Ibu mana yang tidak cemas apabila anak terjatuh kemudian dihempap pula oleh seorang lelaki dewasa. besar pula tu badannya! Begitulah kisahnya dengan Sheila Razlan, isteri kepada Lan Solo yang berkongsi melalui laman Instagramnya tentang kejadian anaknya terjatuh semasa bermain luncur ais.
Kejadian tersebut terjadi di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di negara ini. Menurut Sheila, anak ketiganya iaitu Akid terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya semasa meluncur ais lalu terjatuh. Kejadian ini yang berlaku secara mengejut, kemudian seorang lelaki berbangsa Inggeris pula terjatuh di atas badan anaknya.
Semasa dihempap lelaki tersebut, Akid tidak dapat bergerak dan hanya mampu menangis sahaja. Sheila dan Lan yang berada di luar gelanggang pada waktu itu segera berlari mendapatkan anak mereka.
Ads
Pun begitu, Sheila memuji tindakan pantas yang diambil oleh pihak di sana dan lelaki tersebut juga kelihatan risau kerana khuatir pinggang Akid patah. Maklum sajalah, berat Akid hanyalah 16kg berbanding tubuh sasanya dengan berat 90kg.
Sheila mengambil langkah untuk bertenang dan menyelesaikan perkara ni dengan cara baik. Sempat memberi cadangan, Sheila berharap pada masa akan datang gelanggang luncur ais akan dipisahkan mengikut kategori (untuk yang amatur dan profesional).
Ibu ayah, pernah tak perasan si manja asyik menggaru punggung waktu malam, susah naik berat badan walau makan banyak, atau kerap sakit perut? Mungkin itu bukan sekadar masalah biasa – ia mungkin tanda anak anda mengalami kecacingan.
Jangkitan cacing dalam kalangan kanak-kanak sering kali dipandang ringan, sedangkan ia sebenarnya boleh memberi kesan serius kepada tumbesaran, perkembangan kognitif dan kesihatan menyeluruh anak. Jangkitan ini lazim berlaku, terutamanya di negara tropika seperti Malaysia, dan lebih kerap menjangkiti kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang aktif bermain di luar dan mungkin kurang menjaga kebersihan diri.
Kecacingan berlaku apabila cacing parasit seperti cacing gelang, cacing kerawit, cacing pita, dan cacing benang membiak dalam tubuh, terutamanya usus anak. Jangkitan ini kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak, khususnya yang aktif bermain di luar rumah atau kurang menjaga kebersihan tangan dan kuku.
Cacing adalah sejenis parasit yang hidup di dalam saluran usus manusia. Setiap orang boleh dijangkiti cacing tetapi selalunya risiko lebih tinggi kepada golongan kanak-kanak.
Menurut pakar pediatrik, jangkitan cacing boleh menjejaskan tumbesaran, selera makan dan daya tahan tubuh anak, terutama jika tidak dirawat dari awal.
Terdapat beberapa jenis cacing yang boleh menjangkiti manusia, terutamanya kanak-kanak. Yang paling lazim termasuk:
Cacing gelang (Ascaris lumbricoides): Boleh membesar sehingga 30 cm panjang dan hidup dalam usus kecil.
Cacing kerawit (Ancylostoma/Necator): Menyebabkan kekurangan zat besi kerana menyedut darah di usus kecil.
Cacing benang/pinworm (Enterobius vermicularis): Sering menyerang kanak-kanak dan menyebabkan kegatalan di kawasan dubur, terutamanya waktu malam.
Cacing pita (Taenia): Boleh didapati daripada makanan tidak dimasak sempurna seperti daging babi atau lembu yang tercemar.
Ya, sangat digalakkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan pemberian ubat cacing setiap 6 bulan sekali untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas. Ubat cacing selalunya dalam bentuk sirap atau tablet kunyah yang selamat dan tidak memerlukan preskripsi.
Antara ubat cacing yang biasa digunakan:
Albendazole
Mebendazole
Kedua-duanya bertindak membunuh cacing dan larvanya dalam usus tanpa kesan sampingan besar. Namun begitu, pastikan ubat diberi ikut dos dan umur anak.
Nota penting: Ubat cacing tidak sesuai untuk bayi di bawah umur 12 bulan melainkan diarahkan oleh doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah gigi berlapis sering dipandang enteng oleh masyarakat umum. Perkara ini perlu dititikberatkan kerana kelak, ia boleh menyebabkan masalah karies gigi dan masalah gusi bengkak.
Tahukah anda bahawa masalah gigi berlapis boleh disebabkan oleh gigi susu? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Sebelum kita menyelami bagaimana gigi berlapis boleh terjadi, mari kita kenal terlebih dahulu dengan pesona utama artikel ini, gigi susu. Walaupun gigi mula tumbuh ketika bayi berusia di antara 6 ke 12 bulan, hakikatnya, ia mula terbentuk pada 6 minggu fasa kehamilan.
Usia bagi pertumbuhan gigi susu adalah berbeza bagi setiap bayi maka jika anak anda masih tidak mempunyai gigi seawal 6 bulan, usah khuatir. Biar lambat, asal selamat.
