Seorang isteri akan tahu apabila suaminya ditimpa kesusahan. Seorang ibu akan tahu apabila anak-anak ada masalah. Begitulah hebatnya instinct seorang wanita. Apabila suami dan anak-anak kesayangan ditimpa musibah, isteri dan ibulah orang pertama yang dapat merasakannya.
Mungkin kerana pengorbanan seorang isteri dan ibu, Allah SWT mengurniakan rasa hati yang kuat kepada mereka. Selain hidup susah dan berkongsi segala kepayahan dengan suami, serta kesakitan yang ditanggung ketika melahirkan zuriat, seorang wanita sanggup mengorbankan apa sahaja demi keluarganya.
“Jangan main-main dengan instinct orang perempuan. Terutamanya seorang ibu atau seorang isteri…”
Kerana terlalu banyak dan terlalu besarnya pengorbanan mereka, Allah kurniakan mereka deria ke 7 yang sangat kuat. Allah sangat sayang 2 kumpulan ni; ibu dan isteri.
Anak-anak, jangan la cuba nak tipu mak. Jangan sesekali. Sebab mak akan tahu juga akhirnya. Mak bukan saja tahu anaknya menipu, tapi mak juga akan tahu bila anak-anaknya ditimpa kesusahan atau berada dalam masalah. Hebatnya ilmu seorang mak terhadap anak, dia akan tahu semua tentang anaknya walaupun anak cuba nak sembunyikan.
Ads
Marah anak, tak puas hati anak, sakit hati anak, susah anak… semua-semua lah. Seorang mak akan tahu. So, jangan cuba-cuba nak tipu mak ye. Kalau ada benda perlu bagitahu, bagitahu dulu cepat-cepat. Jangan sampai mak tahu sendiri dari mulut orang lain. Kecik hati mak.
Isteri pun sama. Suami-suami jangan la cuba nak tipu isteri. Dia akan tahu. Lebih-lebih lagi kalau buat benda yang salah dan berdosa. Isteri akan dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Part ni memang boleh tabik la kat insan yang namanya isteri. Allah memang bagi sungguh anugerah ni pada isteri.
Mana taknya, tiada insan semulia seorang isteri. Dia bukan saja menyerahkan seluruh tubuhnya kepada manusia bernama suami, tetapi dia menyerahkan nasib sepanjang hidupnya juga kepada suami.
Lebih daripada itu, dia menyerahkan 100% kepercayaannya kepada suami untuk menjaganya, membimbingnya, memberi nafkah kepadanya dan menjaga kebajikan anak-anaknya. Bila berkahwinnya seorang wanita yang beriman, hidup dan matinya hanya untuk mengabdikan diri kepada suaminya. Sebab itu Allah balas dengan ganjaran yang besar kepada isteri asbab pengorbanannya itu.
Isteri serahkan sepenuh jiwa raganya kepada suami, Allah anugerahkannya deria yang kuat yang boleh menghidu perbuatan buruk dan berdosa suaminya. Allah tak akan biarkan pengorbanan seorang isteri berlalu sia-sia.
Allah pasti akan gerakkan hatinya demi untuk menyelamatkan sebuah rumahtangga. Baik pecah rahsia awal-awal daripada berselindung di sebalik angkara yang durjana buat sekian lama. Betul tak?
Ads
Bukan mudah sebuah kepercayaan nak diberi. Tapi sekali kepercayaan itu dikhianati, isteri akan ingat dan terasa hati sampai mati. Perasaan cinta dan sayangnya terhadap suami tak akan sama lagi. So, buat semua anak-anak dan para suami…
Jagalah hati ibu dan isteri. Jangan cuba-cuba nak buat benda tak senonoh di belakang ibu atau isteri. Lambat laun mereka akan tahu jugak.
Nak percaya ke, taknak percaya ke, terserah. Dan bila kita jujur dan tidak menipu, pasti Allah akan bagi balasan yang setimpal dengan kejujuran dan keikhlasan kita sebagai anak atau suami. Percayalah…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang wanita yang sudah bertukar status dari wanita berkahwin kemudian disahkan mengandung dan melahirkan anak (menjadi ibu), ia bukan satu proses yang mudah. Banyak perkara yang perlu kita belajar dan perlu cepat ‘tangkap’.
