Haish, geram tengok jari-jemari si kecil yang halus. Tetapi adakah anda tahu cara menjaga jari dan kaki bayi?
Ada tip penjagaan khusus yang perlu anda ketahui. Teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Penjagaan jari dan kaki bayi
Bayi yang baru lahir sememangnya mempunyai jari dan kaki yang sangat halus yang memerlukan penjagaan khusus seiring dengan usianya.
Untuk mengekalkan kulit yang lembut dan kuku yang rapi memerlukan perancangan yang betul.
Berikut dikongsikan perkara berkaitan penjagaan khusus jari dan kaki bayi khas buat para ibu bapa sekalian:
Memastikan kuku sentiasa rapi
Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan kuku bayi anda dipotong dengan baik.
Walaupun kuku si kecil mungkin nipis, tetapi hakikatnya ia tajam dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka.
Oleh sebab si manja tidak mempunyai kawalan motor yang sempurna lagi, maka dia akan cenderung untuk mengerakkan jarinya yang halus dan menggaru diri dalam proses itu.
Kuku bayi tumbuh dengan cepat, maka anda perlu untuk memotongnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Berbeza dengan kuku kaki, ia tidaklah begitu tajam dan pertumbuhnya agak lambat, anda cuma perlu memotongnya 1 atau 2 kali sebulan.
Pastikan anda menggunakan pengetip kuku bayi atau gunting khas untuk memotong dan merapikan kuku si manja.
Ads
Elakkan daripada memotong terlalu hampir dengan kulit.
Jika tanpa sengaja ketika memotong kuku bayi anda terlihat titisan darah, jangan panik!
Ini kerana si manja akan sembuh dengan cepat. Tetapi jangan pula anda menggigit kuku anak anda, kerana ia boleh menjadi punca jangkitan kepada mereka.
Periksa jari dan kaki bayi dengan kerap
Anda mungkin akan terkejut melihat rambut atau benang yang terkumpul pada jari dan kaki si kecil.
Bayi yang baru lahir, sememangnya cenderung untuk mempunyai genggaman yang kuat – ini aspek normal dalam perkembangan bayi.
Disebabkan faktor itu, anda perlu memeriksa sekitar jari dan kaki setiap kali menukar lampin dan sebaiknya lap tangan mereka dengan kain lap yang bersih.
Ads
Jika anda terlihat sebarang luka pada hujung jari, tidak mengapa, ia akan sembuh sendiri.
Tetapi ibu bapa harus berwaspada jika berlakunya sebarang jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau rasa panas.
Penggunaan sarung tangan dan kaki
Penggunaan sarung tangan dan kaki pada bulan-bulan pertama selepas dilahirkan merupakan antara cara terbaik menjaga jari dan kaki bayi.
Sarung tangan pastinya dapat memberikan perlindungan kepada bayi daripada menggaru sehingga menyebabkan luka.
Sarung kaki pula boleh memberikan kehangatan dan mengelakkannya daripada kesejukan.
Jika anda sedang menunggu saat melahirkan bayi, pastikan anda memasukkan sepasang sarung tangan dan kaki bayi untuk kegunaan selepas bersalin.
Ads
Kuku kaki yang tidak tumbuh
Apa rasanya jika kuku pada bahagian kaki tidak tumbuh dengan elok? Pasti sakit dan rasa tidak selesa, bukan?
Itulah yang mungkin dialami si kecil, cuma malangnya kita tidak memahami kesakitan yang diluahkan mereka.
Bayi turut berisiko untuk mengalami masalah kuku tidak tumbuh dengan elok.
Jadi pastikan anda merapi dan memotong kuku kaki anak anda secara berkala.
Ia sekali gus dapat menghindari masalah kuku yang tidak tumbuh.
Losyen bayi
Kebanyakan ibu bapa tidak menggunakan losyen bayi dan ia adalah pilihan anda.
Jika bayi anda tidak mengalami sebarang masalah kulit kering atau mengelupas pada sekitar kuku jari dan kaki bayi, mungkin anda tidak perlukan losyen.
Tetapi jika anda ingin menggunakan losyen, pilih losyen yang lembut dan sesuai untuk kegunaan bayi.
Sebaiknya, sapukan losyen beberapa minit selepas mandi untuk mengekalkan kelembapan kulit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakkan ibu ayah yang marah sampai tahap ini, hakikatnya salah anak tu sebahagian sahaja, yang selebihnya sebab faktor sendiri:
Trauma sendiri yang tak selesai
Penat
Burnout
Projection (marah kat orang lain tapi project pada anak)
Marah macam mana sekalipun, elak lakukan perkara dibawah ini kepada anak-anak:
Belajar kawal 4 benda di atas, supaya tak jadi 10 benda di atas. Kalau tak, percayalah, kita sedang mewariskan sesuatu kepada anak.
