Jarang Kita Bagi Anak Makan Sengkuang, Banyak Manfaat Terutama Untuk Usus

Share

Jarang kita nak bagi anak makan sengkuang kan. Sengkuang dalam kumpulan makanan yang berakar, sekali kumpulan dia dengan ubi kentang dan keledek.

Tapi sengkuang special sikit, sebab net karbo dia lebih rendah berbanding ubi kentang dan keledek.

Jadi sesuai sangatlah untuk korang yang nak kuruskan berat badan atau yang ada masalah penyakit metabolik seperti kencing manis contohnya.

Dalam sengkuang ada inulin. Inulin ni sejenis prebiotik. Prebiotik bagus untuk jadi makanan bakteria baik di usus. Jadi, dapatlah kita jaga keseimbangan usus anak-anak kan bila diorang diajar makan sengkuang.

Yang best lagi, prebiotik ni tak terkesan dengan haba pun. Jadi, kita nak makan mentah boleh, nak makan yang dah goreng pun boleh. Kandungan prebiotik dalam tu masih kekal ada.

Sedap sangat kalau dapat makan sengkuang goreng ala fries gitu.

Sengkuang tinggi jugak dengan kandungan air. Hampir 85 peratus. Bagus untuk hidrasi badan anak kan.

Resepi sengkuang goreng
1. Potong senkuang memanjang seakan bentuk fries
2. Bakar 20 minit, suhu 180 darjah
3. Goreng sampai kekuningan

Siap untuk dihidang!

Korang cuba tau, sedap sangat makan panas-panas. Anak-anak mesti suka. Nyumsss.

Kredit: @mazliana.mazlan

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa