Alex Upton menghadapi dilema yang biasa dihadapi oleh mana-mana ibu bapa apabila dia tidak dapat memikirkan mengapa bayinya tidak berhenti menangis pada pagi minggu lepas.

Ibu Britain ini akhirnya menemui puncanya yang dikatakan hampir menyebabkan anaknya, Ezra dibuang jari kaki akibat sehelai rambut.

Rambut yang membelit jari kaki kiri bayi 10 minggu itu telah menyekat peredaran darah selama kira-kira 12 hingga 14 jam dan meninggalkan kesan merah serta bengkak.

“Mulai sekarang, Saya akan periksa segala-galanya dari hujung rambut hingga ke kaki,” kata Upton kepada wartawan dan Britain’s Kennedy News. “Saya rasa sangat teruk. Saya tak percaya bidan atau doktor tidak memberi amaran kepada kita tentang risiko apabila anda mempunyai bayi. ”

Upton, 26, ketika itu ingin membersihkan Ezra dan ternampak sehelai rambut cokelatnya terlilit dengan sangat kuat di sekeliling jari kaki anaknya, keadaan ini boleh menyebabkan terpotong kedalam kulit dan berpotensi memotong peredaran cecair penting.

“Saya risau Ezra mungkin kehilangan beberapa jari kaki (untuk mengeluarkannya) jika saya lambat ternampak rambut di jari kakinya yang terbelit,” katanya.

Rambut Tourniquets /keadaan rambut yang terikat kemas di sekeliling jari, lengan sering berlaku apabila ibu bapa mempunyai rambut panjang dan bayi mula menarik rambut tersebut, atau keguguran rambut yang melekat pada bayi seperti dalam lampin pakai buang, stoking dan tanpa disedari oleh ibu bapa. Keadaan ini sangat merbahaya.

Upton mengeluarkan rambut dari tiga jari kaki Ezra dengan mudah tetapi dia memerlukan 15 minit sebelum dia dapat mengeluarkan rambut pada satu kaki yang dibalut dengan ketat. Dia dan suaminya, Ben, 29, terus membawa bayi mereka ke hospital. Doktor memberi mereka beberapa krim anti-bakteria dan sejak itu Ezra telah pulih sepenuhnya.

Upton berharap dengan kisah anaknya, ibu bapa lain tahu tentang bahayanya sisa helaian rambut gugur.

“Nasihat saya kepada mana-mana ibu bapa lain, PERIKSA dahulu keadaan anak anda apabila anda menukar lampin bayi, membersihkan bayi, memakaikan stokin atau sejurus selepas memandikan bayi takut ada sisa helaian rambut gugur yang boleh membahayakan nyawa si kecil.”

Sumber: today.com