Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita! Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.

Memang betul tapi bila memikirkan cabaran menguruskan anak, kewangan dan macam-macam lagi, beberapa faktor ini perlu diambil kira.

Berikut perkongsian dari Pakar Keibubapaan dan Kasih Sayang, Ibu Rose.

Kali ini Ibu nak ajak sayang semua berfikir sejenak mengenai jarak umur anak sedia ada dengan yang baru. Sesuatu yang agak jarang Ibu ketengahkan. Namun, ia tak kurang pentingnya dalam memastikan kestabilan keluarga yang kita bina.

Banyak juga masalah keibubapaan yang berlaku akibat dari ketidaksediaan ibu bapa sendiri menerima anak yang seterusnya. Kepenatan, kesukaran mengurus, menangani sikap-sikap mencabar anak di fasa individuating belum pun selesai, tup tup terpregnant?.

Jarak Umur Ini Waktu Sesuai Untuk Bagi Adik. Tidaklah Abang Atau Kakak CemburuOh…salah siapa? Salah sayang yang mengandung atau suami yang mengandungkan?

SubhanaAllah. Buat yang merasakan diri dikategori terrrrmengandung..Istighfarlah..kembalikan semuanya pada Yang Maha Esa yang mengizinkan ini berlaku. Tarik nafas dan tenang.

SUSU IBU EKSKLUSIF 6 BULAN
Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.

IKLAN

Oleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.

HAMPIR 3 TAHUN PANDAI IKUT ARAHAN
Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.

Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.

3 TAHUN – 3 BAHAGIAN OTAK MULA DAH BERKEMBANG
Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.
Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.

IKLAN

Jarak Umur Ini Waktu Sesuai Untuk Bagi Adik. Tidaklah Abang Atau Kakak Cemburu

SEDIAKAN DIRI ANAK TANGANI ATASI RASA CEMBURU PADA ADIK BARU
Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.

Ibu bapa yang bijak akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.

Ada anak  yangtidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai di antara anda yang melalui pengalaman indah ini.

IKLAN

Tambahan:-
Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.

Mungkin ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai kondom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak. Oleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.

Bagaimanapun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.

Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anak dan kesihatan badan ibu.

Ilmu keibubapaan ini perlu sentiasa ditambah dan dipertingkatkan. Terlebih lagi buat ibubapa yang punya ramai anak atau anak yang rapat seperti Ibu. Ibu telah sediakan untuk anda buku untuk dapat membimbing anda agar jangan keliru mendidik anak-anak.

Sumber: Ibu Rose

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI