarga dan rakannya. Risau ia akan berpatah balik ke kamu. Simpan aib masing-masing. Pokoknya, rahsia rumahtangga jangan dibawa ke luar.
4. Dilarang meninggikan suara tanpa sebab kepada suami. Ia tanda kamu tidak sopan dan derhaka.
5. Jangan bandingkan suami kamu dengan lelaki lain. Contohnya Fattah Amin, Syafiq Kyle atau Tok Abah (gurau je!). Kamu tidak akan pernah tahu perasaan suami kamu bagaimana.
6. Jangan pisahkan suami kamu dari menyantuni ibunya. Beri dia ruang untuk berkhidmat dan membalas jasa ibunya.
7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur. Kemaafan dapat menyejukkan hati, menyembuhkan penyakit, menaikkan aura wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
Ads
8. Pastikan kamu meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
9. Buang sikap queen control. Suamilah yang perlu mengawal rumahtangga. Jika ada perkara yang tidak kamu puas hati sepanjang suami mengatur keluarga, ajaklah berbincang, bukan mengarah.
10. Masakkan makanan kegemarannya. Sesedap yang boleh. Jika tidak pandai masak. Belajar. Zaman sekarang boleh google je. Air tangan kamu cukup penting untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri.
Banyak lagi cara untuk jadi isteri solehah. Sebenarnya terlalu banyak kebaikan dan mudah nak buat pahala. Moga kamu amalkan sedikit sebanyak petua di atas dan jadilah kamu isteri yang membahagiakan suami di atas muka bumi ini.
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Sijil kelahiran merupakan antara dokumen penting perlu dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia.
Bagi bayi yang baru lahir, dokumen tersebut adalah wajib didapatkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan status kewarganegaraan mereka.
Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sijil kelahiran versi baharu yang mengandungi beberapa ciri keselamatan terkini, mulai tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, ciri keselamatan berkenaan termasuk ‘watermark’ atau tera air pada sijil kelahiran versi baharu untuk mengelak berlakunya kes pemalsuan dokumen.
Namun sijil kelahiran sedia ada masih boleh digunakan dan tidak perlu ditukar. Bagi yang ingin menukar, anda boleh ikuti cara-cara cabutan surat beranak baru seperti yang dikongsi oleh wanita ini.
CARA CABUTAN SURAT BERANAK BARU DI JPN (LAMA TUKAR BARU)
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saja share cara nya:
✔️bawa 1 salinan ic (ori dah tentu kita bawak sentiasa) ✔️surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun) ✔️bayar rm5 (bayar guna kad ye) ✔️tunggu sekejap, dah siap
Boleh print jugak untuk pasangan:
Syaratnya: ✔️bawa surat nikah ori & salinan ✔️1 salinan ic Wakil yang nak print ✔️bayar rm5 jugak
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan
Setel hal surat beranak. Benda boleh buat, kenapa nak bertangguh 😉
Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak.
Isteri hari ini ramai stres kerana mereka dibebani dengan pelbagai perkara yang perlu difikirkan serentak. Dari hal keluarga, rumah tangga dan kerjaya itu yang menyebabkan isteri rasa cepat nak marah.
Lagi satu bila suami ada dirumah, apa yang menjadi permasalahannya adalah suami sibuk dengan telefon 24 jam. Bila isteri minta tolong atau bercakap, mata memandang ke skrin telefon tetapi mulut mengiyakan.
Inilah punca ramai wanita rasa stres dengan perangai suami masing-masing sehingga ada yang mengalami masalah kemurungan sehingga terpaksa mendapat rawatan pakar psikatari seprti dikongsikan oleh Pendakwah Bebas, Ebit Lew di instagramnya.
Ya Allah maafkanlah semua lelaki hari ni yang tinggalkan dakwah sehingga tak bawa isteri dekat pada Allah. Ya Allah bantu mereka dan sembuhkan mereka.
Punca utamanya isteri ini tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila ketua keluarga terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya.
Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil.
Isteri buat pahala tak berhenti. Dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami. Suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga.
Isteri mandikan dan uruskan anak-anak seorang diri.. Isteri uruskan pendaftaran sekolah & ajar anak-anak. Isteri kemas rumah dan layan anak-anak.. Isteri cantik-cantik sexy nak tunggu suami belai dan layan suami.. Isteri bawa anak ke klinik hospital Isteri sakit pening tetap takde mc terus jaga anak dan uruskan rumahtangga
Urus semuanya tanpa cuti. Kalau robot boleh meletup. Kalau kapal terbang boleh terhempas. Ini manusia bernama wanita. Tak sempat makan, tak sempat tidur betul. Tak sempat buang air besar sempurna pun.
Suami sibuk tengok telefon 24 jam. Suami sibuk nak keluar malam-malam terlalu kerap macam orang bujang sedangkan anak-anak kecil.
