Ibu mana yang tidak cemas apabila anak terjatuh kemudian dihempap pula oleh seorang lelaki dewasa. besar pula tu badannya! Begitulah kisahnya dengan Sheila Razlan, isteri kepada Lan Solo yang berkongsi melalui laman Instagramnya tentang kejadian anaknya terjatuh semasa bermain luncur ais.

Baca Artikel Ini: [Ibu Ayah Punca Anak Belajar Rampas Mainan Orang & Marah-Marah Bila Tak Dapat]

Kejadian tersebut terjadi di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di negara ini. Menurut Sheila, anak ketiganya iaitu Akid terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya semasa meluncur ais lalu terjatuh. Kejadian ini yang berlaku secara mengejut, kemudian seorang lelaki berbangsa Inggeris pula terjatuh di atas badan anaknya.

Ads

View this post on Instagram

Kejadian 6.30pm td di ice skating ioi city mall.. . Akid jatuh sbb x dpt balance badan (1st time main) . Tiba2 dtg seorg lg lelaki mat salleh jatuh himpap atas blkg Akid.. . Akid x boleh bangun lgsg.. Masa tu KY dah pk macam2 dah.. Sbb KY dgn LS kat luar kaca tmpt main tu.. . Mmg nmpk akid x bgerak.. Dia nangis je atas ais tu.. . Berlari x cukup tanah rasanya bila nmpk dia kene hempap dgn lelaki yg berbadan besar tu.. . Dia nangis sekuat2nya.. . Alhamdulillah,pihak ice skating tu bertindak pantas dan lelaki tadi jugak nmpk sgt risau takut pinggang Akid patah.. Dia mengaku dia jatuh atas badan Akid yg berat dia br 16kg.. . Berat lelaki tu dlm 90kg ++.. . Bnda dah nk jadi,x kan KY nak ngamuk kat situ pulak kan.. . Cuma sekadar cadangan.. Kalau2 in future, pihak ice skating tu boleh asingkan tmpt utk yg amatur dgn yg dah terrer (sbb yg terer ni suka tunjuk aksi yg diorg boleh laju2 atas ice tu) jadi x sempat brek.. Abis terkena org lain.. Sekadar cdgn jela.. . Apa2 pon, terima kasih kpd semua yg membantu kami kat ioi city mall tadi.. .

A post shared by SheiLa RazLan (@sheilarazlan) on

Semasa dihempap lelaki tersebut, Akid tidak dapat bergerak dan hanya mampu menangis sahaja. Sheila dan Lan yang berada di luar gelanggang pada waktu itu segera berlari mendapatkan anak mereka.

Ads

Pun begitu, Sheila memuji tindakan pantas yang diambil oleh pihak di sana dan lelaki tersebut juga kelihatan risau kerana khuatir pinggang Akid patah. Maklum sajalah, berat Akid hanyalah 16kg berbanding tubuh sasanya dengan berat 90kg.

Artikel Menarik: [Malas Nak Layan, Bage Je Gajet Pada Anak. Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata!]

Ads

Sheila mengambil langkah untuk bertenang dan menyelesaikan perkara ni dengan cara baik. Sempat memberi cadangan, Sheila berharap pada masa akan datang gelanggang luncur ais akan dipisahkan mengikut kategori (untuk yang amatur dan profesional).

Sumber: Sheila Razlan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI