Bila anak jatuh dan terluka sana sini, mak-maklah paling panik. Tak sanggup bila melihat kesakitan anak, apatah lagi luka dan memgalami kecederaan.
Pelakon cantik manis, Elvina Mohamad yang kini sedang sarat hamil berdepan detik cemas bila mana anaknya, Karl Mateen mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka dan hidungnya.
Akui Elvina, nafasnya seakan terhenti bila mana melihat darah yang banyak keluar di mulut dan hidung anaknya selepas terjatuh ke dalam longkang ketika menaiki basikal.
Pun begitu kata Elvina, dia bersyukur kerana anak kecilnya itu dalam keadaan baik malah tidak serik untuk terus menunggang basikal kegemarannya.
“Wahai anakku, jantung mommy ni macam nak tercabut berlari semalam masa you jatuh masuk longkang tu.
“Panicked gila semalam tengok darah penuh kat mulut & hidung. Alhamdulillah nasib baik cedera luka di luar sahaja, tak ada patah-patah tiada yang serious,” kongsi Elvina bercerita.
Pun begitu, sudah sebati dengan jati diri anak lelaki yang kuat dan tahan lasak, si comel kesayangan Elvina dan suami ini langsung tidak serik malah tetap bertanyakan basikal kesayangannya biarpun luka teruk di bahagian muka.
Menarik: “Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!
Kami Masih Belajar, Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!
Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!
“Tapi masih ye pagi ni bangun-bangun cari dan check basikal dulu. Haihhh tak serik serik.
“Daddy dia nak bagi sedap hati I cakap, “Anak lelaki memang macam ni, baru jantan”.
“Ohhh nooo!! Rasa macam nak sorok semua basikal moto semua tu tak nak bagi main dah!
“Bangun pagi ni benda 1st dia tanya basikal dia rosak tak. And turun-turun bawah terus check basikal siap test bawak lagi.
“Macam mana mommy nak STOP dia kalau dia sendiri pun macam tak serik serik. Perangai bapak dia,” luahnya berkongsi.
Melalui perkongsian beberapa keping gambar anak Elvina, jelas luka-luka yang dialami agak teruk. Tak hairanlah mommy pun rasa nak tercabut jantung.
Semoga Karl lekas segera sembuh dan pulih dari kecederaan yang dialaminya.
Untuk rekod, Elvina dan suaminya Haniff berkahwin pada 18 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Karl Mateen yang kini berusia empat tahun.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI