Haish, geram tengok jari-jemari si kecil yang halus. Tetapi adakah anda tahu cara menjaga jari dan kaki bayi?
Ada tip penjagaan khusus yang perlu anda ketahui. Teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Penjagaan jari dan kaki bayi
Bayi yang baru lahir sememangnya mempunyai jari dan kaki yang sangat halus yang memerlukan penjagaan khusus seiring dengan usianya.
Untuk mengekalkan kulit yang lembut dan kuku yang rapi memerlukan perancangan yang betul.
Berikut dikongsikan perkara berkaitan penjagaan khusus jari dan kaki bayi khas buat para ibu bapa sekalian:
Memastikan kuku sentiasa rapi
Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan kuku bayi anda dipotong dengan baik.
Walaupun kuku si kecil mungkin nipis, tetapi hakikatnya ia tajam dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka.
Oleh sebab si manja tidak mempunyai kawalan motor yang sempurna lagi, maka dia akan cenderung untuk mengerakkan jarinya yang halus dan menggaru diri dalam proses itu.
Kuku bayi tumbuh dengan cepat, maka anda perlu untuk memotongnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Berbeza dengan kuku kaki, ia tidaklah begitu tajam dan pertumbuhnya agak lambat, anda cuma perlu memotongnya 1 atau 2 kali sebulan.
Pastikan anda menggunakan pengetip kuku bayi atau gunting khas untuk memotong dan merapikan kuku si manja.
Ads
Elakkan daripada memotong terlalu hampir dengan kulit.
Jika tanpa sengaja ketika memotong kuku bayi anda terlihat titisan darah, jangan panik!
Ini kerana si manja akan sembuh dengan cepat. Tetapi jangan pula anda menggigit kuku anak anda, kerana ia boleh menjadi punca jangkitan kepada mereka.
Periksa jari dan kaki bayi dengan kerap
Anda mungkin akan terkejut melihat rambut atau benang yang terkumpul pada jari dan kaki si kecil.
Bayi yang baru lahir, sememangnya cenderung untuk mempunyai genggaman yang kuat – ini aspek normal dalam perkembangan bayi.
Disebabkan faktor itu, anda perlu memeriksa sekitar jari dan kaki setiap kali menukar lampin dan sebaiknya lap tangan mereka dengan kain lap yang bersih.
Ads
Jika anda terlihat sebarang luka pada hujung jari, tidak mengapa, ia akan sembuh sendiri.
Tetapi ibu bapa harus berwaspada jika berlakunya sebarang jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau rasa panas.
Penggunaan sarung tangan dan kaki
Penggunaan sarung tangan dan kaki pada bulan-bulan pertama selepas dilahirkan merupakan antara cara terbaik menjaga jari dan kaki bayi.
Sarung tangan pastinya dapat memberikan perlindungan kepada bayi daripada menggaru sehingga menyebabkan luka.
Sarung kaki pula boleh memberikan kehangatan dan mengelakkannya daripada kesejukan.
Jika anda sedang menunggu saat melahirkan bayi, pastikan anda memasukkan sepasang sarung tangan dan kaki bayi untuk kegunaan selepas bersalin.
Ads
Kuku kaki yang tidak tumbuh
Apa rasanya jika kuku pada bahagian kaki tidak tumbuh dengan elok? Pasti sakit dan rasa tidak selesa, bukan?
Itulah yang mungkin dialami si kecil, cuma malangnya kita tidak memahami kesakitan yang diluahkan mereka.
Bayi turut berisiko untuk mengalami masalah kuku tidak tumbuh dengan elok.
Jadi pastikan anda merapi dan memotong kuku kaki anak anda secara berkala.
Ia sekali gus dapat menghindari masalah kuku yang tidak tumbuh.
Losyen bayi
Kebanyakan ibu bapa tidak menggunakan losyen bayi dan ia adalah pilihan anda.
Jika bayi anda tidak mengalami sebarang masalah kulit kering atau mengelupas pada sekitar kuku jari dan kaki bayi, mungkin anda tidak perlukan losyen.
Tetapi jika anda ingin menggunakan losyen, pilih losyen yang lembut dan sesuai untuk kegunaan bayi.
Sebaiknya, sapukan losyen beberapa minit selepas mandi untuk mengekalkan kelembapan kulit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan semua rajuk anak kita nak kena pujuk. Jika kita pujuk semuanya itulah yang menjadikan dia lenja.
Masa anak baru 3 tahun ke bawah, bolehlah kita pujuk-pujuk untuk dia tidak menangis begitu kuat.
Namun, bila anak sudah lebih bijak dan faham, maka perlulah ada batas dalam memujuk.
Pujuklah dia jika dia memang tidak bersalah dan anda termarah lebih. Sebab yang salah adalah anda yang kurang bijak mengawal diri.
Pujuklah dia jika anda yang tersalah sangka. Anak tak buat anda tersilap tuduh.
Namun, jika anda sudah beri guideline, sudah terangkan, sudah beri amaran lebih dari 3 kali, tapi dia buat juga dan anda marah berpatutan, dan anak merajuk, maka tidak perlukah nak memujuk. Memadai anda tenang dan melayannya dengan baik. Dan tunjuk kasih sayang anda dengan bercakap dengan nada yang lembut dengan dia dan melayan mesra. Waktu makan, beri makan dsbnya.
Anak perlu tahu bila dia salah, maka dia salah dan perlu menerima natijahnya.
Namun, dalam menghukum perlu berpada. Dan bila sudah menghukum tidak perlu memujuk sehingga hilang muka.
Be kind, be gentle. Tapi tidak perlu sehingga berasa bersalah tidak terhingga. Kan anda sudah beri amaran!
Tapi ingat ya, hanya mulakan setelah anak 3 tahun ke atas. Sebelum tu anak masih belum faham apa-apa.
Dan bermula tiga tahun pun, mulalah perlahan-lahan memberi dia faham kesan dan natijah, disiplin dan hukuman.
Perangkap yang sering ibu bapa termasuk ialah menyangka anak sudah cukup besar untuk dihukum keras. Contohnya anak baru 1 tahun lebih sudah nak pukul kuat-kuat atau kurung dalam bilik gelap.
Atau anak terlalu kecil untuk dihukum. Contoh sudah 8 tahun, masih nak memujuk anak yang marah kerana dihukum kerana menendang mak ayah.
Me time bagi ibu-ibu adalah waktu untuk bersendirian dan lari sebentar dari rutin harian. Tak perlu lama tapi efeknya sangat besar kepada mood dan tenaga.
Perkongsian Tasha Manshahar ini dipersetujui para follower. Seorang ibu mempunai rutin yang sama setiap hari menguruskan anak. Dek kerana lama mengikuti rutin yang sama tanpa henti, badan pun boleh jadi sangat letih dan tempat yang luas dirasakan sempit. Me time boleh memperbaiki mood dan mengembalikan tenaga.
Tasha yang melahirkan anak sulungnya, Muammar Rafiqi pada 22 Jun 2019 yang lalu berkongsi tentang me time di Instagram.
“Sometimes you just need to disconnect and enjoy your own company. There are days yang kita rasa sangat letih walaupun kita cuma duduk, rasa sempit walaupun kita di tempat yang luas. Ni selalunya berlaku bila kita keep on doing the same thing over again.
“Rutin harian kita. Hadap benda sama setiap hari for a long time. Takde break in between. Bukan kita tak suka kerja atau rutin kita tu, cuma sometimes we need a break, enjoying things (even simple things) we like for ourselves. Agree tak?
“Everyone needs “me time”. Dia macam recharge balik tenaga kita, improve balik mood kita, then kita boleh continue doing our routines happily. Me time korang bila and macam mana?”
Para follower mempersetujui pendapat penyanyi ini tentang me time yang perlu dinikmati oleh setiap wanita bergelar ibu. Me time yang menggembirakan bagi seorang isteri akan menjadikan keluarga lebih bahagia.
CARI KETENANGAN DAN KEINDAHAN ALAM
“Saya akan do house chores and finish all my work and lastly saya akan cari ketenangan dan keindahan alam” – @ei_syah
KESAN POSITIF KEPADA KELUARGA
“A good “me time” for a woman makes her family happy afterwards ?” – @kai_armd
MAKAN KUDAPAN PUN ME TIME
“Saya first time mum. Baby baru 1 year 1 months. Me time Saya time mandi n kjp2 masuk dapur makan kudapan ?.” – @ kinoounni
TIDUR TANPA GANGGUAN ANAK
“Me time Mira bila dpt tidur Tanpa gangguan Anak hihii?.”- @_kakmira
Malang tidak berbau. Hal-hal yang tidak kita jangkakan tidak mustahil terjadi jika kita tidak mengamalkan sikap berhati-hati dan peka dengan sekeliling. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil, semua perkara perlu difikirkan risikonya, bimbang boleh membahayakan anak-anak kecil kita di rumah.
