Ada anak-anak kecil kita yang begitu takut dan mudah menangis bila nampak wajah asing selain ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak perlu dibiasakan untuk dia lebih berani bergaul dengan orang. Jika diwaktu bayinya anak mudah terdedah dengan ramai orang, akan semakin baiklah bila dia semakin membesar.

Hendak berkawan di sekolah misalnya akan menjadi lebih mudah dan begitu menyeronokkan. Malah kanak-kanak yang mempunyai perkembangan sosial yang seimbang pastinya akan memiliki hubungan dengan rakan sebaya yang lebih baik.

Namun, manfaat perkembangan sosial anak tidak terhenti setakat untuk penerimaan sosial semata-mata. Sudah pastinya ia menawarkan beberapa manfaat lain untuk kehidupan si kecil.

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Sebagai contoh, dalam 1 kajian yang dilakukan pada tahun 2019 mendapati, kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan mempunyai kemahiran sosial yang baik akan kurang mengalami tekanan. Penyelidik menyifatkan kanak-kanak akan mengalami penurunan hormon kortisol apabila mereka mempelajari kemahiran sosial baharu.

Malahan, kanak-kanak yang mudah bergaul dengan rakan sebaya akan mudah memperolehi kawan baharu. Ini membuktikan sosial skil kanak-kanak di waktu kecil teramatlah penting. Jadi bagaimana hendak membentuk anak kecil kita supaya pandai berkawan?

Pembentukan skil sosial kanak-kanak
Kemahiran sosial adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan bukan sahaja rakan sebaya, bahkan melibatkan individu di sekeliling mereka.

Kanak-kanak yang kurang kemahiran sosial dan emosi cenderung untuk mengalami isu seperti buli, perhubungan harian dan juga melibatkan undang-undang. Mereka juga dikatakan akan lebih bergantung kepada bantuan sekeliling.

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

7 skil sosial kanak-kanak yang penting
Berita baiknya, perkembangan sosial merupakan 1 perkara yang boleh diajar. Jika anda berasakan si kecil mungkin kurang kemahiran sosial, jangan risau! Anda tidak pernah terlewat untuk mendidik mereka.

Berikut disenaraikan 7 kemahiran sosial yang perlu diterapkan dalam diri anak anda:

Berkongsi
Kesanggupan untuk berkongsi makanan atau permainan adalah antara cara terbaik membantu si kecil untuk mempunyai dan kekal berkawan.

Ads

Berdasarkan kajian pada tahun 2010 yang diterbitkan dalam Psychological Science, kanak-kanak seawal usia 2 tahun akan menunjukkan keinginan untuk berkongsi dengan individu lain hanya apabila sumber yang mereka miliki banyak.

Kanak-kanak pada usia 3 hingga 6 tahun akan lebih mementingkan diri daripada berkongsi apabila sumber yang dimiliki sedikit. Pada usia 7 atau 8 tahun, kebanyakan kanak-kanak lebih prihatin dan bersedia berkongsi. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan kanak-kanak yang berkeyakinan diri lebih mudah berkongsi sesuatu.

Tindakan tersebut juga membuatkan mereka berasa lebih baik tentang diri mereka. Jadi ajarkan anak anda berkongsi apa sahaja seperti mainan atau makanan untuk tingkatkan rasa yakin dalam diri mereka.

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Bekerjasama
Kanak-kanak yang mudah memberi bekerjasama akan lebih mematuhi permintaan individu lain. Mereka juga akan menyumbang, mengambil bahagian dan membantu. Pada usia 3 ½ tahun, kanak-kanak boleh mula bekerjasama dengan rakan sebaya bagi matlamat yang sama. Ia mungkin sekadar melibatkan kerjasama untuk membina menara mainan bersama-sama.

Ada kanak-kanak mungkin akan mengambil posisi sebagai pemimpin, sementara yang lain akan lebih selesa sebagai pengikut. Apa pun, bekerjsama adalah peluang untuk anak-anak belajar tentang diri mereka.

Mendengar
Bukan sekadar duduk diam semata-mata, tetapi ia melibatkan proses penyerapan maklumat yang disampaikan seseorang. Mendengar adalah 1 komponen penting dalam komunikasi sihat. Ini merupakan antara kemahiran sosial kanak-kanak yang perlu ditekankan dalam kehidupan si kecil. Ia dapat membantu anak untuk lebih berjaya di sekolah dengan kemampuan mendengar apa yang disampaikan guru.

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Ads

Mengikuti arahan
Kanak-kanak yang sukar mengikuti arahan adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah kemudian hari. Disebabkan itu, adalah penting untuk si kecil mempunyai keupayaan menerima dan mengikuti arahan.

Jika anak melakukan kesilapan daripada arahan yang diberikan, ia adalah normal. Kanak-kanak sememangnya mudah terganggu dan lupa apa yang harus mereka lakukan. Anggap kesilapan tersebut sebagai cara mempertajamkan kemahiran mereka.

Hak privasi
Kanak-kanak mungkin sukar memahami apa itu hak privasi tetapi itu tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati mereka. Atas sebab itu adalah penting untuk mengajar anak menghormati hak privasi individu. Sebagai contoh, anda boleh mengajar si kecil untuk mengetuk pintu yang tertutup sebelum membukanya.

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Komunikasi mata
Hubungan mata ketika berkomunikasi adalah satu skil sosial kanak-kanak yang perlu dipupuk. Anak anda mungkin malu, tetapi terangkan kepada mereka pentingnya untuk membuat hubungan mata ketika berkomunikasi.

Ia mungkin sukar, tetapi anda boleh memberikan galakkan dan pujian kepada anak jika mereka berjaya membuat hubungan mata apabila bercakap dengan seseorang.

Mempunyai adab
Ucapan terima kasih, maaf dan tolong merupakan antara adab yang paling penting dalam kehidupan seseorang, khususnya si kecil. Ini membantu si kecil mendapatkan pujian yang sewajarnya apabila mereka berjaya melakukannya tanpa sebarang paksaan.

Ads

Sudah tentu ia memerlukan kesabaran. Tetapi percayalah ia merupakan perkembangan sosial anak paling utama yang perlu sentiasa diterapkan dalam kehidupan.

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Sentiasa mengingatkan si kecil
Ia adalah normal untuk si manja terlupa apa yang telah anda ajarkan kepada mereka. Usah marah, sebaliknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah.

Sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan skil sosial dalam kehidupan mereka. Normal untuk si manja terlupa apa yang telah anda ajarkan kepada mereka. Jangan marah, sebaliknya tegurlah dengan cara yang baik dan berhemah.

Sentiasa mengingatkan mereka tentang kepentingan skil sosial dalam kehidupan mereka.

Menarik: Alhamdulillah, 4-0 Sekarang, Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Keempat!

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan, Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Hello Doktor

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI