Jasad wanita hamil dan ibu mentuanya yang dihanyutkan arus kepala air di rumah mereka di Kampung Iboi di sini, ditemui dalam keadaan berpelukan kira-kira 100 meter dari lokasi rumah mereka runtuh.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata kedua-dua mayat mangsa ditemui dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan.
Beliau berkata, pihaknya juga percaya bongkah kayu yang dihanyutkan arus deras menghempap rumah
Sayani berkata, tumpuan bomba seterusnya melakukan pencarian remaja lelaki berusia 14 tahun, Khairul Ikhwan Nor Azman yang masih hilang.
Katanya, operasi masih dilakukan di kawasan pencarian dan akan diperluaskan sekiranya masih belum ditemui.
“Pihak bomba turut menggunakan anjing pengesan JBPM untuk melakukan operasi pencarian hari ini,” katanya.
“Kejadian banjir semalam berlaku terlalu cepat. Penduduk tidak sempat berbuat apa-apa kerana keadaan sangat kelam kabut.
“Aliran sungai yang melimpah terlalu deras membawa lumpur dan kayu dari arah bukit,”
Kredit: Bharian
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!