Bukan sahaja semakin mematangkan, tetapi seorang isteri dan ibu dilatih untuk menjadi seorang yang multi tasking tanpa sedar semasa menguruskan rumah tangga. Semua benda dibuat cepat, sehinggakan untuk mengutamakan keperluan diri sendiri pun terabai. Makan sampai tercekik, mandi pun tak sempat basah punyalah mengejar masa.
Di dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram, Shakilla Khoriri menyeru untuk para suami sama-sama membantu isteri menguruskan hal rumah tangga. Juga menyatakan penghargaannya kepada suami yang telah berbuat begitu.
Strees tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga. YES! Memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot. . . SUAMI …….mohon TERbaca caption ni. Sayangi lah ISTERI. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang KESIAN lah. . . Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak.
Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata. BANTU……kau bukan kawin dengan MAID. Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah.
TEPUK besar untuk suami yang sama2 bantu ringan beban kau. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai. Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali 😘👌🏻 . . I love you my boy @fiziali_ ❤️
Salute to all moms! Bukan mudah menggalas tanggung jawab menjadi seorang ibu. Ibu akan melakukan segalanya demi keluarga (secara percuma!). Tidak perlu banyak, cukuplah insan-insan yang disayanginya memahami dan menghargai dia.
Itu sahaja sudah memadai untuk menjadi penawar kepada segala penat lelah seorang ibu. Tapi, kalau suami dapat bantu memang kira bonus!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsi dan di RT di Twitter mengenai seorang pengasuh yang memukul bayi berusia kurang dari setahun. Video tersebut menunjukkan wanita itu menarik kaki dan beberapa kali menghempas mangsa sehingga menangis kesakitan.
Susulan daripada penularan video tersebut, polis telah menahan pengasuh yang berada dalam video tersebut di sebuh rumah di Tanjong Tokong Lama, Georgetown, Pulau Pinang.
Polis Ambil Keterangan Pengasuh
Menurut laporan, polis mengambil keterangan pengasuh wanita selepas video dirinya memukul bayi perempuan berusia enam bulan tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata keterangan diambil selepas polis menerima laporan dibuat seorang pekerja sebuah bank pada jam 4.01 petang Isnin lalu, selepas menerima video berkenaan daripada rakannya yang juga kenalan suspek.
Katanya, pengadu memaklumkan tidak mengenali waris bayi malang itu namun kejadian disyaki berlaku di sebuah rumah kampung di kawasan Tanjung Tokong Lama. Berdasarkan rakaman percakapan yang dibuat pada hari sama, pengadu memaklumkan menerima dua video pendek daripada seorang kenalannya, menunjukkan seorang wanita yang juga pengasuh memukul mangsa.
“Video berdurasi tujuh dan tiga saat itu menunjukkan suspek menggoncang kaki bayi yang sudah boleh meniarap, selain dilihat menampar kepala dan menghentak mangsa ke lantai.
Tiada Niat Mendera
“Dia mengakui bahawa individu dalam video terbabit adalah dirinya. Suspek mengakui bertindak kasar terhadap mangsa tetapi tiada pengakuan bahawa dia mendera mangsa. Dia juga memberitahu tidak ingat bila kejadian itu berlaku.
“Setakat ini polis belum menahan wanita berusia 34 tahun itu tetapi sudah merakam percakapannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Che Zaimani berkata, menurut pengadu, tujuan wanita itu menghantar video berkenaan adalah kerana tidak mahu pengadu menghantar anak ketiganya kepada pelaku di dalam video itu terbabit.
“Pengadu memberitahu, rakannya itu bimbang suspek akan memperlakukan anak pengadu seperti di dalam video terbabit.
“Wanita itu turut memaklumkan tidak pasti bila kejadian itu berlaku dan siapa yang merakam video terbabit, namun ia berkemungkinan terjadi sebulan yang lalu.
Ibu Sahkan Tiada Kesan Lebam Pada Anak
Beliau berkata, polis yang merakam percakapan ibu mangsa memaklumkan tidak mengesan sebarang perubahan pada bayinya atau melihat kesan lebam pada mana-mana bahagian badannya.
“Wanita itu juga turut memaklumkan tidak mengesyaki bayi itu didera kerana dia aktif seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, Che Zaimani berkata hasil rakaman percakapan dengan doktor yang memeriksa mangsa memaklumkan tidak menemui sebarang kesan penderaan terhadap bayi itu, namun bayi itu dirujuk ke hospital bagi tujuan pemantauan.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.