Pelawak Ali Puteh memberitahu keadaan anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah kini sudah mula menunjukkan progres positif selepas menjalani pembedahan pada Isnin lalu berikutan masalah injap jantung terbalik.
Berita mengenai perkembangan kesihatan anak perempuannya itu dikongsikan Ali di Instagram miliknya seperti dilaporkan Gempak.
“Hari ke 6…Alhamdulillah…berkat doa semua keluarga rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang tak putus doakan Ainul Mardhiah…dapat berita daripada doktor yang jantung adik dah mula bernafas sendiri tapi masih gunakan bantuan mesin.
“Paru-paru dia dah mula aktif tapi masih sangat-sangat lemah…ya Allah…Walid tau adik kuat!!! Lawan sakit ye sayang…terima kasih semua…doakan Ainul terus kuat,” tulisnya.
Sebelum ini Ainul yang berusia tiga bulan dilaporkan bertarung nyawa selepas disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan injap jantung terbalik.
IKLAN
Susulan keadaannya itu, Ainul kemudian menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur baru-baru ini.
IKLAN
Ali yang mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah turut mempunyai seorang anak lagi, Sharifah Nur Aaira Qaireenrusia yang berusia dua tahun.
Sumber: ig Ali Puteh89
https://www.youtube.com/watch?v=plJjf6hUIiM&t=11s
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berhenti menyalahkan pasangan, keturunannya atau orang sekeliling. Demikian salah satu perkongsian Datuk Dr Prof Muhaya Mohamad kepada ibu bapa atau penjaga kepada anak istimewa atau OKU.
Memiliki anak yang mempunyai kelainan upaya (OKU)atau istimewa tentunya bukan mudah. Perkongsian Datuk Dr Prof Muhaya Mohamad yang dimuat naik di dalam laman Instagramnya baru-baru ini diiharapkan dapat dijadikan panduan dan memberikan semangat dan kepada ibu bapa atau penjaga anak istimewa/ OKU.
1 – Kita wajib yakin bahawa anak itu bukan “defect creation” oleh Pencipta nya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang sia-sia.
2 – Memohon pertolongan Allah mesti lebih dari mengharap pertolongan makhlukNya. Bukan maksudnya tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi cari Allah dahulu. Jangan sesekali salahkan DIA. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan untuk sekadar mengadu tetapi belajar daripada mereka yang terdahulu.
3 – Berhenti menyalahkan pasangan, keturunan nya atau orang keliling dan datangkan rasa syukur dalam diri. Stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif…
4 – Perlu tahu bahawa anak itu masih lagi ada deria kerana roh nya masih bersama jasad. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak. Fokuskan cara pengajaran dengan deria yang anak masih ada/ berfungsi. Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria yang memerlukan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tapi mendidik khalifah ini.
5 – Kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik mereka kerana mereka diberi kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk itu tiada fungsi dalam kehidupan ini.
6 – Sedangkan insan yang di hujung nyawa pun kita ajarkan mereka kalimah Allah, kenapa tidak untuk mereka yang mungkin hyper, hanya boleh kelip mata & angguk kepala dan lain-lain lagi.
7 – Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir, namun mereka masih mampu berzikir. Ajarkan mereka. Jangan fokuskan dengan keputusan/ pencapaian tentang apa yang kita dapat jika kita berbuat sesuatu, tapi fokuskan apa usaha kita yang telah kita rancang dan laksanakan.
8 – Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti.
Posting beliau menerima impak positif, motivasi dan semangat daripada netizen.
Selepas melahirkan anak, ibu mula rasa bimbang dan takut-takut untuk membuang air besar. Semuanya kerana rasa khuatir untuk meneran selepas jahitan melahirkan anak.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku dan kerana itulah ibu bersalin disarankan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika berpantang. Menjadi satu kerisauan bila mana sayur yang diambil membuatkan badan jadi ‘berangin’.
Jadi sayur apa yang boleh dimakan dan baik untuk badan? Hello Doktor kongsikan tip untuk pemilihan mama ketika berpantang.
Berikut merupakan antara sayuran yang baik untuk ibu selepas bersalin:
Kangkung
Mungkin anda pernah mendengar bahawa kangkung tidak boleh dimakan semasa berpantang kerana boleh menyebabkan badan berangin?
Namun sebenarnya, ia bergantung kepada penerimaan badan seseorang. Ini kerana reaksi tindak balas setiap individu adalah berbeza.
Ini bermakna, anda boleh makan sayur kangkung ketika berpantang. Malahan pengambilan kangkung dikatakan boleh membantu pengeluaran susu ibu dengan berkesan.
Selain itu kandungan zat besi dalam kangkung turut boleh membantu menambah kekuatan dan mencegah anemia selepas bersalin.
Bayam
Sayuran berdaun hijau seperti bayam amat bagus untuk diet selepas bersalin. Ini kerana tumbuhan ini kaya dengan vitamin A, C, E dan K serta tinggi vitamin B. Bahkan sayur bayam untuk ibu berpantang ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai hidangan wajib ada.
Ia juga mengandungi antioksidan, serat, zat besi, magnesium, kalium dan kalsium. Bayam merupakan sayuran antiradang yang kaya dengan zat besi dan berfungsi membantu mengurangkan gula dalam darah.
Tomato
Berfungsi membantu mempercepatkan proses penyembuhan serta meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Malah tomato adalah sumber makanan utama likopena antioksidan – yang dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
Di samping itu, tomato juga dapat mengurangkan tanda regangan (stretch marks) serta pigmentasi. Kandungan air yang tinggi dalam tomato bersama serat amat bagus untuk membantu mencegah sembelit – antara isu penghadaman sering dialami wanita selepas bersalin.
Lobak merah
Lobak merah yang mengandungi kalium, vitamin A, vitamin B6 dan vitamin C ini terkenal kerana kebaikannya untuk fungsi mata.
Tetapi buat ibu selepas bersalin, sayuran ini sangat sesuai dijadikan menu makanan berpantang kerana ia dipercayai membantu mengurangkan nafsu makan. Kesannya, ia membolehkan berlakunya penurunan berat badan.
Pengambilan sayuran ini juga membantu meningkatkan tahap beta-karotena ibu dan susu badan. Selain itu pendedahan rasa lobak dalam susu ibu boleh meningkatkan penerimaan lobak merah oleh si kecil apabila mereka mula mengambil makanan pejal.
Lobak juga dianggap sesuai sebagai sayur untuk ibu berpantang caesar kerana ia membantu membaiki tisu yang rosak dengan menggalakkan penghasilan kolagen.
Peria
Peria amat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana membantu memudahkan proses pengerakan usus – buang air besar – sekali gus mengurangkan risiko untuk mengalami sembelit.
Sayur ini juga berfungsi membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Peria juga dipercayai menyebabkan rahim mengecut lebih banyak dan ini baik untuk mengeluarkan lochia – darah nifas.
Brokoli
Seperti lobak merah, sayur ini turut menawarkan manfaat kepada kesihatan mata kerana kandungan lutein dan vitamin A.
Mempunyai kandungan serat yang tinggi, brokoli sangat bagus diambil sebagai sayur untuk ibu berpantang yang berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau sembelit.
Kandungan kalium dan magnesium di dalam sayur ini turut berfungsi mengawal tekanan darah.
Lobak putih
Sama seperti lobak merah, lobak putih juga sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesihatan. Selain meningkatkan sistem imun, melegakan sakit perut dan sembelit, lobak putih juga amat digalakkan untuk diambil semasa tempoh berpantang kerana ia menggalakkan penghasilan susu badan.
Kebaikan lain lobak putih ini adalah dapat mencegah masalah buah pinggang dan kencing tidak lawas.
Jadi, tidak kira apa pun sayuran yang diambil, ia sebenarnya bergantung kepada tindak balas tubuh anda. Misalnya walaupun brokoli mungkin memberikan manfaat dan bagus sebagai sayur untuk ibu berpantang tetapi sekiranya ia menyebabkan ketidakselesaan seperti perut kembung atau berangin, sebaiknya pilihlah sayuran lain.
Sebagai ibu bapa, jika anak-anak tidak sihat atau terkena penyakit yang boleh berjangkit kebiasaanya akan dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk banyakkan berehat di rumah. Penyakit berjangkit boleh merebak dan menyerang kanak-kanak lain terutama bayi yang mana imunisasi tubuh bayi masih belum kuat.
Tapi masih ada yang berdegil dan membawa anak yang tidak sihat ke tempat terbuka seperti taman permainan ataupun pusat membeli belah. Dietitian Fizah Sobr berkongsi pengalaman beliau berhadapan dengan situasi ini dan beliau menasihati supaya ibu bapa menjaga pemakanan anak-anak supaya dapat pulihkan tenaga anak yang sedang sakit.
Seorang ayah tengah mendukung anak di tengah tengah tempat membeli belah Anaknya kelihatan lemah,longlai, dan tidak bertenaga..Tetapi yang menarik perhatian saya kepada pasangan ayah anak ini adalah kulit anaknya. PENUH DENGAN BINTIK MERAH YANG BERNANAH. Aku sangat geram, mak pak yang selfish.
‘Maaf Encik, kenapa dengan anak encik ye..’
” Kena chickenpox”
‘ Kenapa bawa jalan jalan encik…bahaya…boleh jangkit orang lain’
” Alaa bosan duduk rumah…”
Tarik nafas dalam dalam sebelum nak membebel
Mommy, daddy mak, ayah, papa, mama sekalian Tahukah anda dengan membawa anak keluar quarantine waktu tengah sakit yang senang berjangkit bukan sahaja membahayakan orang lain tetapi MEMBAHAYAKAN NYAWA ANAK ANDA JUGA !!!
Apabila anak tengah sakit IMUN SISTEM DOWN
Pada asalnya badan anak boleh lawan penyakit lain seperti demam, selsema dan lain lain Tapi kalau dalam keadaan ini bawa keluar..orang lain bersin sikit.. terus akan berjangkit dekat anak
Senang sangat nak kena jangkitan lain ..
mungkin tindakan si ayah bawa anak keluar ini anak dah terkena jangkitan lain seperti HFMD, atau Rotavirus Jika bergabung banyak banyak penyakit ini boleh MEMBAWA MAUT !!!
Apa yang boleh diberi untuk bantu pulihkan tenaga anak nak melawan penyakit ni?
1. Pastikan hidrasi cukup – minum air yang berkhasiat seperti air kosong, fresh juice, susu…bukan sahaja ada air tetapi juga ada zat yang boleh menggantikan zat yang hilang melalui muntah/cirit birit
2. Bagi makanan sejuk dan senang ditelan – makanan sejuk seperti pudding (custard,creme caramel,dlll), ice cream (boleh buat di rumah menggunakan susu), smoothie buah (buah campuran ice cream/full cream milk) – senang ditelan dan tidak pedas..boleh ubah dari nasi biasa ke bubur, meehoon/kuehteow/mee soup/ladna/tomyam putih, kentang lenyek dan lain lain
3. Elakkan makanan berlemak dan berminyak – ini boleh meningkatkan rasa loya dan keberangkalian anak muntah
Tolong quarantine di rumah…ada sebab kerajaan memberi cuti quarantine.. Nak bagi mak ayah teman anak mereka yang sakit DI RUMAH sehingga sembuh betul betul..
Rasanya patut ketua jabatan buat surprise call atau mintak whatsapp LIVE location..baru tahu betul betul ke anak buah tengah cuti kuarantin ke tengah merayau rayau Kalau bukan di rumah cuti kuarantin tolak dari cuti rehat
Terlalu ramai menyalahgunakan kemudahan yang diberi