Dalam zaman sekarang, perkataan jaundis adalah sesuatu yang biasa. Kebanyakan bayi baru lahir sering terdedah kepada kemungkinan mengalami jaundis. Jaundis terjadi pada bayi kerana darahnya mengandungi bilirubin berlebihan. Bilirubin merupakan bahan yang terhasil semasa penguraian sel darah merah.

Bayi baru lahir memang cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana dia memiliki sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen. Buah pinggang bayi yang belum matang sepenuhnya itu pula tidak mampu memetabolismekan bilirubin yang berlebihan.

Ada bayi yang mengalami jaundis dalam tempoh beberapa hari. Malah tidak kurang juga, segelintir daripada bayi kecil ini perlu melalui pengalaman berulang-alik ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.

Tambah simpati apabila mengenangkan si ibu yang belum sihat sepenuhnya selepas menjalani proses bersalin. Lebih teruk jika bayi terpaksa di tahan di wad hospital kerana perlu menjalani rawatan fototerapi.

Sebagai bakal ibu kepada bayi yang akan dilahirkan tidak lama lagi, anda perlu tahu bahawa jaundis tidak mendatangkan bahaya kepada bayi. Ia hanya mengundang bahaya jika tidak dikawal daripada peringkat awal kerana bayi berisiko mengelami kerosakan otak apabila tahap bilirubin terlalu tinggi dan tidak mendapat pemantauan sewajarnya.

Sekiranya mahu mengurangkan risiko diri dan bayi daripada berdepan dengan masalah jaundis, ada beberapa petua alami yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Antara amalan ibu hamil yang boleh dilakukan ialah seperti berikut.

1. Makan madu

IKLAN

Masa kini memang mudah untuk mendapatkan bekalan madu di pasaran. Namun, ada baiknya jika anda pastikan bahawa ia adalah benar-benarmadu lebas asli. Barulah ia dapat memberi anda kesan khasiat pemakanan madu seperti yang diharapkan.

Jaundis Boleh Dihindari Sejak Hamil. Kalau Tak Nak Anak Kuning, Jom Amalkan Kurma Setiap PagiUntuk mengelakkan jaundis daripada dialami bayi selepas kelahirannya kelak, anda dinasihatkan untuk mengambil tiga sudu madu tanpa air atau meminum air bancuhan madu menggunakan lima  sudu madu setiap hari.

2. Minum susu kambing

Sememangnya susu kambing terkenal sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ia memang mempunyai banyak khasiat dan manfaat untuk sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

IKLAN

Anda boleh minum susu kambing yang kini sangat mudah didapati dalam bentuk susu formula. Maklum sahajalah, jika mahu meminum susu segar, dikhuatiri boleh membuat anda menjadi mual dan loya.

Semasa hamil, seelok-eloknya anda minum dua gelas susu kambing sehari. Segelas diambil semasa bersarapan dan segelas lagi sebelum tidur.

3. Minum pati delima

Buah delima dan wanita hamil memang sinonim. Buah ini pun mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan baik untuk anda dan bayi di dalam kandungan.

IKLAN

Jaundis Boleh Dihindari Sejak Hamil. Kalau Tak Nak Anak Kuning, Jom Amalkan Kurma Setiap PagiUntuk mendapatkan manfaat buah delima, anda digalakkan untuk mengamalkan patinya. Paling kurang 500ml sehari. Selain daripada mengambil pati, anda juga boleh makan butiran buah delima itu sendiri ataupun meminum jus delima segar yang sudah diproses.

4. Makan kurma

Jaundis Boleh Dihindari Sejak Hamil. Kalau Tak Nak Anak Kuning, Jom Amalkan Kurma Setiap PagiSetiap pagi, ada baiknya anda menjadi buah kurma kering sebagai salah satu menu semasa bersarapan. Selain daripada berupaya membekalkan anda dengan bekalan tenaga segara, buah ini juga bermanfaat untuk membantu anda mengelakkan masalah jaundis yang kerap berlaku di kalangan bayi baru lahir.

5. Minum air kelapa muda

Memasuki trimester akhir kehamilan, anda disarankan untuk meminum air kelapa muda setiap hari. Di samping baik untuk bayi kerana dikatakan dapat membantunya kulitnya menjadi bersih, air ini juga dapat mengelakkan jaundis.

Jaundis Boleh Dihindari Sejak Hamil. Kalau Tak Nak Anak Kuning, Jom Amalkan Kurma Setiap PagiWalau bagaimanapun, perlu anda ambil peduli bahawa air kelapa lebih mujarab jika anda mengambilnya tanpa menambah gula. Bermakna, anda perlu minum air kelapa muda segar tanpa gula.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI