Jangkitan virus Influenza A dan Influenza B adalah antara punca utama kemasukan bayi dan kanak-kanak ke hospital.
Virus ini sangat mudah berjangkit, terutama kepada mereka yang tinggal di pusat jagaan yang ramai kanak-kanak, terdedah kepada asap rokok dan bayi pra matang.
Jangkitan ini bukan sahaja boleh menyebabkan demam panas, hilang selera makan, batuk, muntah dan dehydration, ia juga boleh merebak dan menyebabkan komplikasi yang jauh lebih teruk iaitu jangkitan paru-paru dan menyebabkan kesukaran bernafas.
Kanak-kanak bawah 5 tahun kebiasaannya perlu dimasukkan ke wad jika dijangkiti virus ini kerana dehydration. Mereka mengalami demam panas, dan selera makan yang kurang. Ini akan menyebabkan badan mereka kehilangan air yang banyak dan menyebabkan dehydration.
Dehydration yang tidak dirawat itu sendiri akan menyebabkan komplikasi yang lain seperti kegagalan fungsi organ utama seperti jantung dan buah pinggang.
Namun kini, penyakit ini dapat dicegah melalui pengambilan vaksin.
Vaksin influenza yang terkini seperti Vaxigrip Tetra, Fluquadri dan Fluarix Tetra memberi perlindungan yang terbaik dengan perlindungan terhadap 4 strain virus influenza berbanding vaksin terdahulu yang hanya memberi perlindungan terhadap 3 strain virus sahaja.
Sumber: Poliklinik Az-Zaara
Taman Dato Ahmad Razali Ampang