Perasan tak, kalau kita janjikan sesuatu pada anak mereka akan ingat? Bila kita ajarkan sesuatu pun anak akan ulang-ulang cakap kerana mereka dah dipernah ajar tentang hal itu. Sebenarnya keadaan ini sangat bagus kerana ia menunjukkan yang perkembangan otak anak on track!
✅ Tingkahlaku terkawal Kadang ada juga ngamuk atau nangis tapi anak yang otaknya sihat mudah nak kawal diri & cepat tenang.
Ads
✅ Petah bercakap Pot pet pot pet tak berhenti. Cakap petah macam orang tua pun tanda sihatnya otak dia. Cis!
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim
✅ Mudah faham situasi Tak semua ada kemahiran faham situasi ni. Kadang dah nampak kita jeling mata sampai terbeliak pun dia buat tak geti je..
✅ Fokus tugas sampai habis Buat sikit bosan, ambil toys lain pula. Ini kurang baik sebab itu tanda anak tak mampu fokus pada satu satu tugas sampai habis.
Sebelum ini, pelakon Siti Elizad akui sangat sedih apabila dituduh mandul oleh netizen di laman Facebook. Susulan itu, difahamkan Siti Elizad telah mengambil tindakan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis terhadap tuduhan dan hinaan ‘mandul’ yang dilemparkan kepadanya.
Terkini dalam posting Elizad di instagramnya, pelakon wanita ini berkongsi momen istimewa apabila dia menerima panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Siti Elizad terharu apabila Tunku Azizah sendiri menelefonnya untuk bertanyakan khabar dan keadaan selepas insiden tersebut. Pelakon ini mengakui sangat mengagumi dan menjadikan Tunku Azizah sebagai idolanya berdasarkan pengalaman Baginda yang pernah menjalani ujian IVF.
Would love to share this special moment. Hari ini hari yang sangat mengembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah. Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari.
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya. Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa.
Terkejut terima panggilan
Dalam pada itu, Siti Elizad berkata Tunku Azizah turut memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berkongsi pengalaman menempuh IVF sebanyak 17 kali sebelum ini. Siti Elizad turut menegaskan segala perkongsiannya berkaitan perjalanan IVF di laman Instagram adalah untuk memberi kesedaran dan pengalaman kepada segelintir golongan ibu yang senasib dengannya.
Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dangan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh-sunguh keibuan.
Sempat juga Tuanku selitkan ‘Saya tengak drama awak sebelum-sebelum ni, awak dah tak berlakon lagi?’ Allahuakhbar. Terima kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengumuman PKP diseluruh negara bermula esok sudah pastinya membuatkan hati sesiapa pun turut bersedih kerana tidak dapat beraya semeriah dulu. Namun, redalah kerana inilah yang terbaik buat kita semua demi mengekang penyebaran Covid-19 dari terus merebak dan mengancam nyawa.
Bersyukur dan reda dengan aturan Allah itu sebaiknya. Penulis Pn Najibah Mustaffa ini banyak benarnya. Tidak perlu merasa marah, sedih dan terkilan sebaliknya kitalah yang perlu membangkitkan mood dan suasana raya pada anak-anak, walau hanya di rumah. Biar anak-anak merasa nikmat dan bahagianya beraya.
Ini yang dikongsikan oleh beliau.
PKP 3.0. Ramai yang marah dan geram dengan keputusan mengejut begini. Rentas negeri, rentas daerah, bahkan nak rentas pagar rumah jiran pun tak boleh. Allahu, sungguhlah ia ujian emosi, ujian sabar, ujian lidah dan jari jemari juga buat kita di hujung Ramadhan begini.
Saya pun sedih. Geram pun ada lah juga bab mengejut gini. Cumanya saya fikir. ‘Orang atas’ tentu tidak mahu buat keputusan tidak popular begini. Dikecam sana sini. Sampai ada rakyat sebut “takpe tak bagi aku balik raya. Nanti pilihanraya tunggu, aku tak bagi undi”. Ha lebih kurang macam itu. Kan rugi tu bab sokongan politik.
Tapi tapi…ia tentunya dibuat atas pelbagai pertimbangan, maslahah nyawa lebih besar daripada keinginan kita semua untuk bergembira di Aidilfitri. Kata orang, ibarat tarik rambut daripada tepung. Rambut tak putus, tepung tak bersepah. Ia kerja sukar.
Selalu dah dengar ceramah tentang akhir zaman. Keadaan manusia nanti macam mana. Terasa seperti ia permulaan kepada keadaan itu. Jadi nak marah, bergaduh, keadaan jadi serba tak kena. Entah bagaimana ye keadaan tahun tahun mendatang.
Bab raya ni. Saya cuma fikir begini untuk pujuk hati. Sudah berpuluh tahun Allah beri kita keseronokan berhari raya. Packing beg baju, balik kampung. Tempuh perjalanan jauh sambil dengar lagu raya. Bila terperangkap jammed tu. Dia menambahkan memori raya kita. Memang indah.
Tapi itulah. 2 tahun ini Allah uji kita begini. Bukan kita saja. Pandemik satu dunia. Jadi kita pujuk pujuk hati, duduk sekejap fikir yang baik dan besarkan syukur. Syukur ya Allah, kita masih sihat. Paling kurang ada pasangan dan anak-anak depan mata.
Mak ayah dan adik beradik yang jauh dimata, kita rentas ke hati mereka dengan doa insyaallah. Ada saudara kita di luar sana Aidilfitri mereka di katil hospital, sedang bertarung nyawa. 😥 Dan lagi sedih ada yang sedang menangisi pemergian insan tersayang.
Dan bila raya di rumah sendiri begini. Kita wujudkan suasana itu. Ajaklah pasangan dan anak-anak. Kemas rumah, pasang lagu raya. Lagu raya Dato’ Alif Syukri tengah trending katanya.
Ceritakan kepada anak-anak bagaimana sunnah Rasulullah SAW menyambut Aidilfitri – pada ruang terbatas yang boleh kita lakukan.
Bawa jiwa emak-emak, sediakan juga menu raya. Raikan anak-anak yang gigih berpuasa. Biar mereka rasa gembira. Masak lebih pun tak apa. Boleh hantar ke rumah jiran. Sangkut dipagar boleh, jaga jarak sosial.
Malam malam pasang pelita ke, lampu liplap ke. Ajak anak isi kuih raya dalam balang. Walaupun nantinya kita anak beranak je yang ulang makan. Malam raya kita takbir sama-sama. Buat macam kita selalu buat tu bila balik kampung. Cuma bezanya kali ini ia berlaku di rumah kita. Baju raya tu kita pakai je lah. Bergambar kenangan sekeluarga. Nanti nantinya ia akan jadi memori mahal.
“Dulu tahun 2021 semua kita raya di rumah masing masing je”.
Ada perkara di luar kawalan kita. Dan ketika itu kita pilih untuk buat apa yang kita boleh. Terjumpa satu quote yang beri semangat juga kepada saya.
“If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow”.
Bab sabar, redha ini pun dalam Al-Quran banyak ayat yang memotivasikan. Insyaallah, kita mulakannya sekali lagi. Sama sama. Kita yakin satu perkara, buat sama sama dan berjemaah ini ada kekuatan padanya. Insyaallah.
Dan dalam munajat kita di hari hari akhir Ramadhan ini. Doakan juga frontliners agar mereka terus kuat. Katil ICU pun dah sampai tahap maksimum tu. Mereka penat lama dah. Dan mereka pun ada keluarga. Raya nanti pun mesti ramai frontliner kena kerja. Kan?
Barangkali asbab doa doa kita yang bersatu. Allah beri jaluran rasa yang kuat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan sebaiknya. Aamin.
Catatan selepas Subuh. Dan status ini pun barangkali tidak popular huhu.🙏 Cuma berkongsi isi hati dengan niat menguatkan rasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
“Saya nak pergi kubur mama saya, saya rindu mama saya.” Ini kata-kata jujur dari anak-anak yang kehilangan ibu selepas empat hari bersalin. Dalam kegelapan malam itu, anak yang berusia dalam lingkungan 12, 8@9 tahun dan 5@6 tahun itu sanggup datang semata-mata rindukan ibu yang baru dikebumikan pada pagi hari tersebut.
Menerusi perkongsian Syaffiq S.Salleh, ketika dia berada berdekatan kawasan perkuburan, ternampak kelibat kanak-kanak berdekatan pagar kubur dengan menyuluh menggunakan lampu dari telefon.
Tak menunggu lama, saya terus mendekati anak-anak kecil itu dan bertanyakan buat apa di sini pada waktu sekarang?
Apa yang membuatkan diri ini cukup sedih, apabila mendengar jawapan ini.
“Saya nak pergi tengok kubur mama saya, saya rindu mama saya”. Terkejut saya dan pak saudara mendengarnya. Bukan apa dengan keadaan kawasan kubur yang gelap, jalan nak ke kubur pun tiada lampu serta hutan di kiri dan kanan jalan.
Anak-anak ini berjalan kaki datang sendiri dan berani masuk ke kawasan kubur itu walaupun menggunakan lampu suluh. Bayangkan perasaan rindu anak itu sampai tiada rasa takut pun. Mereka TERLALU RINDU!
Lepas tu dalam gelap berjalan tiga anak kecil ini ke kubur mamanya sementara pak saudara saya tolong bukakan lampu untuk memudahkan anak kecil ini sampai ke kubur arwah.
Sampai di kubur terus anak kecil ini duduk dan usap tanah yang masih lagi basah.
“Mama kakak mintak maaf mama, kakak rindu mama,” macam-macam luahannya. Ya Allah rasa sebak hati ini dengar kata-kata jujur dari anak yang belum puas menikmati kasih sayang seorang ibu.
Difahamkan arwah mama anak kecil ini meninggal dunia selepas bersalin anak yang ketiga. Baru dikebumikan Subuh. Malam kejadian itu, ada tahlil arwah, jadi orang dewasa tak boleh nak ikut.
Kebetulan rumahnya dalam 300-400 meter dari tanah perkuburan. Tapi suasananya cukup gelap. Bayangkan betapa tekadnya anak perempuan ini nak jumpa arwah mamanya, nak luah apa yang terbuku di hati dan nak beritahu dia rindu..
InshaaAllah marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada arwah.
Allahummaghfirghlaha warhamha waafiha wa’fuanha
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!