Kekeluargaan

“Jebat Dah Nak Sekolah” Nabila Bahagia Hidup Dengan Jebat, Tak Fikir Cari Pengganti!

Share

Tampil cantik berbusana anggun beberapa hari lalu sehingga ramai menyangkakan ibu kepada Jebat Jayden ini sudah pun kembali berumah tangga.

Namun usahawan dan pempengaruh Noor Nabila menyatakan dia belum terfikir untuk mencari pengganti baharu selepas bercerai dengan bekas suaminya, Engku Emran pada 19 Mac 2021 lalu.

Tambah Nabila lagi, dia kini bahagia dengan kehidupan solo dan ingin memberi fokus kepada anak tunggalnya, Jebat Jadyen Ahmad yang bakal memasuki alam persekolahan.

“Saya belum temui pengganti baharu dan bahagia dengan kehidupan sekarang.

“Masih terlalu awal untuk bercinta dan memiliki pasangan hidup semula. Itu bukan keutamaan saya lagi,” katanya.

Akuinya lagi, dia kini mahu fokus untuk membesarkan Jebat, lebih-lebih lagi anak kesayangannya itu kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.

“Fokus saya sekarang hanya untuk Jayden yang sedang membesar dan bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi,” katanya.

Nabila menjawab soal jodoh selepas foto dirinya mengenakan busana ala pernikahan di akaun media sosial miliknya telah menimbulkan dakwaan yang konon sudah kembali mendirikan rumah tangga.

Jelas Nabila, foto yang dimuat naik itu adalah sewaktu dia menjalani penggambaran musim baharu program Next To Neelofa.

Dalam pada itu, kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa memberitahu dia akan berkongsi sekiranya mempunyai berita gembira.

“Kalau saya sudah jumpa jodoh baharu saya akan kongsikan. Doakan yang baik-baik untuk saya okey,” katanya lagi. 

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!

Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Published by
SRM