Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ibu bapa mana yang sanggup melihat keadaan anak yang dikandung dan dilahirkan mengalami derita dan kesakitan. Namun itulah yang perlu dihadapi pelawak Syed Ali Puteh dan isteri apabila anak yang berusia 8 hari disahkan mengalami masalah jantung.
Puteri kedua pelawak Syed Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dilahirkan pada 6 Ogos lalu dinamakan Sharifah Nur Ainul Mardhiah sebelum ini mengalami jaundis. Ia dikongsikan oleh Ali menerusi Instagram.
“Harini masuk wad…kuning naik tggi…doakan baby sihat ye semua…esok walid dtg tgk adikk ok…”
Namun tiada siapa menduga si kecil ini mengalami masalah kesihatan yang lebih serius daripada itu. Isteri Ali, Melati Fitri Abdullah juga turut berkongsi tentang keadaan terkini bayi mereka.
Dia mengakui tidak sanggup melihat bayinya diuji dengan kesakitan namun reda ia sebagai ujian buat mereka sekeluarga. Doa daripada semua dipohon agar Sharifah Nur Ainul Mardhiah sembuh.
“Salam semua… Minta doakan puteri kami yg kedua selamat dr segala apa jua masalah yg dihadapinya… Hari ke 8 anak ibu di dunia ni..
“Doctor bagitau yang adik ada masalah jantung… Allah yang tahu macam mana perasaan ibu tengok keadaan awak sekarang sayang… Ibu tak pernah hadapi semua ni…
“Ibu tahu adik kuat… Kuat ye dik… Ibu tak sanggup tengok keadaan adik mcm ni… Jika ini ujian untuk kite… Ibu redha… Ibu akan jaga adik sampai adik sembuh… Ibu , walid , kakak dan semua keluarga kita doakan adik tau… Kuat ye sygggggg…..”
INJAP JANTUNG TERBALIK & BERLUBANG
Melati dalam kemaskini berkongsi tentang perkembangan terkini di mana injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di tengahnya.
Puteri mereka yang dipanggil Ainul kini sedang dipantau di sebuah hospital dan bakal menjalani pembedahan 2 hingga 3 minggu lagi. Ibu ini amat menghargai doa dan tips yang dikongsikan.
“Assalamualaikum semua..
“Hari ni adik Ainul dah di bawa ke hospital ******* untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung disana.. .. Doktorpakar yg bernama Dr.********* sahkan adik Ainul menghadapi injap jantung terbalik dan mempunyai lubang dibahagian tengah…
“Doktor beritahu keadaan adik ainul agak serius… Dan yg good news nya Doktor. Kata disebabkan lubang itu lah yg dpt membantu adik ainul bernafas hingga sekarang..
“Dr. sarankan buat operation seawal yg mungkin. Dan Alhamdulillah adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di hospital ******* untuk menanti hari pembedahan nya yg tidak lama lagi… In Shaa Allah berkemungkinan adik ainul akan buat pembedahan 2-3 minggu dari sekarang…
“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat utk menghadapi dugaan ini..
“Sy ibu dan walid kepada Adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yg tak henti2 dan byk bg sy tips utk menghadapi situasi mcm ni.
“Dan hanya Allah S.W.T shj yg dpt membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn…”
“Semoga Ainul cepat sihat…”
Warganet mendoakan anak kecil ini segera sembuh dan pembedahan yang bakal berlangsung dipermudahkan.
“Semoga segalanya dipermudahkan..Moga adik Ainul cpt sihat dan kembalikan kegembiraan buat ibu dan walid ya.” @nursadlyanty
“Semoga dipermudahkan segala urusan adik Ainul, stay strong..” @mizzmel_
“semoga slmat sumenye..bykkan berdoa..@melatifitri_ kuatkan smgt ok.” @noraslah8690
Sumber: syedaliputeh & melatifitri_
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI