
Kesabaran ibu ayah memang tak dapat dikawal lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan perangai anak yang berbeza-beza. Sungguh mencabar! Sehingga tahap ibu ayah terpaksa menengking anak barulah mereka diam seketika.
Namun sebenarnya perbuatan tersebut memberikan kesan negatif kepada anak lebih-lebih lagi anak yang berusia 7 tahun ke bawah. Di usia ini, sel otak anak baru mula berkembang. Jadi bagaimana cara yang betul untuk kekal tenang? Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Apabila seorang ibu/ayah jerit pada anak “hey hey diamlah. Mama/papa tengah pening ni!” Apa yang dicontohkan pada anak itu?
Ketika seorang ibu/ayah kata pada anaknya “japlah tak leh sabar sikit ke” dengan suara tinggi, apa yang sedang diajar pada anak itu?
Di saat seorang ayah/ibu berkata “dah berbuih dah mulut ummi/abah cakap. Tak dengar dengar. Degil betul!” Agaknya apakah mesej yang sedang ditanam di subconscious mind si anak.
Ketika kita marah, stres, suhu emosi menggelegak pada anak lakukan 3 perkara:
1. Alihkan kedudukan kita. Kalau sedang duduk, bangunlah. Atau bersandar sebentar.
2. Pandang ke arah lain. Elakkan bertentang mata dengan si anak.
3. Tarik nafas dalam dalam melalui hidung. Hembuskan melalui mulut. Perlahan. Diulang tiga kali.
Setelah selesai baharulah mula bercakap dengan anak. Pasti ada perubahan. Nada suara lebih lembut dan tenang.
Boleh cuba. Boleh amalkan. Sila rasai sendiri perbezaannya.
Kredit:DrRizal Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarkan Anak Urus Diri, Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah!

“Biarlah saya suap anak makan, asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah” akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan, lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan, memegang sudu kerana terbiasa makan bersuap. Malah hal ini berlarutan hinggalah anak berusia 6 tahun.
Membiarkan anak-anak melakukan sendiri bukan bermakna anda ibu bapa yang tidak peka terhadap anak-anak, malah anda adalah ibu bapa yang hebat kerana percaya dan memberikan peluang untuk anak meneroka kehidupan mengikut tahap usianya.

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Minta Banyak, Cukuplah Hafaz 30 Juzuk Al-Quran…” Jawapan Win Aeril Zafrel Bila Ada Netizen Nak ‘Cop’ Anak Perempuannya

Aeril Zafrel memang terkenal suka menyakat isterinya pelakon Wawa Zainal dan anak-anaknya Attar dan Hayla.
Video yang sering dimuat turun oleh hero drama Patahnya Sebelah Sayap ini sering mendapat perhatian daripada netizen.
Camnilah kalau dah anak 3… ???
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Baru-baru ini Aeril ada memuat naik naik video gelagat Hayla bersama Wawa yang sedang berbual.
Hayla cantik…mama jelek…???budak2 kalau cakap memang jujur kan??
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Hayla cantik…mama jelek…???budak2 kalau cakap memang jujur kan??
Lucu bila Hayla mengaku dia lebih comel daripada mamanya dan bertambah lucu bila si kecil ini fasih bercakap dalam loghat orang Sabah.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen semuanya rasa terhibur melihat telatah Hayla selain memuji kecomelan dan kecantikan dia dan ibunya.
Namun dalam banyak-banyak komen, terdapat satu komen yang agak ‘lucu’ dan berjaya menarik perhatian Aeril yang membalas kembali komen tersebut dengan jawapan yang sangat ‘win’.
Aeril Tunjuk Kuasa Sebagai Ayah
Sama seperti ayah orang lain yang pasti akan menjaga dan melindungi anaknya, Aeril memberikan komen yang kelihatan lucu dan berjenaka tetapi sangat bermakna.
Sudah tentu Aeril mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya. Nampaknya walaupun gemar membuat lawak jenaka dalam kebanyakan postingnya, pelakon kacak ini tetap mementingkan didikan agama dan menjadi keutamaan dalam urusan kehidupan apatah lagi melibatkan masa depan anak-anak tersayang.
Bagaimanapun dia masih sempat lagi menyelitkan unsur humor dalam jawapan tersebut. Selain meminta individu itu menghafaz 30 juzuk al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w, Aeril turut memintanya pandai menari tarian zapin.
Semoga Aeril dan Wawa dapat mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah selain daripada memberikan yang terbaik untuk mereka.
Sumber: Instagram aerilzafrel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedar Tak Kenapa Anak Jadi Nakal? Sebelum Salahkannya, Tengok Cara Kita Buat Pada Anak

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak sangat mencabar. Jadi, anda perlu tahu cara mendidik anak nakal yang tepat.
Tanggungjawab tersebut tidak mudah, apatah lagi berkaitan dengan cara mendisiplinkan anak-anak. Sangat bertuah dan bersyukur sekiranya nasib kita baik, punya anak yang sentiasa mendengar kata dan memahami kehendak kita. .
Berhadapan dengan sikap dan juga tingkah laku anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran ekstra. Sebagai ibubapa, anda perlu bersikap fleksibel, dan dalam waktu yang sama juga harus bersikap tegas.
Di samping itu, anda dan pasangan juga perlu konsisten dalam menerapkan peraturan ataupun undang-undang yang pernah dibuat. Sungguhpun begitu, anda suami isteri perlu mendidik mereka dengan cara yang betul supaya anak-anak dapat membesar menjadi anak yang berdisiplin.
Berikut ada beberapa tip yang boleh anda praktik atau cuba untuk mendisiplinkan anak nakal:
- Cuba Tetapkan Peraturan
Buatlah beberapa peraturan penting dan batasan tertentu pada anak-anda. Tetapi, jangan terlalu keras. Mungkin anda boleh menerapkan peraturan sederhana ini, seperti waktu untuk makan malam, belajar, tidur dan bermain. Ia amat berpengaruh untuk membuatkan mereka memahami nilai waktu.
- Terapkan Contoh Yang Baik
Anak-anak akan belajar daripada orang tua mereka. Jadi, cara, sikap dan juga tingkah laku anda bersama pasangan menjadi ‘cermin’ buat anak-anak sepanjang mereka membesar.
Jika anda menampilkan perilaku yang baik di depan mereka, maka mereka akan mempelajari hal yang sama juga. Ajarkan mereka untuk berkelakuan baik, ikhlas dan jujur. Sikap mulia ini sangat berguna dalam mendisiplinkan anak-anak.
- Kawal Rasa Marah
Perkara ini penting dan anda harus mengawal perasaan marah itu dengan sebaik mungkin. Ramai ibubapa yang hanya memarahi anak-anak tanpa memberikan penjelasan mengapa mereka dimarahi.
Pastikan anda tidak berteriak atau membentak anak-anak di khalayak ramai sekalipun pada saat itu api kemarahan anda sedang melonjak naik. Gunakan bahasa tubuh untuk menyampai bahawa anda sedang marah dengan mereka, dan ia jauh lebih dapat diterima daripada anda membuat kecoh di depan umum. Anda harus tahu, semakin keras anda menjerit, semakin keras juga anak anda akan membalasnya!
- Berikan ‘Reward’
Berikan reward pada anak untuk perilaku yang baik yang telah dilakukan dengan sebuah pujian, kata-kata yang baik ataupun senyuman.
Sebuah penghargaan cukup bermakna buat mereka, bahkan secara semulajadi mereka akan cuba untuk tetap lebih berdisiplin dalam hidup.
Biarlah penghargaan dan hukuman yang dikenakan (jika mereka bersikap tidak baik) itu seimbang serta sesuai dengan perilaku yang telah mereka pamerkan.
- Berikan anak tanggungjawab
Terlalu memanjakan anak bukanlah suatu perkara yang baik. Mereka juga harus diajarkan tentang tanggungjwab. Bukan hanya kerana anda mempunyai pembantu rumah dan sebagainya, jadi semua pekerjaan tidak boleh dilakukan anak-anak termasuk mengemas mainan ataupun buku-bukunya.
Cuba berikan anak tanggungjawab, kerana perkara ini akan membuatkan mereka berasa dewasa dan secara tidak langsung membentuk keyakinan serta membantu mereka untuk lebih berdisiplin.
Semoga artikel ini berguna. Ingat ya, mendisiplinkan anak tidak seharusnya dilakukan dengan kekerasan. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang menyenangkan dan positif supaya dapat mencipta perilaku anak yang baik.
Sumber: wom.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI