Jauh Dengan Anak, Bukan Alasan Berhenti Menyusu Badan. Buat Stok, Hantarkan Padanya

Share

Naluri seorang ibu, tidak kisahlah sama ada bekerjaya mahupun seorang suri rumah, pasti sensitif jika berbicara soal anak. Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak, sedangkan keluar sebentar tanpa anak pun dah rasa rindu kan?

Begitu juga dengan doktor selebiriti, Dr Tengku Ezulia yang berkongsi sebuah posting di laman Instagramnya menceritakan ceritanya terpaksa berjauhan dengan anaknya kerana sekarang sedang berada di New York. Kata Dr Ezulia, dia seorang yang mendahulukan kerjaya sehinggalah selepas kelahiran anaknya yang dipanggil Baby Ally itu. Pernah terlintas untuk berhenti kerja dan duduk 24/7 dengan si kecil itu, tetapi tidak mampu berbuat demikian kerana berada di puncak kerjaya.

Banyak pesakit dan para pelajar yang memerlukan perhatiannya, tambah pula bekerja sebagai pakar bedah dan pensyarah di salah sebuah universiti terbaik di Malaysia. Katanya lagi, dia menangguhkan soal kerjaya sehingga Baby Ally boleh makan dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada susu ibu.

Artikel Menarik: [Ibu Menyusu Boleh Je Nak Makan Apa-Apa. Tak Ada Kaitan Bayi Kembung Perut, Asalkan Seimbang]

Sehingga sekarang, anaknya itu makan tiga kali dan minum susu ibu empat kali sehari. Tambah Dr Ezulia, dia bekerja keras mengumpul stok susu sepanjang berada di New York untuk dihantar kepada ibunya di Malaysia.

Mommy miss you so much sayang… I had always been a career-oriented person. Career always came first to me. That was until Baby Ally arrived. After she arrived, I felt like I wanted to be with her 24/7 and even considered being stay at home mom like my mother was. But it is not feasible for me. I worked hard to be where I am at this stage of my career. I have patients that I take care of, students that I teach. Being a surgeon and lecturer in the best university in Malaysia, I cant be stagnant in my career growth. I’ve put it on hold for a little while, waited until Baby Ally takes solid and doesn’t depend heavily on only breastmilk intake. To date, Baby Ally takes about 3 times solids and 4 times milk perday. I worked hard in preparing a freezer full of my ebm and shipped them to my mom. I’ve been pumping regularly here in New York so that I can continue BF when I come back. That takes a different level of commitment and it is not easy. One day Baby Ally will learn that both me and her are tough ladies and we support each other. One day if Baby Ally decides she wants to further her studies abroad I will let her if that is good for her future. Everyday I pray for our safety and health and may Allah make this 2 months separation easier and bearable for both of us. Well, at least according to my mom, Baby Ally is happy, doing well and loves her Tokma more than mommy now. Hmphhh, okayy. .

Pa&Ma senaraikan panduan buat Mama yang mahu menyimpan stok susu ibu secara berkesan:

1) Susu ibu yang baru diperah boleh disimpan pada suhu bilik di antara 27°C ke 32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu perahan.

2) Susu ibu selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajian. Walau bagaimanapun, terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.

Artikel Menarik: [Asyik Minta Susu, Waktu Makan Selalu ‘Ngelat’. Perlu Bijak Rancang Menu, Ikut Favourite Anak]

3) Kajian pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia masih selamat selepas 4 hingga 8 hari didinginkan.

4) Membeku susu ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink, immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan.

5) Susu ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.

6) Selepas bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan.

7) Semua bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan pembaziran.

8) Elakkan menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur bersama stok sedia ada.

Begitulah pengorbanan seorang ibu. Benarlah kata orang, kasih sayang iu membawa ke syurga. Biarpun berjauhan dengan anaknya, Dr Ezulia tetap berdisiplin dan konsisten mengepam susu buat anaknya, Baby Ally. Diharapkan perkongsiannya ini menjadi inspirasi buat ibu yang menyusukan anak, tetapi terpaksa berjauhan dengan anak sepertinya. You’re strong, Mommies!

Sumber: Dr Tengku Ezulia

Published by
Emy H