Apa itu enamel, dentina dan pulpa?
Terdapat perbezaan yang agak ketara jika dibuat perbandingan di antara struktur gigi susu dan gigi kekal. Secara umumnya, jumlah gigi susu yang bakal tumbuh apabila anak anda berusia 1 tahun adalah sebanyak 6 batang. Ketika anak anda berusia 3 tahun, seharusnya kesemua 20 batang gigi susu telah pun tumbuh.
Jika dibuat perbandingan secara fizikal, gigi susu kelihatan lebih kecil dan putih manakala gigi kekal kelihatan lebih besar dan berwarna krim atau putih kekuningan.
Gigi kekal juga mempunyai bilangan yang lebih banyak iaitu sebanyak 32 batang berbanding dengan gigi susu yang hanya sebanyak 20 batang. Pada sudut anatomi, perbezaan di antara keduanya dapat dilihat pada ketebalan lapisan enamel (luar), dentina (tengah) dan pulpa (dalam).
Gigi susu mempunyai lapisan enamel dan dentina yang agak nipis berbanding dengan gigi kekal membuatkan karies gigi lebih mudah untuk merebak ke lapisan pulpa. Oleh sebab itulah karies gigi kelihatan lebih teruk pada gigi kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa.
Lapisan pulpa gigi mengandungi banyak urat saraf dan salur darah yang memberikan nutrisi kepada gigi. Gigi susu mempunyai lapisan pulpa yang agak besar berbanding dengan gigi kekal.
Ini meningkatkan risiko untuk mendapat kecederaan urat saraf dalam situasi trauma memandangkan ia juga mempunyai lapisan luar yang nipis.
Memastikan keteraturan gigi kekal
Jika dilihat pada fungsi asas gigi susu, ia penting bagi membantu proses penghadaman yang baik buat anak-anak anda. Fungsinya adalah sama dengan gigi kekal iaitu untuk mengigit, mengoyak dan melumatkan makanan. Fungsi ini penting bagi memastikan nutrisi makanan dapat diserap masuk ke dalam tubuh badan.
Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa ia juga memainkan peranan penting dalam memastikan keteraturan susunan gigi kekal. Gigi susu kebiasaannya akan patah secara semula jadi dan digantikan dengan gigi kekal pada usia sekitar 6 tahun.
Sebelum daripada usia tersebut, gigi yang patah akan digantikan dengan gigi belakang bagi mengisi kekosongan di hadapan. Keadaan ini akan menyebabkan susunan asalnya menjadi tidak teratur seterusnya mengakibatkan kekangan ruang di antaranya untuk gigi kekal tumbuh.
Kesannya, gigi kekal akan tumbuh sama ada di hadapan atau di belakang gigi sedia ada menjadikan gigi anda kelihatan berlapis. Gigi yang berlapis akan memberikan kesan negatif terhadap keyakinan diri anak-anak anda memandangkan keteraturan gigi penting dalam aspek penampilan diri.
Bayangkan jika anak anda diejek dan dipulaukan oleh rakan-rakannya hanya disebabkan oleh masalah gigi berlapis. Ini akan menurunkan tahap keyakinan anak anda untuk menjalinkan hubungan sosial.
Selain itu, ia juga memudahkan proses pengumpulan plak yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat karies gigi dan penyakit gusi bengkak (gingivitis).
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaikan tidak menyangka bahawa dia kini sudah pun bergelar seorang ibu, Elfira Loy menganggap seperti bermimpi dapat pegang bayi lelaki.
Dilahirkan pada 1 Oktober lalu, akhirnya Elfira Loy mendedahkan wajah anak pertama selepas mendirikan rumah tangga 1 Januari lalu dan menceritakan serba sedikit detik-detik ketika bersalin, menerusi instagramnya.
Lahir normal, berat baby 3.68kg …
Menerusi entri instagramnya, Elfira berterima kasih kerana berkat doa orang ramai akhirnya bayi lelaki yang dinantikan selamat dilahirkan seberat 3.68kg secara normal pada jam 5.40 petang.
Diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris, kelahiran zuriat yang pertama ini nyata mengukuhkan lagi hubungannya dan kebahagiaan dalam hidup Elfira dan suaminya, Faris.
Seperti satu mimpi buat El, apabila segala detik-detik menahan sakit ketika melahirkan masih lagi terasa. Baru tahu bukan mudah nak lahirkan seorang anak!
“Semalam tidur bagai dibuai mimpi, every minutes in the labour room, every pain, ever moments I went through dia recap balik…”
Ya Allah macam tak percaya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kami.
Syukur Ya Allah Rayyan dilahirkan dengan sihat dan memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga,” kongsinya.
Semangatnya baby..
Perkongsian sekeping gambar yang menunjukkan kecomelan Rayyan buatkan ramai yang teruja. Dengan pipi yang tembam dan berkulit cerah semua rakan artis dan peminatnya mengucapkan tahniahnya pada Elfira.
Sumber : Elfira Loy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!