Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik.
Berita mengenai perkembangan kesihatan anak perempuannya itu dikongsikan Ali di Instagram miliknya seperti dilaporkan Gempak.
“Hari ke 6…Alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang tak putus doakan Ainul Mardhiah…dapat berita daripada doktor yang jantung adik dah mula bernafas sendiri tapi masih gunakan bantuan mesin.
“Paru-paru dia dah mula aktif tapi masih sangat-sangat lemah…ya Allah…Walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sayang…terima kasih semua…doakan Ainul terus kuat,” tulisnya.
Ads
Sebelum ini Ainul yang berusia tiga bulan dilaporkan bertarung nyawa selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.
Ads
Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.
Sumber: ig Ali Puteh89
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Definisi “tali pusat” ialah bahagian usus yang menghubungkan bayi dengan urinya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya. Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.
Menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:
Sebahagian menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.
Sebahagian pula menyimpan kerana kepercayaan bahawa ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan.
Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi hanya sebagai kenangan.
Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab menyebut: “Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan mencemarkan kehormatan mayat itu dan mendatangkan mudarat kepada manusia disebabkan bau busuknya.
Pengebumian di kawan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW mengebumikan para sahabat yang mati di Baqi`, dan kerana ramai orang yang menziarahinya akan mendoakannya.”
Imam al-Nawawi dalam komentarnya menyebut bahawa hadis Nabi SAW mengebumi jenazah di Baqi` itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardhu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan semua orang Islam. Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (5/282)
Kemudian ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Imam Muhammad al-Syarbini al-Khatib Rahimahullahu, pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349) berkata: “Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga membungkus tangan dan seumpamanya dengan kain.”
Manakala kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya.”
Adapun hukum mengerat tali pusat sejurus bersalin, maka berkata Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dalam Matla` al-Badrayn (1/346): “Wajib dikerat tali pusat kanak-kanak setelah dilahirkan dengan berlalu sedikit masanya.”
Dapat kita simpulkan daripada dua rujukan di atas, bahawa tali pusat dianggap sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Justeru asal hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.
Maka, kami katakan dalam hukum menyimpan tali pusat:
Wallahua’lam.
Semoga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan dan kebaikan kepada masyarakat umumnya.
Merokok di luar rumah tidak menjamin anak selamat daripada kesan racun daripada asapnya. Anak tetap tetap boleh sakit!
Bahaya rokok memang bahaya. Jika orang dewasa yang terdedah kepada asap rokok boleh sakit, inikan pula bayi dan kanak-kanak. Perkongsian daripada Dr Farhanah Ibrahim ini berdasarkan pengalamannya merawat tiga pesakit kanak-kanak & bayi berusia 2 tahun, 5 bulan dan 1 tahun yang menderita lelah (asma), pneumonia dan batuk teruk.
SAKIT ANAK PUNCA DARIPADA BAPA!
Bapa-bapa ini tidak menyedari yang punca kesakitan anak menjadi teruk adalah habit merokok yang mereka lakukan.
Anak keluar masuk wad & perlu ambil gas nebulizer berkala serta dipantau. Usahakan beri suntikan vaksin pneumacoccal walau pun mahal. Tapi bapa merokok, jadi anak pun hisap asap rokok setiap hari.
Ayah risau anak diberi antibiotik tapi diri sendiri perokok tegar
Merokok menyebabkan keadaan bertambah teruk kepada paru-paru anak yang sedia ada jangkitan.
Anak batuk krong-krong krong nak semput, ayah merokok. Walau pun tak merokok kat rumah kesannya tetap ada.
Walau pun tak merokok secara live, partikel asap akan melekat pada sekeliling & kekal bertahun-tahun. Bila sedut asap itu tetap beri kesan negatif.
Boleh cuba berhenti merokok.
Carilah tempat yang asing untuk merokok, ada ke? Berhenti jelah
Kalau dalam proses berhenti merokok, cuba tidak merokok dalam rumah. Pastikan mandi, gosok gigi, kumur mulut dengan antiseptic mouthwash, syampu & tukar bahu seluar baru pegang anak isteri.
Respek ayah-ayah ini tapi tak perasan bukan vaksin, antibiotik, ubat yang tak bagus, cuma penyakit anak itu berpunca daripada ayah.
Bayi baru lahir boleh jadi passive & third hand smoker
Menggigil, kegatalan pada kulit, tekanan darah rendah & sakit kepala yang teruk adalah antara kesan sampingan penggunaan epidural. Tapi ia bukan penyebab sakit belakang seperti yang dimomokkan!
Dr Muhammad Izzat, Pegawai perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan berkongsi info mengenai epidural. Epidural ialah bius yang kerap digunakan kepada ibu ketika proses kelahiran. Sakit belakang yang seringkali dikaitkan sebagai kesan sampingan epidural turut dikupas.
Dr Muhammad Izzat mengutarakan pelbagai mitos dan kepercayaan yang sering diutarakan masyarakat tentang epidural.
Kebanyakannya mengaitkan epidural dengan sakit belakang, lumpuh dan sebagainya. Ini menyebabkan mereka menolak bius ini.
Menurut beliau, epidural ialah pelega kesakitan yaNg diberikan kepada ibu dalam proses kelahiran
Epidural dipasang pada ruang epidural L4-L5 atau L5-S1 dan memakan masa 20 minit untuk bertindak. Ibu yang pernah melalui pembedahan tulang bekalang & ada masalah pembekuan darah perlu berjaga-jaga.
Dr Muhammad Izzat juga turut berkongsi 7 kesan buruk yang boleh terjadi antaranya menggigil, tekanan darah rendah, bius tak berkesan dan sebagainya.
Kajian perbandingan antara ibu yang diberikan suntikan penahan sakit (pethidine) dan epidural menunjukkan keputusan yang sama. Lebih memeranjatkan ia melibatkan lebih ramai ibu yang tidak mengambil epidural!
Semasa hamil ligamen pada pelvis longgar dan mudah menyebabkan kecederaan pada ibu. Kandungan membesar & perubahan hormon menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang.
Sakit belakang disebabkan oleh postur badan yang salah, kurang senaman, otot yang lemah, cara tidak betul ketika mengangkat barang berat dan posisi duduk lama.
Ibu perlu memilih dengan tepat dan prioriti antara kesakitan dan nyawa bayi. Beliau juga memaklumkan tidak semua hospital menyediakan servis bius ini.