Tatkala umat Islam sedang menyambut hari raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa, keluarga Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli mengalami satu insiden yang mana anak buahnya yang dikenali sebagai Benjamin Pawanteh dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan tempurung kepala bagi mengeluarkan darah beku.
Menurut perkongsian di laman Instagram Cat Farish, Benjamin mengalami pendarahan di bahagian otak selepas terjatuh ketika bermain bersama sepupunya pada Syawal pertama.
Jelasnya lagi dalam posting tersebut, Benjamin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan belum sedarkan diri.
Salam sahabat semua doakan anak sedara saya. Anak adik saya @ladyjamalo dan suami @the_accidental_logistician #benjaminpawanteh yg baru menjalanni pembedahan tempurong kepala utk mengeluarkan darah beku petang tadi.
Kini ben di rawat di icu dan saya memohon doa dari kalian semua. Ya Allah kembalikanlah kesihatan dan kembalikan ben sihat sedia kala.
Tolonglah kengkawan doakan ya.
#prayforbenjaminpawanteh
Dalam posting yang lain, Cat Farish memuat naik keadaan terkini Benjamin dalam sebuah video. Dalam video tersebut, anak kecil ini dilihat sudah sedarkan diri dan dipindahkan ke wad biasa.
Dalam video tersebut juga, anak kecil ini dilihat sudah boleh bermain dan mampu mengukir senyuman.
Cat Farish menitipkan ucapan terima kasih atas doa yang diberikan kepada anak buahnya itu.
Alhamdulillah
Anak sedara saya sudah dipindahkan ke wad biasa. Terima kasih atas doa sahabat @ruffedge kengkawan ig dan semua yg sudi doakan #benjaminpawanteh
@ladyjamalo
@the_accidental_logistician
Amin
Anak-anak tengah nak besar memang aktif dan lasak. kadang dah memang dipantau pun tapi benda kalau nak jadi tak boleh nak buat apa. moga Benjamin cepat sihat dan aktif macam dulu kembali. Amin!
Sumber: Media Hiburan & Instagram Cat Farish