Balik 2 pagi. Balik 3 pagi setiap hari. Suami sibuk tidur di ruang tamu sedangkan isteri dalam bilik pening sakit.
Penat jaga anak yang menangis dan bergaduh. Suami sibuk nak bersukan siang malam lepas waktu kerja. Suami bila sakit nak isteri khidmat dan layan dia macam raja. Suami bila penat berehat tak ingat dunia. Tidur sepanjang hari. Suami bila kena tegur mengamuk, marah dan melenting.
Ubatnya begini. Solat 2 rakaat minta pertolongan Allah. Semua masalah dalam genggaman Allah. Merayu kasih sayang dan rahmat Allah.
Sebenarnya jadi begini sebab hilang rahmat Allah. Jaga solat awal waktu. Suami isteri sama-sama tidur awal dan bangun tahajud sama-sama.
Suami balik isya dari masjid terus balik rumah buat amalan Ta’lim dengan keluarga. Suami kena tolong dan ringan tulang. Berebut-rebut tolong isteri di rumah. Makan bersama isteri dan anak-anak dalam dulang. Kasih sayang. Rajin ucap terima kaseh sayang dan pujian buat pasangan.
Jika kita boleh layan orang luar baik-baik. Ini pula isteri kita. Tidur bersama peluk isteri. Belai dan dengar mereka bercerita, bercinta setiap hari sampai mati. Bawa isteri bercuti berehat berdua. Dating dan buat habis romantik. Bawa isteri berdakwah dan belajar iman ilmu di jalan Allah.
Ketika ini ibu bapa dah mula fikir bagaimana untuk latih anak berpuasa dan pastikan mereka tidak mudah mengalah untuk berbuka lebih awal. Mungkin bagi anak yang dah biasa berpuasa sebelum ini kurang sikit cabarannya.
Sebagai ibu bapa, setiap masa dalam bulan Ramadan ini waktu yang baik untuk memperbetulkan kembali sikap, amalan dan tabiat negatif anak supaya mereka lebih faham dan boleh memanfaatkannya untuk kebaikan diri pada masa akan datang.
Sebagai persediaan awal, berikut dikongsikan tip mudah ajar anak puasa penuh tanpa rasa terpaksa. Bagaimanapun, jika ada anak usia 7 tahun masih belum mampu, jangan paksa. Tengok pada keadaan anak itu juga.
Tip ini dipraktikkan oleh seorang ibu, Puan Noraliza Alwi buat anak-anaknya dan berjaya melalui fasa ini dengan baik.
Zara dah mula belajar berpuasa pada umur 7 tahun. Tak penuh. Masa umur 8 tahun baru mula dapat puasa penuh. Dua abangnya juga dah mula puasa penuh masa umur 7 tahun.
Saya nak share tip mudah anak dapat puasa penuh bulan Ramadan. Moga dapat jadi panduan ibu bapa yang ada anak nak ajar berpuasa. Saya dah buat pada 3 anak saya sejak umur 6 tahun.
7 Tip Mudah Anak Puasa Penuh Ramadan
1. 1-2 minggu sebelum Ramadan dah mula cerita keterujaan kita nak sambut Ramadan. Beri heads up awal agar minda anak juga bersedia.
2. Buat plan & target. Buat plan list dan target tentang aktiviti baru khas Ramadan. Contohnya ada tabung sedekah, Sahur on time setiap hari. Buat target khatam Quran dan plan buat majlis. Peringkat keluarga kecil kita saja. Ini umpama reward. Sesuatu yang buat anak excited.
3. Setiap malam ceritakan keindahan & Magik Ramadan. Sembahyang jemaah Maghrib hingga Terawih bersama itu saat yang sangat best untuk bercerita
4. Sediakan juadah sahur kegemaran yang mengenyangkan. Jangan sekali-kali paksa anak jika menolak untuk makan nasi. Lidah kelat pagi-pagi. Boleh gantikan dengan oat brownies, hummus kurma, juadah yang manis-manis asli yang sihat. Berikan minum air secukupnya sangat penting untuk kuat berpuasa
5. Sediakan makanan favourite dia masa berbuka. Keseronokan orang berpuasa walaupun kita yang dewasa adalah masa berbuka kan. Tanya dia apa nak makan berbuka nanti. Sediakanlah makanan ikut kegemarannya sebagai reward dan buat dia rasa bestnya berpuasa.
6. Biarkan anak bebas buat aktiviti yang dia suka. Main board games sangat mengisi masa. Tidak perlu rigid pada aktiviti spiritual semata.
7. Sorok makanan dan buah kegemarannya sepanjang waktu berpuasa untuk elak trigger dia nak berbuka.
Semoga perkongsian tip mudah nak ajar anak berpuasa penuh di bulan Ramadan ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah.
Apapun jangan sekali-kali kita paksa. Kita buat cara halus. Insyaallah boleh punya😊
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir, kini lebih selesa dikenali sebagai seorang ibu yang penuh kasih sayang selepas mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki...