Rasanya manis berlemak, maka tidak hairan mengapa keledek menjadi kegemaran si kecil. Ubi keledek mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan si manja. Antaranya ialah;

  • Vitamin A – yang diperlukan untuk perkembangan penglihatan.
  • Vitamin C – untuk membantu menguatkan sistem imun anda untuk menjaga kesihatan.
  • Potassium – untuk membantu jantung dan otot anda bekerja lebih baik.
  • Serat – penting untuk penghadaman iaitu perut dan usus.

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

BETA KAROTENA KUATKAN SISTEM IMUNISASI BADAN SI KECIL

Beta karotena ialah kandungan antioksidan. Ia  selalu terdapat di dalam makanan yang berwarna jingga.  Beta karotena membantu si kecil melawan penyakit.

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

RESEPI JEJARI KELEDEK

Puan Umairah Jamaah telah berkongsi cara untuk menyediakan jejari keledek sebagai hidangan snek si kecil. Dalam rupa bentuk yang lebih menarik iaitu jejari dan ditambah dengan salutan serbuk roti di luar, kanak-kanak dan bayi tentu tertarik untuk menikmatinya. 

IKLAN

RESEPI JEJARI KELEDEK

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

  • Keledek (apa-apa jenis & warna)
  • Roti (untuk buat serbuk roti)

CARA MEMBUATNYA

IKLAN

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

#1 Kupas keledek dalam kuantiti yang diingini. Cuci bersih getahnya dan kukus atau rebuskan sehingga masak. Setelah masak, lenyekkan isinya.

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

#2 Bentukkan keledek yang dilenyek kepada bentuk jejari begini. Kalau agak lembik boleh letak tepung gandum sikit. Kalau anda bekukan pun boleh.

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

IKLAN

#3 Bakar roti mengguna ketuhar dengan suhu 110°C selama 10 minit- 15 minit ( bergantung kepada saiz ketuhar).  Kemudian kisar guna pengisar kering.

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

#4 Kemudian salut jejari tadi menggunakan serbuk roti berkenaan.

Jejari Keledek Untuk Snek Si Kecil. Resepinya Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja!

#5 Kemudian gorengkan jejari tadi dengan minyak yang banyak. Angkat apabila warnanya bertukar kepada kuning keemasan. Toskan dan sejukkan sebelum dihidangkan kepada si kecil.

Sumber: Umairah Jamaah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI