Jaundis banyak terjadi di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Tapi apakah pula yang dimaksudkan dengan jaundis berpanjangan (prolonged jaundice), breastmilk jaundice dan breastfeeding jaundice dan perkaitannya dengan susu ibu?

Menurut Dr Ezura Madiana Md Monoto, IBCLC dan Pakar Perubatan Keluarga dan Perunding Laktasi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, jaundis berlaku apabila kandungan bilirubin di dalam darah meningkat akibat daripada hemolysis atau pemecahan sel-sel darah merah yang telah matang.

Keadaan ini adalah normal dan berlaku pada setiap tiga atau empat bulan mengikut jangka hayat sel-sel darah merah di dalam badan manusia. Selalunya, penghasilan bilirubin tidak menyebabkan jaundis kerana hati dapat memetabolismakannya dan ia dikumuhkan melalui sistem pencernaan.

Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

FAKTOR TERJADINYA JAUNDIS PADA BAYI

Bagi bayi yang baru dilahirkan, mereka selalunya akan mengalami jaundis secara fisiologi bermula hari ke-2 selepas kelahiran. Ini berlaku  kerana enzim-enzim hati untuk memetabolismakannya masih lagi pramatang untuk berfungsi secara efisyen.

Selain itu, bayi yang baru dilahirkan mempunyai jumlah sel-sel darah merah yang lebih banyak berbanding orang dewasa dan jangka hayat sel tersebut juga lebih pendek. Secara tidak langsung, bilirubin yang dihasilkan oleh bayi pada ketika ini adalah lebih banyak daripada biasa.

Jaundis fisiologi selalunya mula dikesan ketika bayi berusia dua hari dan bacaan bilirubin memuncak pada hari ketiga atau keempat dan seterusnya akan berkurangan dan menjadi normal.

 Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

PROLONGED JAUNDICE

Sekiranya jaundis fisiologi melebihi 14 hari bagi yang dilahirkan cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang, ia dipanggil prolonged jaundice.

Faktor yang menyebabkan prolonged jaundice

IKLAN

Antara faktor yang menyebabkan prolonged jaundice ialah;

  • Breast milk jaundice·
  • Jangkitan kuman·
  • Hemolysis·
  • Dehidrasi ·
  • Hypothyroidism.

*Diagnosis prolonged jaundice yang disebabkan oleh faktor breast milk jaundice adalah diagnosis dengan pengecualian setelah faktor-faktor lain telah disiasat dan diketepikan.

Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

BREAST MILK JAUNDICE

Breast milk jaundice selalunya berlaku kepada bayi yang dilahirkan cukup bulan, sihat dan aktif dan hanya minum susu ibu sahaja.

Faktor yang  menyebabkan breast milk jaundice tidak dapat dikenalpasti apa yang walaupun ada spekulasi menyatakan ia mungkin berkaitan dengan bahan di dalam susu ibu yang menghalang metabolisme bilirubin.

Namun, dinasihatkan sekiranya jaundis ini menjadi lebih ketara disebabkan oleh perkara lain, contohnya pengambilan jamu oleh ibu yang menyusukan adalah disarankan untuk ibu memberhentikan pengambilan jamu buat sementara waktu. Breast milk jaundice juga cenderung untuk berlaku di dalam keluarga yang pernah mengalaminya (genetik).

IKLAN

Bayi yang mengalami breast milk jaundice turut mempunyai kenaikan berat badan yang memberangsangkan dengan penyusuan susu ibu sahaja, membuang air besar dengan kerap iaitu sebanyak 8 hingga 10 kali sehari serta membuang air kecil yang jernih dengan banyak.  Adakalanya jaundis ini berlarutan sehingga dua hingga bulan selepas kelahiran.  Dalam keadaan ini, penyusuan susu ibu harus diteruskan dan tidak sepatutnya dihentikan langsung walaupun seketika walau pun bayi memerlukan rawatan fototerapi.  Selagi bayi menyusu dengan baik dan paras bilirubin dipantau, ia jarang membawa kepada komplikasi yang serius.

Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

BREASTFEEDING JAUNDICE

Breastfeeding jaundice pula merujuk kepada situasi apabila bayi tidak mendapat  susu ibu yang cukup. Ia tidak berkaitan dengan breast milk jaundice. Susu ibu yang mencukupi akan meningkatkan pencernaan dan pergerakan usus bayi, secara tidak langsung ia menyingkirkan bilirubin.

Faktor yang menyebabkan breastfeeding jaundice ialah;

  • Breastfeeding jaundice selalunya berlaku apabila bayi yang baru dilahirkan tidak mendapat permulaan yang baik dalam penyusuan susu ibu seperti pelekapan yang tidak betul yang menyebabkan penyusuan susu ibu tidak efisyen yang boleh menyebabkan  dehidrasi. ·
  • Ia juga boleh berlaku apabila bayi diberikan suplementasi selain daripada susu ibu yang dapat menghalang penyusuan susu ibu dengan baik.

Breastfeeding jaundice selalunya akan pulih sendiri apabila pelekapan diperbetulkan yang memastikan bayi dapat menyusu dengan baik dan jumlah penyusuan meningkat. Bantuan daripada Perunding Laktasi atau mereka yang mahir dalam penyusuan susu ibu adalah penting bagi memastikan bayi mendapat susu ibu secukupnya.

Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

IKLAN

PENYUSUAN BOLEH ELAK JAUNDIS BAGI BAYI BARU LAHIR

Untuk memastikan kandungan bilirubin di dalam darah berada di dalam tahap yang selamat, Academy of Breastfeeding Medicine (ABM) menyarankan penyusuan susu ibu secara eksklusif digalakkan dan dimulakan seawal sejam selepas kelahiran bagi mengelakkan kelambatan proses penyusuan susu ibu yang boleh memberi risiko jaundis yang ketara.

Bayi yang baru dilahirkan tidak sepatutnya diberikan air, glukosa ataupun susu formula. Suplementasi dengan susu perahan susu ibu, susu daripada bank susu ibu atau susu formula (mengikut aturan keutamaan) perlu dihadkan kepada bayi yang mempunyai indikasi tertentu seperti mempunyai pengurangan berat badan melebihi 10% selepas dilahirkan walaupun masalah penyusuan susu ibu telah diperbetulkan, kegagalan penghasilan susu ibu atau inefficient milk transfer dalam tempoh tertentu serta terdapat tanda-tanda bayi mengalami dehidrasi yang signifikan.

ABM juga menyarankan pengurusan penyusuan susu ibu yang optimum dimulakan seawal mungkin termasuk;

  • Memastikan posisi yang ideal serta pelekapan yang baik dengan bantuan anggota kesihatan yang terlatih.
  • Ibu juga perlu dibantu untuk mengenali feeding cues bayi lapar seperti pergerakan mulut, tangan dimasukkan ke mulut dan bersuara.
  • Bayi perlu diletakkan di payudara sebelum dia menangis. Menangis merupakan tanda lambat bayi tersebut lapar dan agak sukar untuk memulakan penyusuan susu ibu jika bayi sudah menangis.

Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

PERAH BANTU STIMULASI PAYUDARA BILA BERJAUHAN DENGAN BAYI

Dalam keadaan tertentu seperti bayi pramatang atau bayi dan ibu terpaksa dipisahkan sejurus kelahiran, ibu boleh memanfaatkan stimulasi manual dan perahan susu secara teknik Marmet (menggunakan tangan) atau memerah menggunakan pam payudara bagi mengoptimumkan bekalan susu dan mengelakkan kelambatan proses penghasilan susu.

Ibu perlu tenang dan diberi sokongan mental dan emosi daripada suami, ahli keluarga, rakan-rakan serta pembimbing ibu menyusu bagi membantu ibu mengharungi pengalaman penyusuan susu ibu yang mencabar namun memberi impak yang besar dan manfaat kepada ibu dan bayi.

Jaundis Pada Bayi, Apa Boleh Anda Buat? Ini Kata Pakar Laktasi Tentang 3 Jenis Jaundis

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI