Dalam rumah tangga, suami atau isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab. Namun ada ketikanya bergaduh manja itu biasa. Cuma bagaimana cara hadapi keadaaan itu semuanya terletak pada kebijaksanaan diri sendiri.
Sebab itulah tugas dan tanggungjawab suami dan isteri adalah menghayati konsep berkasih sayang dan kasih mengasihani antara satu sama lain. Amalan-amalan ini merupakan jambatan atau laluan yang mendekatkan diri kita kepada kehidupan keluarga harmoni.
Menerusi perkongsian Pakar motivasi terkenal negara, Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, beliau berkongsi 10 petua untuk menjadi isteri solehah. Semoga bermanfaat.
Ini 10 petua untuk menjadi isteri solehah:
1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang. Jadilah seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, penasihat, pendengar, pendidik dan paling penting pendoa setiap usaha suami.
2. Sentiasa taat kepada suami dalam semua hal yang dibenarkan syarak. Namun bukan hal yang melibatkan kemungkaran.
3. Dilarang menunjukkan kelemahan suami terutama di hadapan keluarga dan rakannya. Risau ia akan berpatah balik ke kamu. Simpan aib masing-masing. Pokoknya, rahsia rumahtangga jangan dibawa ke luar.
4. Dilarang meninggikan suara tanpa sebab kepada suami. Ia tanda kamu tidak sopan dan derhaka.
5. Jangan bandingkan suami kamu dengan lelaki lain. Contohnya Fattah Amin, Syafiq Kyle atau Tok Abah (gurau je!). Kamu tidak akan pernah tahu perasaan suami kamu bagaimana.
6. Jangan pisahkan suami kamu dari menyantuni ibunya. Beri dia ruang untuk berkhidmat dan membalas jasa ibunya.
7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur. Kemaafan dapat menyejukkan hati, menyembuhkan penyakit, menaikkan aura wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.
8. Pastikan kamu meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.
9. Buang sikap queen control. Suamilah yang perlu mengawal rumahtangga. Jika ada perkara yang tidak kamu puas hati sepanjang suami mengatur keluarga, ajaklah berbincang, bukan mengarah.
10. Masakkan makanan kegemarannya. Sesedap yang boleh. Jika tidak pandai masak. Belajar. Zaman sekarang boleh google je. Air tangan kamu cukup penting untuk mendamaikan dan mengharmonikan hubungan suami isteri.
Banyak lagi cara untuk jadi isteri solehah. Sebenarnya terlalu banyak kebaikan dan mudah nak buat pahala. Moga kamu amalkan sedikit sebanyak petua di atas dan jadilah kamu isteri yang membahagiakan suami di atas muka bumi ini.
Isteri solehah adalah permata dunia.
Kredit: FB Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/