Ketika berada di rumah, lebih-lebih lagi ketika musim PKPB ini, tingkatkanlah tahap keselamatan di rumah untuk si manja. Semua ruang di dalam rumah seharusnya diberikan perhatian misalnya seperti tangga, bucu meja, ruang menonton televisyen, dapur, bilik air dan sebagainya. Malahan di tempat tidur, katil yang dirasakan selamat itu juga boleh membahayakan anak-anak kita. Jadi ibu perlu lebih peka.
Umumnya, kebanyakan barangan perabot di rumah bukanlah direka sebagai mesra kanak-kanak. Maka, sudah pasti risiko kecederaan adalah tinggi. Namun, usah risau, berikut 3 petua untuk membantu wujudkan tempat yang lebih selamat untuk si manja bermain di rumah.
Kedudukan televisyen
Bagi televisyen panel rata, sebaiknya dipasangkan pada dinding. Jika TV anda bersaiz besar, pastikan perabot yang digunakan rendah dan mampu menampung berat.
Gunakan anti-tip brackets untuk melekatkan perabot berat ke dinding. Dengan memastikan kedudukan TV dan perabot selamat, pastinya anda dapat mencegah daripada terjadinya sebarang risiko kecederaan pada anak.
Balkoni dan tingkap
Dalam keadaan cuaca yang panas, pastinya kita akan terdorong untuk membuka pintu balkoni dan tingkap untuk mendapatkan cuaca segar.
Jadi sentiasa pantau keadaan anak. Elakkan daripada membiarkan mereka sendirian berhampiran pintu balkoni atau tingkap. Jika boleh, pasang pelindung keselamatan tingkap.
Pagar keselamatan
Sekiranya rumah anda mempunyai tangga, sebaiknya gunakan pintu/pagar keselamatan untuk menghalang si manja daripada mendekati bahagian tersebut.
Dalam proses pemasangan, pastikan anda membaca arahan dan label amaran pengeluaran untuk menentukan kaedah dan cara memasangnya yang betul.
Pasang pagar keselamatan di dapur
Dapur adalah sebahagian ruang yang berbahaya buat anak-anak kita. Pasanglah pagar keselamatan agar menjadi penghadang untuk anak memasuki ruang ini tanpa kita sedari. Malah ketika kita memasak juga, anak tidak terdedah kepada bahaya lain.
Sebaik selesai memasak, tutuplah pintu penghadang ini agar anak terus tidak memasuki dapur. Pun begitu langkah keselamatan adalah menyimpan kesemua barang tajam atau berbahaya di dalam laci bertutup yang tidak boleh dicapai anak-anak.
Jangan sesekali ajar anak buka laci atau minta ambilkan barang di dapur. Biar dia tidak pernah tahu. Bahaya menanti.
Jangan buka pintu tandas
Satu hal yang perlu diberikan keutamaan adalah tandas yang mengundang pelbagai bahaya kepada anak-anak. Elakkan pintu tandas sentiasa dibiarkan terbuka. Sentiasalah tutup pintu tandas. Malah elakkan juga meletakkan air di dalam baldi kerana ia mengundang pelbagai risiko.
Kemaskan perabot
Bucu-bucu meja dan kerusi antara perabot yang boleh membahayakan anak-anak kecil kita. Memanjat tanpa mengira waktu membuatkan dua elemen ini sebaiknya dikemaskan dan diletakkan pada sudut yang tidak membahayakan mereka.
Biarkan kawasan yang lapang agar anak dapat bergerak dengan bebas tanpa membahayakan mereka. Inilah yang sebaiknya.
Dr Afifah Hidayah kongsi pengalaman amalkan Baby-Led Weaning — kaedah bayi makan sendiri sejak enam bulan. Teknik moden ini bantu anak belajar berdikari dan gembira ketika waktu makan.