Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang sudah lama menyimpan niat untuk membeli emas, inilah waktunya sebelum harga melonjak lebih tinggi.
Emas bukan sekadar perhiasan untuk mencantikkan diri, tetapi juga aset bernilai yang boleh dijual atau dipajak ketika memerlukan. Dengan nilai yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, memiliki emas adalah satu langkah bijak untuk jaminan kewangan jangka panjang.
Memetik laporan Sinar Harian, harga emas dijangka meneruskan aliran kenaikan sehingga tempoh hujung tahun ini mengambil kira beberapa faktor antaranya kejatuhan harga komoditi lain di pasaran dunia.
Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, faktor lain yang turut menyumbang kepada kenaikan tersebut ialah dasar monetari global yang longgar, ketidakpastian fiskal dan persekitaran geopolitik.
“Apabila harga komoditi seperti petroleum atau minyak mentah merendah, harga emas akan naik. Keadaan ini juga didorong oleh asas kepada pusingan yang sudah memasuki 30 tahun (untuk harga emas naik). Walaupun ia bukan pusingan mutlak tapi ia berlaku mengambil kira kesan sekeliling.
“Jadi, harga emas ini akan menjadi pilihan dan permintaannya meningkat apabila harga komoditi-komoditi lain turun. Situasi ini juga merupakan satu trend atau strategi kepada pelabur untuk mereka pilih pelaburan yang sesuai untuk mencapai matlamat,” katanya
Ads
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jangkaan harga emas dan faktor mempengaruhinya susulan trend peningkatan yang dipamerkan ketika ini.
Ia susulan laporan harga emas 999 pada Sabtu merekodkan paras tertinggi setakat tahun ini iaitu RM463 segram.
Menerusi semakan di laman web Public Gold, angka itu naik RM2 berbanding Jumaat yang mencatatkan RM461 (segram).
Ads
Dalam pada itu, turut dikongsi Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim.
Menurutnya, kemungkinan hujung tahun ini harga emas berpotensi menghampiri RM500 segram dengan mengambil kira ekonomi semasa dan global.
“Kenaikan harga emas adalah disebabkan permintaan terhadap emas itu sendiri yang semakin meningkat bukan sahaja permintaan dalam kalangan individu tetapi juga melibatkan institusi kewangan, syarikat dan juga negara.
Ads
“Ini kerana emas merupakan satu aset yang tahan lama, lindung nilai dan kalis inflasi serta selamat untuk disimpan. Selain itu dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memperkenalkan tarif kepada ekonomi global telah mencetuskan dan menghangatkan lagi perang dagangan ekonomi dengan beberapa buah negara dunia besar menyebabkan ekonomi global berada dalam keadaan tidak pasti telah menyumbang kepada peningkatan harga emas ini,” katanya.
Ditanya sama ada ketika ini merupakan tempoh sesuai untuk seseorang itu membeli emas sebagai aset pelaburan, Mohd Faisol menjelaskan, bukan sebagai pilihan utama untuk tujuan keuntungan segera.
“Pelaburan emas bersifat jangka masa panjang dan bukan jangka masa pendek. Selain itu peningkatan harga emas yang sentiasa meningkat setiap tahun dan bulan menyebabkan harga untuk membeli emas menjadi mahal di pasaran.
“Untuk membeli emas ialah pada masa ketika seseorang itu mempunyai wang dan modal untuk membeli emas tanpa merujuk harga emas semasa kerana sifat emas itu sendiri yang telah membuktikan bahawa harganya sentiasa meningkat begitu tinggi setiap tahun,” katanya.
Beliau menambah, tempoh paling sesuai untuk membeli emas adalah ketika harganya jatuh di pasaran kerana keadaan itu hanya berlaku dalam jangka masa pendek, sebelum ia meningkat kembali dengan ketara.
Jangan tunggu sehingga harga semakin tinggi! Sama ada untuk dipakai atau sebagai pelaburan, pastikan anda membuat keputusan yang tepat sekarang. Rebut peluang ini sebelum terlepas!
Sumber: RTM & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang lain dari yang lain. Jika ramai anak-anak kecil kita memilih menggayakan kostum polis, bomba dan sebagainya untuk sambutan Hari Kebangsaan lalu, lain pula halnya dengan anak kecil ini yang tampil unik dan berbeza dengan kostum yang satu ini.
Lari dari kebiasaan, penampilan si cilik, Aisy Muhammad yang muncul sebagai penembak hendap atau sniper seperti dalam pasukan ketenteraan menggunakan baju penyamaran atau ghillie suit meraih tumpuan.
Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun itu, Saiful Azwan Shamsul sengaja memilih kostum hebat itu bagi mencari kelainan.
“Saya mahu buat kelainan untuk anak saya supaya kelihatan lebih gempak. Jadi saya perlu fikirkan idea di luar kotak untuk kelihatan dari daripada yang lain.
Tidak hanya memikirkan idea bahkan bapa sporting ini turut menempah set ghillie suit itu untuk anaknya lebih awal.
Walaupun bimbang pada awalnya baju yang ditempah tidak sempat siap, namun dia bersyukur akhirnya anak kecilnya itu dapat menyarung suit berkenaan.
“Saya tempah di kedai di mana baju celoreng dicerai halus untuk dijadikan ghillie suit dan juga kait benang-benang hijau.
“Selain ghillie suit, anak saya juga memakai topeng muka baraclava, sarung tangan serta dipadankan dengan kasut sekolah berwarna hitam,” kongsinya lagi.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata yang juga anggota Pasukan Gerakan Am(PGA) itu tidak menyangka anaknya beraksi dengan baik ketika membuat persembahan di sekolah.
Malah perkongsian video itu di Tik Tok juga turut menarik perhatian ramai, tidak kurang juga yang mahu turut sama bergambar.
Bapa ditahan biar anak umur 6 tahun bergayut dikenderaan. Polis menahan lelaki yang membiarkan anak lelakinya berusia enam tahun bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda di Nilai, seperti rakaman video yang tular di akaun Twitter.
Bapa Ditahan Biar Anak Umur 6 Tahun Bergayut Dikenderaan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, tangkapan ke atas lelaki berkenaan selepas polis terkesan dengan rakaman video tular terbabit pada jam 11.10 pagi tadi.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda tersebut dan membawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara asing berumur 38 tahun di kawasan Bandar Baru Nilai.
“Kanak-kanak lelaki yang bergayut di pintu sebelah pemandu itu merupakan anak kepada pemandu tersebut yang berumur enam tahun.
“Perbuatan kanak-kanak tersebut adalah sekadar suka-suka dan menjadi kebiasaan kanak-kanak tersebut, membuat permintaan kepada bapa beliau untuk berdiri di luar kenderaan ketika bapanya memandu,” katanya.
Terdahulu, tular satu video rakaman berdurasi 27 saat yang di muat naik menerusi akaun Twitter #Update1111 (https://x.com/update11111/status/1880233849009107310s=48) memaparkan kenderaan dipandu dengan keadaan seorang kanak-kanak bergayut pada sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna perak.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, aktiviti bermain mercun boleh mengakibatkan kecederaan serius, kebakaran serta gangguan ketenteraman awam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak main mercun tanpa kebenaran kerana itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau denda berat,” jelasnya.
Beliau turut menambah bahawa sepanjang tahun ini, terdapat dua kes kecederaan akibat bermain mercun membabitkan dua kanak-kanak di Kedah dan Kelantan.
Di Kedah, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan pada tangan dan muka selepas mercun bola yang dinyalakannya meletup sebelum sempat dibaling.
Di Kelantan pula, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun putus tiga jari selepas mercun buatan sendiri yang digunakan meletup secara tiba-tiba.
“Kami bimbang kejadian seperti ini akan terus berulang, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Orang ramai, khususnya ibu bapa, perlu memantau aktiviti anak-anak dan menasihati mereka supaya tidak bermain mercun,” nasihatnya.
Katanya lagi, PDRM dan agensi keselamatan akan mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya bermain mercun.
“Kempen kesedaran perlu dianjurkan pada peringkat sekolah, masjid dan media sosial bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya bermain mercun,” katanya.
Sumber: TV3
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengasuh anak istimewa adalah satu perjalanan yang sangat unik—ia hadir dengan cabaran tersendiri, tetapi juga dengan peluang untuk membina hubungan yang sangat mendalam dan...