Kita bukan robot untuk sentiasa menjadi ibu terbaik dengan mood sempurna dan positif setiap masa. Ada waktunya, kita sendiri gagal mengawal emosi kita dek kerana terlampau penat menguruskan tanggungjawab dan rutin harian.

Ada waktunya kemarahan dilepaskan pada anak tanpa sedar. Sebolehnya elakkanlah hal sebegini kerana anak mungkin terkena kesannya. Cepat-cepat jarakkan diri seketika hingga mood kembali stabil. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati!!


Sesekali boleh nak marah anak tapi kena:

#1. Pastikan yang kita marah tu sekadar untuk mendidik dan nasihat. Cepat-cepat jauhkan diri dari anak kejap bila kita rasa tak boleh control emosi kemarahan tu sebab biasanya kita akan menyesal masa dah sejuk nanti.

#2. Jangan kerap sangat marah anak. Kita tak nak otak anak terbiasa dengan kemarahan kita hingga dia jadi tak kisah dan dia buat tak dengar apa kita kata. Nak marah anak dengan berkesan, kena marah jarang-jarang.

Ads

Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati!!

#3. Marah macam mana sekalipun, jangan sampai kita jerkah dan tengking si kecil tu.
Anak yang kerap dijerkah dan ditengking ni, mindanya akan mula rasa terancam dan buatkan ‘otak reptilia’nya jadi lebih dominan.
Akhirnya anak perlahan-lahan berubah jadi seorang yang perengus dan pemarah.

#4. Sebelum nak marah anak, kita pun kena sedar yang anak pun ada perasaan macam kita ni jugak. Jiwa anak yang suci boleh faham samada kita marah tu untuk mendidik atau sebab nak lepaskan tekanan.
Perasaan anak mungkin akan tercedera dan mula berdendam jika kita tersalah niat dalam mendidiknya.

Ads

Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati!!

#5. Sebab tu bila kita tersasar marah anak dengan emosi melampau, penting sangat untuk kita
– cepat-cepat minta maaf
– peluk si comel kita tu
– beritahu dia yang kita sangat sayangkan dia dan kita marah sebab nak betulkan dia.

Tak salah pun kita jatuhkan sikit ego dan amarah kita. Si kecil kita tu akan mulai faham yang mak ayahnya marah bukan kerana benci namun marah sekadar untuk mendidik.

Ads

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Artikel berkaitan: Anak Tiba-Tiba Tantrum Ibu Kena Check Emosi Masa Menyusu, Hormon Tak Stabil Boleh Jadi Punca Anak Buat Perangai

Ibu Rasa Stress Anak Jadi Mangsa Keadaan, Suami Beri Isteri Rehat Jika Emosi Isteri Tak Stabil, Kesan Burul Ini Akan Terjadi

Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati!!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI