Tak mampu diluahkan dengan kata-kata bila mana terpaksa berpisah lama dengan satu-satunya anak kesayangan. Inilah yang dilalui pelakon Shakilla Khoriri yang terpaksa berpisah selama 15 hari bagi menjalani penggambaran sebuah drama di Melaka.
Tidak membiarkan ibu yang kerinduan sehingga terjejas kesihatannya, suami yang cukup memahami, penyampai radio Fizi Ali membuat kejutan dengan membawa anak mereka, Ameena Sofia ke set penggambarannya tanpa diketahui pelakon itu.
Video memeluk dan mencium anaknya yang dikongsikan oleh pelakon berbakat ini diinstagram miliknya ternyata amat menyentuh hati para pengikutnya di instagram. Berkongsi kisah itu, Shakila amat berterima kasih pada suaminya yang cukup memahami kerinduan hatinya pada Ameena.
“Pada suatu petang yang panas lagi terik pada hari Jumaat datang lah seorang bapak bersama anaknya buat kejutan apa entah dekat aku.
“Aku paling pantang orang datang set aku walau sekadar nak tengok atau apa. Tak suka dari dulu sampai sekarang,” kongsinya.
Hilang rasa sakit
Berkongsi video penuh emosi ini, Shakila turut meluahkan rasa terharunya dengan kejutan suami dan anak-anak. Rupanya Shakila tidak sihat dek kerana terlalu rindunya Ameena. Ia merupakan kejutan yang cukup bermakna buat dirinya.
“Tapi kali ni aku tak mampu nak kata apa sebab aku rasa kedatangan kali ni betul-betul bermakna buat aku. Tersangat! Rasa jantung nak pecah,” katanya.
Melalui entri terdahulu, Shakilla berkongsi keadaannya yang kurang sihat ketika penggambaran gara-gara terlalu rindukan Ameena.
“Hilang rasa demam hilang sakit badan hilang semuanya. Sumpah!
“Aku tak sangka aku demam rindu,” katanya lagi.
Thank you @fiziali_ you are the best ! Thank you so much,” katanya yang turut berterima kasih pada suami yang cukup memahami dirinya.
Lepas rindunya pada anak walaupun seketika. Semoga Shakila cepat-cepat pulih untuk bertemu dengan si comel Ameena sebaik sesi penggambaran selesai. Doakan yang baik-baik sahaja buat keluarga kecil ini.
Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia yang berusia setahun.
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA RABU INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Sumber: Instagram @shakillakhoriri