Di sebalik kesibukan tanggungjawab menguruskan rumah tangga tetap dilaksanakan dengan baik.
Bagi pelakon Faezah Elai sebagai isteri dia tak malu jarinya melekat warna kuning kesan kunyit.
Mungkin bagi sesetengah perkara ini lumrah bagi wanita yang sentiasa masuk dapur tapi bagi Faezah dia gembira kerana berkesempatan menyediakan juadah untuk suami dan anak-anaknya untuk berbuka puasa berbanding beli lauk yang siap.
Walaupun orang nampak penampilan cantik dan menarik bila diluar tapi perut suami dan anak kena jaga. Buat apa nak mengaku malu. Inilah lumrah seorang isteri. Paling penting semua gembira dan puas hati menikmati makanan.
“Nampak dak.. kunyit ada, garam ada.. ajinamoto ada.. ampa jangan ingat muka macam Jessica Alba tangan pon cantik.. tangan macam nenek kebayan.
“Kalau tangan licin maka tak makanlah anak-anak and laki hakak dik..
“Depa sibuk upload gambaq makanan nak buka posa, nahh hakak boh gambaq tangan baru rare..“Ayaq tangan baru lepaih masak nak bukak posa.. hakak tak reti nak amik video sambil masak takut telepon jatuh dalam kuali jenuh menangis tepi bucu dapoq.
Ads
“Gambaq makan hakak boh dalam ig story na.. Selamat berbuka,” tulisnya menerusi entri terbaharu.
Foto itu juga dihujani komen positif dan menyifatkan Faezah seorang ibu dan isteri yang berdedikasi dan menyayangi keluarga dengan menyediakan hidangan dengan air tangan sendiri.
Ads
Tanda Rajin Masak
Baru Betul Air Tangan Isteri
Sumber: ig Faezah Elai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yuyu Zulaikha ada berkongsi foto anaknya sedang makan di laman Instagramnya. Sambil itu, ibu muda ini berkongsi cerita tentang karenah kedua-dua anaknya itu kalau mahu makan. Menurut Yuyu, anaknya yang sulung iaitu Habib, agak susah untuk memberinya makan ketika kecil dahulu.
Bahkan suaminya perlu menyanyi sambil suap Habib makan. Satu lagi, untuk memancing selera anaknya untuk makan, Yuyu memberinya pen dan kertas supaya Habib leka dan lebih mudah untuk diberi makan. Tambahnya lagi, dia dan suami kadang-kadang perlu bermain konon-konon ada kapal terbang mahu masuk ke dalam mulut, barulah anaknya itu membuka mulut.
Anak sulungnya itu kini menginjak usia tiga tahun lebih. Dia sudah mula mahu makan tetapi seleranya lebih kepada makanan Barat (ikut ayahnya). Kata Yuyu lagi, anak keduanya tidak cerewet dan mudah disuruh makan, Affan lebih gemarkan makanan kampung (mengikut selera Yuyu).
Kini kedua-dua anaknya sudah semakin besar dan Yuyu sudah tahu apa selera mereka berdua. Tambahan pula, mereka sudah semakin berselera untuk makan. Sabil itu, Yuyu memberitahu kelahiran anak ketiga semakin dekat dan mendoakan agar anaknya yang ketiga nanti lebih mudah untuk diajak makan.
Mengakhiri postingnya itu, Yuyu juga sempat bertanya kepada pengikutnya di IG jika ada sebarang tip untuk memberi anak makan. Admin doakan Yuyu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan semoga dia mudah melahirkan nanti.
“Ali kena puasa ya tahun ni? Nanti mommy bagi RM1 kalau Ali puasa okay?” Maka si anak pun bersetuju dengan tawaran yang diberikan. Tapi boleh ke menawarkan hadiah? Ikuti perkongsian Ibu Rose, pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan ini.
Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali
Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, Ibu akan banyak menulis mengenai strategi meghadapi dan mendidik anak-anak kecil berpuasa. Tips mengajar anak kecil berpuasa untuk pertama kali ini, syarat pertamanya ialah, kita pasakkan dan betulkan dulu niat kita mendidik anak kita berpuasa bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk atau sebagainya.
“Every action starts with intention”
Sesuai dengan hadis Rasulullah saw; Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadits)
Ibu secara personally tak sokong mendidik anak berpuasa menggunakan cara paksaan atau sogok hadiah.
Ada yang menjanjikan seperti ini, “Kalau puasa nanti dapat RM1”. Bagi Ibu mengapa kita nak jatuhkan nilai puasa itu? Nilai puasa bukan RM1. Jangan beri anak fokus pada material dalam hal berpuasa. Namun, kita boleh beri dia hadiah at the end dia berpuasa, kita boleh beri penghargaan.
Tips Mengajar Anak Kecil Berpuasa Untuk Pertama Kali, Beri Penghargaan Kepada Anak Kita.
Mari kita latih anak kita membuat sesuatu perkara kerana dia sendiri mahu. Supaya apabila dia membesar kelak, jiwa dia sudah terlatih ingin membuat sesuatu kerana kemahuan dia dengan bersemangat. Bentuk jati diri yang datang dari dalam diri mereka sendiri dan bukannya hanya kerana atas dasar sogokan atau hadiah.
Ramai ibu bapa sekarang menghadapi masalah anak-anak tidak mahu belajar. Sebab anak itu mahu disogokkan dengan hadiah baru dia hendak belajar.
“You don’t have to pay your children to do something good. Let them learn to do something good by their own willingness. And this will make their heart grows bigger”
Elakkan meletakkan nilai wang kepada sesuatu ibadat khusus (solat, puasa) atau ibadat am (belajar) kerana kita sebenarnya sedang merampas dari anak itu satu kepuasan bahawa dia sudah melakukan sesuatu. Bila kita hendak mengajar anak itu berpuasa biar dia faham berpuasa itu adalah kerana Allah swt. Dia mungkin tidak faham konsep kerana Allah sebab dia masih kecil. Tetapi jika dia tidak boleh melaluinya kerana inginkan keredhaan Allah, jadi susah untuk dia ada sustainability atau kekuatan jiwa untuk dia melengkapkan ibadah puasa itu.
Adakan aktiviti khas di bulan puasa – meraikan bulan puasa!
Kita sebagai ibu bapa boleh didik anak kita supaya berasa simpati pada orang yang kurang bernasib baik. Boleh ajar mereka bersedekah, bawa pergi rumah anak yatim, jadi volunteer di soup kitchen, ini semua boleh membantu mendidik jiwa mereka supaya bersyukur dan menghargai orang yang lebih susah.
Cadangan: Kita boleh masakkan makanan yang special untuk anak kita yang berjaya berpuasa tu. Semasa berpuasa, kita boleh adakan aktiviti-aktiviti yang dia boleh lakukan bersama seperti menyediakan makanan atau duduk bercerita mengenai nabi tapi bukanlah pada setiap masa, lakukan apabila anda boleh. Jika yang bekerja mungkin semasa pada waktu cuti atau hujung minggu.
Lakukan sesuatu yang berbeza dari bulan-bulan yang lain untuk bentuk satu keseronokkan dan membuatkan anak tidak sabar menanti bulan Ramadhan Ya Kareem
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak kebanyakan bayi jika menangis, tiba-tiba boleh diam jika bunyi sesuatu yang kuat. Malah ada juga bayi yang boleh tidur dengan lena walaupun bukan dalam suasana sunyi sepi. Persoalan ini pastinya ramai ibu tertanya-tanya kan?
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, ibu-ibu mesti tahu dulu apa itu White Noise? Menurut Konsultan Tangisan Bayi & Tidur Malaysia, Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, manusia dah dengar white noise sejak dalam perut.
BUNYI RAHIM IALAH WHITE NOISE PERTAMA SEMUA MANUSIA. Siapa cipta white noise pertama kita ni? ALLAH. TUHAN.
Kenapa bunyi rahim ialah sejenis white noise?
White noise ialah bunyi yang terdiri dari CAMPURAN pelbagai frekuensi bunyi dalam julat yang dapat di dengari manusia (audible frequency, 20-20000 Hz) dengan AMPLITUD (kekuatan bunyi/saiz gelombang) yang SAMA.
Perkataan ‘white’ di guna sempena mengambil idea bahawa cahaya putih yang kita nampak juga sebenarnya terdiri daripada CAMPURAN pelbagai warna : merah +jingga + kuning + hijau + biru + indigo + violet (ungu) = JADI PUTIH.
Jadi, bila bunyi: jantung ibu ➕ peredaran darah ibu ➕ cecair badan ibu➕ air ketuban ➕ pergerakan organ ibu ➕ pergerakan otot dan tisu ibu ➕ bunyi dari luar = bergabung cipta bunyi yang harmoni= white noise.
Sebab itu ASAL CIRI white noise ada 3:
☑️ Monotone berulang (I tone bunyi saja yang berulang-ulang)
☑️ Low pitch (tak nyaring/tak bingit)
☑️ Humming (berdengung) kerana rahim tempat yang tertutup (terkedap)
Bunyi white noise itu APA-APA bunyi dengan 3 ciri di atas. Misalnya: hujan, ombak, sungai, bunyi vacuum cleaner, pengering rambut, enjin kenderaan, pemotong rumput, mesin fotostat, akuarium, air pancur dan lain-lain.
Sementara itu, melalui perkongsian di TikTok Miamiftahf, dikongsikan yang bayi boleh berhenti menangis apabila mendengar white noise. Ada beberapa cara ibu-ibu yang ada anak kecil boleh lakukan untuk tenangkan bayi dan mudah tidur. Hanya dengan bunyian ini, dengan izin Allah anak akan cepat tenang.
Boleh tengok cari bagaimana white noise ini boleh membantu. Lepas ni ibu boleh cuba.
Dalam video ini, bunyi pengering rambut yang dipasang dan diletakkan sebelah bayi buatkannya diam dan tidur. Nampak macam biasakan tetapi boleh melegakan hati ibu bapa yang risau jika anak menangis.
Selain itu, zikir dan bacaan al-Quran pun antara yang boleh juga buatkan bayi tenang ketika tidur. Cuba gunakan dua kaedah ini kerana ibu bapa lebih mengenali anak masing-masing.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!