Kenapa bahaya marah anak berlebihan?
Kita merasakan dengan melepaskan kemarahan itu adalah cara mendidik. Namun sebenarnya ada cara yang lebih baik dalam mendidik. Bukan marah tapi cuma hanya bertegas dengan anak.
Anak kita boleh kena Fear Loop jika kita terlalu garang dalam mendidik.
– marah
– jerit
– tengking
– pukul
– terlalu keras
– kasar
Fear Loop ni bahaya sebab anak akan sentiasa hidup dalam ketakutan walaupun dia tak buat salah apa-apa pun. Tambah bahaya bila anak jenis yang Highly Sensetive Child.
Kena jerit sekali je, tapi jeritan kita tu bergema-gema dalam kepala otak dia sampai ke besar.
Banyak sangat la rantaian masalah yang boleh terjadi selepas itu.
– penakut
– penipu
– keras kepala
– kuat berontak
– kurang adab
– terbantut
– lemah daya fikir
– emosi tak stabil
– impulsif
Tak terkira. Ini la ripple effect fear loop yang kita takut sangat tu.Patut la terlalu garang pada anak usia 6 tahun ke bawah adalah di larang sama sekali dalam gaya parenting islam.
Usia 1-6 tahun adalah fasa paling rapuh ( fragile ) otaknya. Sikit silap je, boleh berderai sel sel otak anak jatuh.
Percayalah, jika 6 tahun pertama ni kita tak jaga betul-betul kesihatan otak anak kita nescaya kerja parenting 6 tahun berikutnya akan jadi sangat sangat sukar.
Kredit: Dr Rozanizam Zakaria
Kredit:Mohd Fhais Salim
Kredit gambar: TRB
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terror! Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Selain menggoreng ikan sardin dalam tin, menggoreng ikan keli amat ditakuti kerana acapkali minyak akan meletup-letup tanpa henti.
Tanpa penutup periuk yang sesuai untuk melindungi diri, kulit boleh meninggalkan kesan lecur yang teruk ketika memasak.
Tak perlu takut-takut untuk menggoreng, apa kata anda cuba petua mudah yang dikongsikan pengguna Tik Tok @lynn_ishak ini. Hanya tambahkan satu sudu tepung sahaja. Senang!
Aku jumpa petua ni di Tik Tok.
Senang sangat, letak tepung dulu dalam minyak panas.
Serius, tak meletup. Minyak tak kecah merata, nak terbalikkan ikan pun senang.
Elok, janji selamat, kulit tak melepuh kena minyak panas.
Settle!
Wajib cuba, baru anda tahu keberkesanannya. Paling penting dah tak perlu lari-lari masa yang mengalihkan ikan keli di dalam kuali.
Amalan peluk isteri 3 kali sehari rupanya beri kesan positifi pada emosi isteri. Semua manusia suka dipeluk. Rasa bahagia dan tenang sangat.
Para isteri tak terkecuali ya suami. Cuba peluk isteri tiga kali sehari kalau nak tahu apa kesannya.
Bukan anak sahaja yang suka dipeluk tetapi ibu kepada anak anda iaitu isteri anda turut tak terkecuali masih mahu dipeluk dan disayangi suami.
Perkongsian dari Encik Matt, lelaki yang bergelar suami dan ayah ini patut dijadikan peringatan ‘manja’ kepada semua suami yang mungkin dah lama tak peluk isteri masing-masing disebabkan kesibukan urusan seharian.
Mengikut kajian. Isteri perlu di peluk 3 kali dalam tempoh sehari untuk bagi emosi mereka lebih tenang.
Saya cuba teknik ini dari bulan 1 lagi, nampaknya setiap bulan ada peningkatan dari segi emosi isteri.
Isteri nampak lebih ceria, lebih tenang untuk kawal emosi apabila anak meragam, sangat cekap untuk menenangkan suami ketika emosi suami tidak stabil.
Rupanya apabila kita kerap peluk isteri terutama ketika mereka dalam keadaan penat hormon oxytocin akan dirembeskan dengan lebih baik. Hormon ini akan buatkan mereka rasa tenang dan bahagia.
Jadi. Para suami ambil peluang hari ini untuk peluk isteri dengan penuh kasih sayang. Katakan kepada mereka yang kita sangat sayang dan sangat hargai mereka.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.