Sesi persekolahan yang dah bermula sejak awal tahun lalu memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak tahap satu kerana dah tak perlu memikirkan untuk berdepan dengan peperiksaan.

Tapi adakah ibu bapa tahu sebab disebalik idea Kementerian Pendidikan berbuat demikian. Mungkin ada yang tahu tetapi masih lagi ibu bapa yang kurang jelas mengenainya.

Berikut perkongsian dari Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau.

Beri fokus kepada kepelbagaian potensi murid antara 10 sebab Kementerian Pendidikan memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata sebab atau faktor lain yang mendorong kepada pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik selain pelajar juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka.

“Pemansuhan itu turut membolehkan guru menyemai nilai murni dalam diri pelajar dengan prinsip ‘values are caught and tought’.

“Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah ‘learning-centered’ disamping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul,” katanya.

Fokus kepada kepelbagaian potensi murid

  • Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian potensi murid
  • Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
  • Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
  • Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip Values are caught and taught
  • Dapat membentuk karakter murid dengan kaedah learning-centered
  • Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul

  • Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah PBD yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
  • Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
  • Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
  • Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluan murid
  • Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan pendekatan baru yang diambil. Jelas mereka, pendidikan di peringkat sekolah rendah seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni disamping pendidikan lebih kepada permainan untuk menimbulkan rasa seronok di sekolah.

Sumber: ig Maszlee

Tinggalkan Komen